KEDAI REPAIR LAPTOP MURAH KL (FR Laptop Service : Pakar Baikpulih Laptop Dengan Harga Jimat) | Terang lagi nyata, servis repair laptop bagus dan murah area KL memang banyak. Daku sendiri rasa teringin nak dapatkan servis tersebut. Yelah, sebagai blogger memang daku hari-hari gunakan laptop jadinya bila ada kedai repair laptop terbaik dengan harga murah membuatkan daku ikut teruja.

Namun dalam banyak-banyak kedai repair laptop bagus dan murah di Malaysia ni, kedai repair laptop murah KL juga yang paling menarik perhatianku. Aduh, jauh lah pulak! Tapi tak apa, nanti-nanti bila sempat turun ke KL dapatlah daku gunakan kesempatan tu untuk servis laptop kesayanganku ini sekali.

FR Laptop Service 1
FR Laptop Service 1

Laptop Sering Loading Dan Pernah Kena Virus


Untuk pengetahuan korang, antara sebab utama mengapa daku bersungguh nakkan servis dari kedai repair laptop murah KL disebabkan oleh masalah laptop selalu lambat loading. Dalam erti kata lain, laptop daku ni dah terlajak berat. Lembab! Manakan tidak semua benda daku simpan kat dalamnya. Gambar peribadi saja dah berapa banyak. Itu belum di ambil kira lagi dengan file dan telah di download dan sebagainya.

Laptop yang ku gunakan sekarang adalah yang ke dua. Laptopku yang terdahulu pernah terkena serangan melware. Masa tu rasa nak nangis beb! Takut pun ya. Tapi apa nak buat daku ni hanya reti guna saja bukannya reti nak godek benda lain. Bila dah melambak benda kat dalam laptop ni mulalah semuanya jadi serba tak kena. Macam otak jugalah. Kalau dah semua benda kena ingat boleh pengsan ooo.. Silap haribulan leh jadi gila atau bertukar jadi Hulk warna hijau.

FR Laptop Service 2
FR Laptop Service 2

Laptop Pernah Rosak Teruk Akibat Tersalah Pilih Kedai Repair

Sebab lain mengapa daku ingin sangat servis dari kedai repair laptop murah KL kerana daku dah pernah terkena! Untuk pengetahuan, dulu daku dah pernah dapatkan servis baikpulih laptop untuk komputer riba yang sebelum ini.

Disebabkan masa tu daku kurang berpengetahuan so main hantar jer ke sebarang kedai. Bila diperiksa katanya boleh diselesaikan dengan cara format. Tapi sudahnya, baru saja guna kembali lepas siap di repair masalah lain pula yang timbul.

FR Laptop Service 3
FR Laptop Service 3

Sejak itu daku dah mula fobia. Laptop lama tak dapat diselamatkan dan terpaksa digantikan dengan yang baru. Dan kali ini untuk ku hantar ke sebarang kedai repair laptop walau hanya untuk minta di format mungkin tidak! Selagi daku tak yakin dan terbuka hati untuk menggunakan servis dari mana-mana kedai repair laptop yang ada, jangan mimpi daku akan gunakan servis dari kedai repair laptop tersebut. Susah tau kalau terjadi apa-apa lagi macam dulu. Alangkah bertuahnya jika waktu itu ada kedai repair laptop murah KL begini di tempatku tinggal ni.

Sebab itu daku suka cari info di manakah kedai repair laptop yang terbaik boleh dikunjungi. Dan daku paling suka kedai repair laptop yang nampak sangat pro di KL. Antara banyak-banyak kedai repair laptop murah KL yang ku baca infonya sejak tadi, servis repair laptop bagus dan murah area KL dengan nama FR LAPTOP SERVICE paling win sekali. Pendekata, FR Laptop Service antara kedai repair laptop murah KL paling awesome bagi pendapatku.

FR Laptop Service 4
FR Laptop Service 4

6 Sebab Utama Mengapa FR Laptop Service Patut Dikunjungi

Jom repair laptop/komputer dengan FR Laptop Service Kuala Lumpur. Mengapa daku rasakan ia antara kedai repair laptop murah KL yang patut dikunjungi? Di sini daku senaraikan beberapa kelebihan utama yang ada pada FR Laptop Service. Manalah tahu ada di antara kalian di luar sana yang perlukan servis repair laptop murah dan terbaik area KL ni, senanglah sikit nanti kan?

#1 - Pakar Baikpulih Laptop Atau Komputer Yang Rosak 
Kedai FR Laptop Service yang bertapak di KL ini mempunyai staf yang berkemahiran dengan pengalaman yang tinggi. Nak jadi staf untuk salah sebuah kedai repair laptop murah KL mana boleh tangkap muat gitu je. Maka InshaAllah staf yang dilantik akan menyelesaikan masalah laptop atau komputer rosak dengan betul. 

Antara servis yang disediakan itu adalah seperti perkhidmatan penetapan sistem pengendalian, pembaharuan lesen bagi software multimedia & lain-lain, penambahbaikan terhadap komputer, menambah RAM / HDD / SSD & semua jenis upgrade dan servis serta lain-lain lagi. Mudah cakap sebagai sebuah kedai repair laptop murah KL , pihak FR Laptop Service boleh bantu baikpulih laptop / komputer dengan penuh kepakaran sebagaimana yang diharapkan.

FR Laptop Service 5
FR Laptop Service 5

#2 - Boleh Baikpulih Laptop / Komputer Untuk Semua Jenama 
Tak kisah laptop dari jenama apa kerana kedai repair laptop murah KL ini boleh menerima semua jenis laptop dan komputer untuk dibaiki. Yang penting ianya haruslah berasaskan sistem pengendali dari jenis versi Windows. Manakala untuk jenis Mac Pro, iMac, MacBook Pro, Mac Mini pula yang berasaskan sistem pengendali versi OSX.

#3 - Boleh Bantu Buat Pemeriksaan Laptop Secara Percuma
Lokasi yang strategik turut membuatkan kedai repair laptop murah KL ini menjadi tumpuan kerana ia berdekatan dengan MRR2 dan memudahkan pelanggan yang datang dari kawasan KL dan juga Selangor. Nak parking kereta pun senang sangat. Tapi apa yang lebih mengembirakan, pihak FR Laptop Service dapat bantu buat pemeriksaan ke atas laptop secara percuma. Khidmat bantuan pemeriksaan begini secara tak langsung dapat kenal pasti masalah laptop yang sebenar. Takde la jadi macam kes daku dulu tu.

#4 - Harga Kasih Sayang Untuk Servis Yang Berkualiti
Tidak hanya boleh memberikan servis terbaik dengan penuh kepakaran dan pengalaman untuk memberikan servis baikpulih laptop dengan harga yang sangat rendah! Macam tak percaya pun ada. Tapi itulah hakikatnya. Daku sendiri macam tak percaya. Kiranya siapa yang benar-benar mahukan servis dari kedai repair laptop murah KL, memang inilah tempat yang patut di tuju.

FR Laptop Service 6
FR Laptop Service 6

#5 - FR Laptop Service Antara Kedai Repair Laptop Murah KL Milik Melayu Dengan Warranty

Walaupun FR Laptop Servis ni semakin terkenal dengan gelaran kedai repair laptop murah KL tapi itu tak bermakna servis yang diberi tak berkualiti. Murah tak bererti tidak bermutu. Murah yang dibawa oleh FR Laptop Service ini merangkumi segalanya. Kiranya siapa yang jadi pelanggan pasti akan puashati tahap jatuh cinta. Buktinya, FR Laptop Service tanpa ragu turut akan memberikan warranty yang agak lama kepada para pelanggan.

Selain daripada itu, jaminan daripada owner kedai juga turut ada. Antara jaminan tersebut adalah :
  • FR Laptop Service memberi jaminan 100% wang anda dikembalikan
  • FR Laptop Service bertanggungjawab keatas Sparepart laptop anda dan dijamin selamat
  • FR Laptop Service bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesilapan yang dilakukan oleh pekerja mereka

FR Laptop Service 7
FR Laptop Service 7

Runner Servis Disediakan Untuk Pelanggan Sekitar Lembah Klang


Ini memang lain daripada yang lain. Kat tempat daku ni memang takde nya ada runner macam ni untuk servis ‘pickup and delivery’ laptop. Area KL sendiripun daku rasa servis runner untuk ambil laptop yang rosak dan hantar laptop yang siap dibaiki pun takde kot! Kiranya siapa yang ada sekitar Lembah Klang memang sangat beruntung kerana dapat guna servis runner dari FR Laptop Service ni. 

So pada sesiapa yang ada masalah laptop rosak tu, walaupun sibuk tetap juga berpeluang untuk gunakan perkhidmatan dari kedai repair laptop murah KL , FR Laptop Service. Senang kan? Nampaknya dah tak payah lagi susah payah  kejar masa lepas balik kerja. Daripada susah hati tak dapat nak bawa laptop ke kedai repair, biar saja pihak team FR Laptop Servis bantu ambil dan hantar laptop kalian tu. Senang kerja. Jimat masa. Jimat tenaga. Sayang betul FR Laptop Service ni kat para pelanggan ye. Memang terbaiklah! 


Maklumbalas Daripada Pelanggan Telah Menambahkan Lagi Keyakinan

Maklumbalas yang telah diberikan oleh para pelanggan setelah selesai menggunakan khidmat kedai repair laptop murah KL yang bergelar FR Laptop Service ini memang banyak. Masing-masing memberikan rasa puashati dan ini adalah salah satu sebab mengapa daku turut rasa teringin nak dapatkan perkhidmatan daripada mereka.

FR Laptop Service 8


Nak Cari Kedai Repair Laptop Murah Area KL? Laptop Rosak Perlu Dibaiki Segera? Boleh Kunjungi FR Laptop Service Sekarang! 

Kalian tinggal di area KL? Nak dapatkan  servis repair laptop bagus dan murah area KL dari tenaga pakar yang boleh dipercayai? FR Laptop Service adalah jawapannya!

Tak perlu lagi pening kepala nak cari kedai repair laptop murah KL yang lain kerana FR Laptop Service adalah salah satu kedai repair laptop/komputer KL yang terbaik antara yang terbaik. Untuk sebarang info lanjut dan temujanji, boleh terus hubungi wakil team FR Laptop Service secara direct melalui info di bawah ini.

FR LAPTOP SERVICE | KEDAI REPAIR LAPTOP MURAH KL YANG TERBAIK

No. Telefon / Whatsapp
017-288 2349

Alamat
508, Jalan Kanan 1, Kg. Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
9.00 pagi - 9.00 malam
( Di Tutup Pada Cuti Umum )

Waze & Google Maps
FR Laptop Service






" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "