My Private Life With ALTHEA (Hadiah Special Sempena Birthday) | Syukur alhamdulillah, pada 19 Mei yang lepas daku dah berkesempatan untuk raikan hari lahir sekali lagi untuk kali yang ke 30++.

Dan bersempena dengan hari lahir tersebut daku dah di beri kesempatan untuk shopping di lamanweb Althea secara percuma sebagai tanda ucapan 'Selamat Hari Lahir'. Ini adalah tawaran istimewa sebagai salah seorang Althea Angels.


Siapakah Althea Dan Althea Angels Ini?

ALTHEA merupakan sebuah portal beli belah dari Korea dengan pelbagai produk kecantikan dan penjagaan diri. Semua produk di pos secara terus dari bumi Korea Selatan dengan harga produk yang sangat masuk akal. Kiranya para pengemar produk kecantikan dari Korea tak perlu susah payah ke sana kerana Althea dapat menjadi orang tengah untuk menghantar produk tersebut sehingga ke Malaysia.

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan masuk akal. Tidak ada konsep cekik darah dan apa yang makin best, kos pos juga akan diberi secara percuma bagi setiap jumlah order sebanyak 2 item dan ke atas tanpa mengambil kira harga keseluruhan produk yang di beli. Kiranya membeli belah melalui lamanweb Althea tak ubah seperti sedang membeli belah di bumi Korea. 


ALTHEA ANGELS pula merupakan komuniti pengguna setia produk Althea. Tidak hanya terdiri daripada komuniti pengguna dari Malaysia, Althea Angels tak ubah seperti sebuah kelab pengguna dari seluruh pelusuk negara-negara terpilih yang telah menggunakan lamanweb Althea. Hingga kini Althea telah berjaya membuat penghantaran sehingga ke 200 buah negara mengikut pesanan para pembeli. 

Kiranya misi utama Althea adalah untuk menawarkan servis dengan kadar murah kepada para peminat produk penjagaan diri dan kecantikan dari Korea kepada para peminatnya dengan caj yang paling minima. Takde lagi orang tengah melainkan pengguna boleh membeli secara terus dengan para pembekal melalui lamanweb Althea ini. 



Jangan Terlalu Taksub Hingga Abai Garis Panduan Ketika Memilih Produk di website Althea

Disebabkan Althea adalah sebuah lamanweb membeli belah maka terdapat banyak produk khusus untuk kecantikan dan penjagaan diri di dalamnya. Selain daripada produk keluaran jenama sendiri, lamanweb Althea ini turut digunakan oleh jenama produk lain juga. Terdapat banyak jenama di dalam website ini dan setiap satu ada banyak produk berlainan yang ditawarkan.



Disebabkan ini adalah produk keluaran negara luar (terutamanya dari Korea) maka tulisan untuk penerangan produk adalah di dalam bahasa Inggeris dan sebagai seorang pengguna muslim daku tak boleh main tangkap muat hanya dengan membaca nama produk dan fungsi barangan tersebut semata. Sebagai contoh untuk produk dengan nama PERFUME SIGNAL VIOLET ini.



Mula-mula daku akan baca dulu fungsi dan review dari para pengguna. Kemudian daku akan terus baca bahan yang ada di dalamnya. Selalunya daku akan guna Google Translate sebagai bantuan supaya daku boleh faham apakah sebenarnya bahan yang ada di dalam produk tersebut.

Sekiranya hanya sekadar menggunakan bahan semulajadi maka daku akan pertimbangkan untuk beli. Dan jika terdapat senarai sebarang bahan yang agak meragukan, maka daku sama sekali tidak akan memilih produk tersebut untuk di beli. Selalunya daku paling alert untuk produk yang ada kandungan kolagen.




Inilah Produk Yang Telah Ku Pilih Untuk Kali Ini

Untuk pembelian sempena birthday ni tak sedar sampai dua kotak ku pilih! Melampauuuu.... Itu mujur baru dua kotak, kalau lebih lagi camana? Tak nak celoteh lebih lama jom tengok lebih dekat semua barangan yang telah ku masukkan ke dalam list dan telahpun selamat di hantar oleh team pengurusan Althea secara terus dari Korea untukku.


#1 - COUNTOUR CLEANSER 

Sejak diperkenalkan dengan Counter Cleanser ni pada bulan Sept 2018 yang lepas, hingga kini daku masih lagi membelinya untuk digunakan. Kiranya Countour Cleanser ni adalah salah satu produk kegemaranku dari lamanweb Althea. Counter cleanser ni di perbuat daripada ekstrak lemon dan ice plant yang boleh membantu menenangkan muka. 


Cara penggunaannya adalah pada setiap pagi. Ia mengandungi biji-biji micro capsules yang akan keluar selepas bercampur dengan air. Bahan ini mampu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dengan berkesan. Ohya, ia juga dapat bantu membentuk struktur wajah supaya lebih runcing agar tidak nampak terlalu tembam macam dulu. 

Harga : RM23 (tahan untuk penggunaan selama 1-2 bulan)


#2 - YOGURT PEELING ONSAEMEEIN

Siapa suka makan yogurt mesti tahu tahap kebaikan yogurt dan kalau nak tahu Yogurt bukan hanya elok sebagai makanan sarapan pagi. Sebaliknya yogurt juga hebat untuk bantu mengelupaskan kulit dengan cara lembut tanpa rasa sakit. Yogurt juga dapat berfungsi untuk menghidupkan sel kulit yang telah mati, membantu memperbaharui sel kulit baru, mengecilkan liang pori pada wajah dan lain-lain lagi.


Memilih enzim yang lembut seperti Yogurt Peeling Onsaemeein membantu mengupas kulit mati dengan cara yang lembut tak seperti scrub wajah yang kasar. Produk ini juga dapat bantu kekalkan kelembapan kulit. Bila diamalkan secara tak langsung kulit akan semakin licin, lembut dan sempurna di sepanjang hari.

Harga : RM30 (100ml)


#3 - ARGAN GLOW HAIR OIL 

Apakah itu minyak argan? Untuk pengetahuan semua, minyak argan berasal daripada buah pokok Argan ( Argania Spinosa) yang hanya terdapat di Moroccco, Afrika Utara. Pokok ini telah ditemui sejak 150-200 tahun yang lalu dan dilindungi oleh UNESCO. 

Untuk pengetahuan semua, pokok ini hanya mengeluarkan buah sekitar usia 30-50 tahun dan untuk mendapatkan 1 liter minyak argan memerlukan 30kg buah argan. Proses mendapatkan ekstraknya pula mengambil masa selama 15 jam. Minyak argan ini juga lebih berkhasiat daripada minyak zaitun dan ia antara minyak yang paling termahal di dunia.


Kini melalui lamanweb Althea, turut ada produk yang diasaskan dari minyak Argan. Walaupun bukanlah 100% minyak argan sepenuhnya namun ia tetap boleh beri khasiat terutama pada rambut. Terdapat bahan lain juga di dalam Argan Glow Hair Oil ini seperti minyak biji lobak, minyak bunga matahari, dan minyak biji sklerocarya birrea. Semua ini dapat bantu sihatkan rambut supaya kembali halus, lembut dan bersinar tanpa sebarang masalah lain seperti bercabang, berbuah. kasar dan sebagainya.

Harga : RM45 (110ml)

#4 - COFFEE SPA BODY SCRUB

Daku memang sangat suka kopi! Hantu kopi! So bila ternampak ada scrub yang diperbuat berasaskan kopi ni terus hati jadi tertarik. Siap beli sampak 2 terus. Bila dah terima baunya memang best. Rasa lapang je sepanjang hari dengan Spa Scrub Body Spa W.Lab ni! 


Cara nak guna tak susah mana, hanya perlu gosok pada badan dan scrub satu tubuh supaya segala kekotoran dan sel-sel kulit mati lama itu dapat ditanggalkan dengan berkesan. Ia juga dirumuskan dengan asas gliserin dan minyak kelapa untuk melembap dan menjadikan kulit lebih lembut tika disentuh.

Harga : RM54 (200ml)

Peralatan Makeup Turut Ada Di Website Shopping Althea

Selain daripada produk penjagaan diri macam yang dah tersenarai kat atas tu tadi. Daku turut beli barangan makeup untuk diri sendiri. Eh pakai niqab pun makeup ke? Well kalau tidak terlalu keterlaluan masih boleh diterima, InshaAllah. Inilah antara barangan tersebut. 


#5 - ONE KILL EYELINER

Untuk eyeliner ini ia ada dua pilihan warna iaitu Brown dan juga Black dan disebabkan daku sering gunakan ke dua-dua warna ini maka daku beli setiap satu dengan warna yang berbeza. Ciri eyeliner ini adalah ianya kalis air, tidak mudah sememeh dan berusnya juga sama sekali tidak menyakitkan mata.

Harga : RM23 (0.5g)




#6 - DRAWING EYE BROW

Etude House's Drawing Eye Brow merupakan pensel melukis kening yang mempunyai celak kening bersudut dan berus spoolie pada ke dua belah sisinya. Ia juga merupakan produk alis pada bahagian mata yang telah ditambahkan dengan vitamin E.


Ada 7jenis pilihan warna semuanya daan bolehlah di beli mengikut rona kulit yang sesuai. Harganya hanyalah RM11 untuk 0.25g


#7 - BRUSH

Tak dinafikan lukis kening bukan senang. Dulu-dulu part ni lah paling failed sekali tapi lama kelamaan bila dah semakin faham dengan teknik asas, hmmm not bad lah. Nak kata cantik tahap makeup artist tu tidaklah tapi bolehlah setakat makeup sederhana di wajah sendiri. Daku lebih suka gunakan berus juga untuk kemasan yang lebih senang dan cepat.

Harga : bermula dari RM5 /pcs



#8 - PURE SONIC CLEANSER 

Jeng jeng jeng jeng.... yup, inilah highlight utama untuk listku untuk kali ini. Pure Sonic Cleanser namanya dan ia dapat bantu bersihkan wajah dengan lebih sekata dan berkesan. Ia merupakan berus yang lembt dan berkuasa untuk menghasilkan 10,000 ayunan sonik untuk setiap minit. 


Berusnya juga sangat lembut dan asyik je bila digunakan kat wajah. Dengan penggunaan Pure Sonic Cleanser ni pori yang tersumbat dengan kotoran dan minyak dapat dikeluarkan dan kesan solekan juga mudah untuk di cuci. Ia hanya datang dengan set yang mudah untuk ditanggal. Sizenya tak la juga terlalu besar jadi senang nak di bawa ke mana-mana. Ia gunakan kuasa bateri dan paling best boleh digunakan dengan apa jua sabun pencuci muka yang digunakan.

Harga : RM88 / unit


Semua produk ini boleh lihat secara langsung menerusi video di bawah :



Berkenan dengan mana-mana produk di atas? Boleh layari lamanweb Althea Korea sekarang untuk urusan pembelian. Bayaran boleh di buat dengan menggunakan online banking, PayPal dan lain-lain. 


Happy shopping............ jumpa lagi............











Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.