Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Buat Tapi Sedap (Jimat Masa, Jimat Belanja!)

Apakah biskut raya terbaru dan mungkin juga biskut raya viral untuk tahun ini? Hmm susah sikit tu, yelah biskut ni ada banyak jenis. Bagi pendapat peribadi, daku lebih suka resepi biskut ringkas dan mudah serta resepi biskut mudah tapi sedap untuk lebih senangkan diri sendiri. 

Apapun memang ada banyak sebenarnya biskut raya yang sangat-sangat sedap dan best. Paling penting ianya adalah resepi yang tersangatlah mudah nak buat. Kalau nak tahu, antara resepi di bawwah ni ada yang tak perlu mixer, campak-campak, campur-campur lebih kurang, dah boleh terus bakar. 

Di sini daku himpunankan 7 resepi biskut raya yang paling mudah untuk di buat untuk kita cuba sama-sama. Maklumlah nak dibeli dapat cikit je. 

Kalau buat sendiri dapat banyak. Berbaloi-baloi gitu. Resepi bikut yang daku himpunkan kat sini kalau nak di anggap viral pun boleh. Tak nak celoteh panjang-panjang, jom kita sama-sama cuba kuih-kuih raya viral yang mudah dan lazat ni.


7 Resipi Biskut Raya Mudah Buat Tapi Sedap!!


#1. BISKUT  RED PEARL

Credit Masam Manis


Bahan-bahan : 
  • 150 gram butter 
  • 150 gram tepung gandum 
  • 75 gram gula castor 
  • 60 gram cornflakes 
  • 50 gram choc chip 
  • 25 gram almond nibs (almond cincang yang biasa ditabur atas almond london) 
  • 1 sudu esen vanilla 
  • Ceri merah, dihiris halus memanjang. 


Cara-cara : 
  1. Masukkan butter dan gula dalam mangkuk besar. Hanya gaul pakai senduk untuk sebati sahaja. 
  2. Tak perlu pukul pakai mixer. Nanti terlebih gebu dan biskut akan terlalu kembang dan leper bila dibakar. Kemudian masukkan semua bahan di atas kecuali ceri merah. 
  3. Jika sudah sebati, sudukan atas dulang pembakar. 
  4. Jangan terlalu besar, sedang-sedang saja. 
  5. Akhir sekali, hias dengan hirisan ceri merah. 
  6. Bakar pada suhu 150’C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.

#2 - BISKUT SWISS TART


Bahan-bahan : 

  • 250 gm butter 
  • 85 gm gula aising 
  • 170 gm tepung gandum 
  • 170 gm tepung jagung 
  • 1 sk esen vanilla 
  • 5 sudu besar coklat rice 
  • Filling strawberi secukupnya 

Cara-cara : 

  1. Mix butter dan gula aising. 
  2. Masukkan esen vanilla. Mix sebati. 
  3. Masukkan tepung. Mix sebati. 
  4. Terap guna acuan samprit atau guna acuan untaian. 
  5. Nak bubuh dalam paper cup pun boleh. 
  6. Letak filling strawberi di atas doh. 
  7. Bakar suhu 160°C selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

#3 - BISKUT NUTELLA POD

Image Via : Carousell

Bahan-bahan : 
  • 250 g buttercup *
  • 200 g gula kastor *
  • Esen vanilla *
  • 1 biji kuning telur 
  • 350g tepung gandum 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat 
  • 1/2 sudu kecil baking powder 
  • 50 g serbuk almond 
  • Nutella secukupnya sebagai hiasan

Cara-cara : 
  1. Satukan bahan bertanda *. Guna spatula/senduk kayu sahaja. 
  2. Jika sudah sebati, masukkan 1 biji kuning telur. 
  3. Galu lagi. Kemudian masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder. 
  4. Sebatikan semua dan akhir sekali masukkan serbuk almond. 
  5. Adun semuanya supaya sebati sekali lagi dan boleh terus dibentukkan. Nak mudah buat bentuk bulat dan tekan di tengah.
  6. Bakar 25 minit suhu 160’C bergantung pada oven masing-masing. 
  7. Bila sudah sejuk, paipkan nutella dalam pod tu dan sedia untuk dimakan.

#4 - BISKUT SEMPERIT SUSU – Guna 3 Bahan Sahaja


Bahan-Bahan :
  • 500g Tepung Jagung
  • 250ml Susu Pekat Manis
  • 250g Mentega
  • Hiasan (optional)
  • Cip coklat/gula manik/ceri /pewarna (jika suka)

Cara-Cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).
2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.
4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. (Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar)


Kredit resepi: Ridyantiey watiey 
Kredit video: Asykin Siteh #MAHN


#5 - BISKUT KEJU CHEDDAR

Image and Recipe : MyResepi 

Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 g mentega 
  • 220 g gula halus 
  • 1 biji telur 
  • Sedikit esen vanila 
  • 250 g keju cheddar (disagat halus) 
  • 300 g tepung gandum (diayak) 
  • 160 g tepung jagung (diayak) 
  • 1 biji kuning telur (untuk sapuan)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. 
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati. 
  3. Masukkan keju cheddar yang sudah disagat halus. Gaul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul rata. 
  5. Canaikan adunan dan terapkan mengikut acuan. Sapu kuning telur di atas biskut. 
  6. Taburkan sedikit keju parut dan bakar biskut di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20-25 minit ataupun sehingga biskut masak dan menjadi kekuningan.

#6 - BISKUT COKLAT BERTIH BERAS

Image & Recipe Via : Myresepi 

Bahan-bahan diperlukan:


Bahan A
  • 500 g coklat masakan 
  • 50 g mentega 
  • 100 g badam hancur panggang 
  • 100 g bertih beras

Bahan B
  • 350 g coklat masakan 
  • 50 g mentega

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cairkan 500 g coklat masakan secara double boil. 
  2. Angkat dan masukkan mentega. Kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan badam hancur dan bertih beras ke dalam mangkuk besar. 
    Tuangkan coklat. Kacau rata sehingga sebati. 
  4. Masukkan ke dalam loyang atau bekas. Tekan supaya padat dan 
    ketepikan. 
  5. Cairkan bahan B secara double boil dan tuangkan ke atas coklat yang 
    ditekan tadi. 
  6. Ratakan dan sejukkan. Potong kecil dan hidangkan.


#7 - BISKUT SUSU 

(Cuma Guna 2 Bahan, Dah Boleh Buat Biskut Susu Yang Simple)

Percaya tak, anda boleh membuat biskut susu yang sedap dengan hanya mengunakan2 jenis bahan saja. Biskut susu 2 bahan yang dimaksudkan ini memang amat mudah untuk dibuat.Boleh di anggap, biskut susu ni adalah antara kuih raya paling senang nak buat. Bahan pun murah! Jimat duit betul ni. 


SUMBER VIA : Sirap Limau
BAHAN-BAHAN:

  • 200g tepung jagung
  • 200g susu pekat (boleh juga guna susu pekat berperisa)

*Bagi yang tanya dalam sukatan cawan, agak-agaklah 1 cawan tepung bersamaan dengan 1 cawan susu pekat. Tapi, masukkan sedikit demi sedikit ya. Kalau nak versi warna dan berperisa boleh guna susu pekat perisa coklat atau bandung macam di bawah ini.

CARA-CARA :


1. Gaulkan Bahan Sedikit Demi Sedikit
Mula-mula, masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam tepung jagung supaya boleh ‘adjust’ teksturnya. Jangan terus masukkan semua susu pekat ke dalam tepung. Kalau rasa terlalu lembik, tambahkan sedikit tepungnya. Kalau rasa keras, barulah tambahkan sedikit susu pekat.
2. Bentukkan Doh
Gaulkan kedua-dua bahan ini sampailah ia menjadi doh. Saya ulikan dengan tangan saja. Kalau doh dah sebati dan tak melekat di tangan, maksudnya dah OK dan sedia untuk dibentuk.
3. Bentukkan
Bila doh dah jadi elok, bolehlah bentukkan ikut kreativiti masing-masing. Boleh juga buat bentuk bulat-bulat, lepas tu tekan dengan garfu saja jika tak nak pakai acuan.
4. Bakar
Akhir sekali, bakar macam biasa. Ambil masa lebih kurang 10-15 minit.  suhu 180 darjah.

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Suka Shopping Malaysia 👉  https://t.me/windowshoppingmalaysia



8 comments for "7 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Buat Tapi Sedap (Jimat Masa, Jimat Belanja!)"

  1. I will try #7, easy, simple, and tasty.
    Thanks!

    ReplyDelete
  2. nak try biskut cklat bertih beras tu. and i love nutella pods

    ReplyDelete
  3. yang nomor 2 saya bilangnya kue buunga dahlia mbak, cuma kami biasanya pakai selai nenas

    ReplyDelete
  4. wahhh resepi kuih rayaaa. bestnyaa nak cubalah!

    ReplyDelete
  5. resepi kuih raya..boleh masuk list nie..btw saya dah follow yer

    ReplyDelete
  6. walaupun semua resepi mudah2 tp naper lah tak terbuka hati nk try... tak rajin nk menjaga oven tu heheheh

    ReplyDelete
  7. sepertinya enak resepnya, apalagi semperit susu saya suka sangat

    ReplyDelete
  8. sedapnya..raya haji ni boleh buat

    ReplyDelete