Pengalaman Dan Tips Lengkap Untuk Didik Anak Pakai Hijab Sejak Kecil | Assalamualaikum, hi korang! Hari ni daku nak share pengalaman dan tips lengkap untuk didik anak pakai hijab sejak kecil. Dalam erti kata lain cara untuk mengajar anak perempuan pakai tudung dari kecik supaya si anak dapat biasakan diri kelak. Kalau nak tahu apa cara yang ku guna sebagai cara ajar baby pakai tudung dari kecil, boleh baca artikel ni sampai habis ye.

Sebelum tu, daku memang dah lama sebenarnya pasang impian untuk ada seorang anak perempuan yang comel berhijab. Syukurlah selepas punya lima anak lelaki kini Allah SWT anugerahkan seorang puteri untuk ku realisasikan misi yang telah ada sejak dulu.

Tapi dalam masa yang sama daku tahu mendidik anak bertudung pada usia kecil bukanlah mudah. Namun demi impian, daku cuba juga berusaha untuk ajar anak perempuan pakai tudung dari kecil sedaya yang termampu.



PANDUAN LENGKAP UNTUK DIDIK ANAK PAKAI HIJAB SEJAK KECIL

Disebabkan daku ni tak ada sebarang ilmu mengenai cara untuk ajar si Kasih ni berhijab maka daku cuba dengan kaedah try and error secara berperingkat. Tiada cara yang spesifik untuk mengajar anak bertudung sejak kecil, tetapi apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian cara yang daku telah praktikkan pada Kasih Sufi. Nak tahu apakah cara yang ku lakukan tersebut? Jom baca semuanya satu demi satu. 

Langkah #1 : Mulakan Dengan Pemakaian Sepit Rambut


Sejak Kasih baru berusia berberapa bulan daku telah mula biasakan Kasih dengan pemakaian sepit penghias rambut. Daku sengaja pakaikan dengan sepit dalam bentuk yang agak besar supaya Kasih sedar yang di atas kepalanya sedang ada sesuatu. 

Sepit yang agak besar ini juga dapat menghindari anak dari tertelan. Sepit-sepit ini daku beli dari kedai RM2.10 je! Takde nya beli yang mahal-mahal hingga tahap membazir. 


Hubby selalu tegah Kasih secara lembut dari tanggalkan sepit rambut dengan kata pujian cantik dan comel

Kalau nak tahu, waktu fasa langkah no 1 ini memang agak mencabar kerana Kasih asyik nak tarik je sepit tu dari rambutnya. Mujurlah encik suami tolong bantu dengan sering memuji Kasih dengan perkataan COMEL, CANTIK, LAWA dan sebagainya.

Asal Kasih capai nak buang je terus suami sekat dengan pegang tangan Kasih sambil memuji Kasih dengan perkataan comel dan cantik... Sebagai contoh, "Comelnya anak abah pakai sepit... lawa anak abah arini." Alhamdulillah kadangkala menjadi dan kadangkala Kasih tetap juga tanggalkan sepit tu. hehehe.. 

Langkah #2 : Berubah Kepada Pemakaian Head Band 


Setelah itu daku mula pakaikan Kasih dengan headband pula. Daku ingat lagi bila ibu mertuaku asyik tegur kenapalah di beri cucunya ni pakai headband yang besar tu kat kepala. Buat rimas je katanya. Hehe... daku cuma tersenyum dengan memberitahu yang niatku nak biasakan Kasih dengan ada benda di atas kepalanya.


Sewaktu di langkah ke dua ni, Kasih masih sama seperti tadi. Kasih selalu nak capai buang headband dari atas kepala sebabnya beliau suka nak buat main. So, kami semua (daku,suami dan anak-anak) akan terus puji Kasih dengan perkataan comel, cantik dan sebagainya setiap kali pakaikan headband pada Kasih.

Langkah #3 : Amalkan Suka Ikat Rambut Anak Selalu


Tak kisahlah ikat rambut bentuk macamana, janji ikat! Kenapa perlu biasakan amalan ikat rambut begini pada anak? Sebab pertama supaya anak jadi terbiasa untuk ikat kemas rambutnya terutama selepas mandi. 

Dan sebab lain adalah untuk anak tahu bagaimana patut dikemaskan rambut yang mula panjang. Manakala sebab terakhir adalah untuk memudahkan lagi urusan pemakaian tudung nanti. Yelah, nak pakai tudung eloklah di ikat dulu rambutnya kan?

Langkah #4: Pakaikan Baby Dengan Anak Tudung Sendiri


Inilah saat mula-mula daku kenalkan tudung pada Kasih. Daku tak terus beli tudung bayi mahupun kanak-kanak, sebaliknya daku pakaikan Kasih denan anak tudung sendiri. Kat rumah lepas mandi, daku ikatkan rambut Kasih dan daku pakaikan Kasih dengan anak tudung ni. Tak ke mana-manapun, hanya kat rumah saja cuma nak biasakan Kasih dengan 'penutup rambut' di atas kepala. 

Then daku pun mulalah ajak Kasih berselfie untuk tunjuk rupa dirinya sendiri dengan kata pujian comel dan cantik seperti biasa. 

Langkah #5 : Pakaikan Kasih Dengan Tudung Sendiri Ala-Ala Mak Jemah! 


Tengoklah sendiri gambar kat atas ni. Inilah ragam aku bersama Kasih sewaktu di rumah demi untuk mengapai impian untuk Kasih dapat membiasakan diri dengan hijab. Ada saja daku lilitkan Kasih ni dengan apa jua tudung. Untuk elakkan Kasih dari berasa rimas daku ajak Kasih  berselfie supaya Kasih dapat lihat rupanya sendiri.


Langkah #6 : Potong Tudung Lama Milik Sendiri Untuk Anak

Akhirnya apabila Kasih mula menginjak usia 1 tahun, daku nekad untuk selongkar tudung lamaku dari jenis instant yang sudah lama tidak ku pakai. Tanpa rasa serba salah daku potong labuh dan saiz tudung tersebut supaya sesuai dengan ketinggian dan saiz wajah Kasih.

Penat jalan-jalan, balik rumah terus terlena

Kebetulan kat rumah memang ada mesin jahit jadi cepatlah dapat siapkan tudung untuk Kasih. Saat bawa Kasih keluar dari rumah daku akan pakaikan Kasih dengan tudung tersebut. Tak kisahlah hendak ke taman mainan, ke bandar, ke kedai dan sebagainya. 

Walaupun berhampiran saja tapi daku pakaikan tudung ni untuk Kasih. Teruja sangat rasa hati bila Kasih sama sekali tak tanggalkan sejak dari mula keluar dari rumah sehinggalah balik ke rumah semula. 

Langkah #7 :  Dapatkan Tudung Kanak-Kanak Yang Sebenar

2 helai tudung hadiah dari maklong Ina untuk Kasih 

Daku agak bernasib baik kerana saat daku sedang berusaha untuk kenalkan Kasih dengan amalan bertudung ni, kakak iparku sendiri telah hadiahkan 2 helai tudung untuk Kasih. Pucuk di cita ulam mendatang kata orang tua! Ke dua-dua tudung ini di jahit sendiri oleh kakak iparku yang berada di Penang dan terus diposkan pada Kasih sebagai hadiah. Rezeki rezeki! 

Suka Shopping Tudung Budak Online Untuk Harga Yang Lebih Jimat!

Kini Kasih telah genap berusia 18 bulan dan saat ini syukur alhamdulillah Kasih sudah semakin kenal dengan amalan pemakaian tudung. Daku juga sudah mula shopping tudung kanak-kanak sedikit untuk tambahkan koleksi hijab milik Kasih. Antara seller yang pernah ku gunakan dapatkan tudung untuk Kasih ini adalah seller dengan nama AISYAH RUQAYYAH yang aktif di lamanweb Shopee. 


Shopping online begini senang pun senang. Tak payah susah payah bawa baby ke pasaraya berjam-jam. Tak payah juga sibuk cari parking dan sebagainya. Pilih saja mana yang suka dan tungu penghantaran sehingga ke depan pintu rumah. So far sepanjang gunakan servis daripada beliau alhamdulillah produk juga sampai dengan cepat. 

Feedback dari pelanggan lain juga banyak yang positif. Moga-moga seller dapatlah kekalkan harga yang murah-murah begini untuk hijab anak.



Sekarang alhamdulillah, Kasih Sufi dah mula biasakan diri dengan tudung. Malah jika Kasih nampak saja daku kenakan tudung maka dia juga akan ikut capai sehelai dari koleksi tudung miliknya di rak. Nampaknya impianku untuk miliki anak suka bertudung sejak kecil semakin cerah, alhamdulillah. 


Daku juga ada terbaca yang mengenai ajar anak bertudung ini dapat dikaitkan dengan sikap malu dalam diri anak apabila mereka besar kelak. Jika ya moga Kasih dapat terus menjadikan amalan bertudung ini dengan gaya hidupnya nanti. 


Si Manja Tampak Makin Comel Dan Bergaya

Daku memang suka lihat Kasih semasa pakai hijab. Entahlah, nampak comel sangat! Suka juga dapat kenakan tudung yang sesuai mengikut warna baju yang sedang di pakai Kasih. Apa yang buatkan daku lebih best of courselah sebab dapat pakai tudung dari rona colour yang sama dengan Kasih.


Lufya Omar Pernah Dikecam Nitizen Kerana Pakaikan Tudung Pada Bayinya

Bercerita tentang pengalaman dan panduan tentang cara latih anak menutup aurat sejak kecil ini daku terus teringat akan kisah Lufya OmarBak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Itulah cara didikan yang dipraktikkan oleh pelakon Lufya Omar terhadap anaknya. Lufya mula kenalkan akan tudung pada bayinya supaya amalan memakai tudung dapat mula didekatkan biarpun anaknya masih kecil.

Namun siapa sangka, tindakan Lufya itu mendapat kritikan para netizen dengan menganggap yang anaknya itu masih kecil. Takut panas nanti. Bagiku pula, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Begitu juga dengan Lufya  dan begitu juga dengan diriku. Tidak salah kita mendidik anak-anak dari kecil supaya dapat memperkenalkannya dari awal.


Tapi itu juga tak bermaksud di paksa pakai. No! Daku sendiri tahu Kasih Sufi baru saja berusia 18 bulan dan daku juga tahu yang cuaca di Malaysia ini panas. Kerana itu jika Kasih Sufi tarik hingga tertanggal tudung maka daku akan terus masukkan tudung ke handbag saja. Takdenya nak terus paksa Kasih pakai juga-juga. Ini nak mengajar supaya anak seronok dengan tudung bukannya nak tunjukkan yang tudung ni rimas dan membebankan.  

Pengalaman Dan Perasaan Dalam Mendidik Anak Pakai Hijab

Senang je kan nak ajar anak bertudung dari kecik? InsyaAllah, kalau betul ada impian untuk membudayakan pemakaian tudung sejak dari usia kanak-kanak. Perlukah kita ajar anak kita berhijab ketika masih kecil? Jawapan tu atas diri masing-masing. Tepuk dada tanya hati. Jika rasa perlu maka bolehlah bermula dari sekarang dan jika rasa nanti dulu boleh tangguhkan. 



Yang penting macamana sekalipun wajib asuh anak budaya pakai tudung serasi dengan tuntutan agama kita. Ops sebelum terlupa, yang paling utama sekali ibu mestilah bertudung sebelum ajar anak pakai. Itulah serba sedikit pengalaman dan panduan cara bagaimana mendidik anak perempuan pakai tudung sejak kecil dan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada yang memerlukan. 

Ameen.... 



" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "