Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Roti John Ayam Simple Tapi Sedap

Resepi Roti John Ayam : Mudah Masak Cepat Boleh Makan! | Baru-baru ni entah mengapa rasa macam tak berapa selera nak makan nasi. Fikir punya fikir, baik buat roti john je lah! Aku suka roti john sejak dulu sebabnya mudah untuk di masak dalam pebagai versi. Sangat sedap juga untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Roti john ni sesuai di makan sama ada untuk sarapan, minum petang, supper dan dinner. Untuk mereka yang kurang berselera boleh guna bahan favourite sebagai inti. 

Makan bulan puasa dan oleh resepi untuk jadikan sebagai menu diet pun bagus juga. 

resepi roti john ayam simple


Bahan nak buat roti john ni pun takde apa-apa halangan. Kita boleh masak dengan apa jua bahan yang kita suka. 

Nak masak dengan daging boleh, ayam boleh, isi ikan fillet boleh, daging burger dan hotdog juga boleh. Nak lagi mudah letak je apa yang ada dalam peti sejuk tu. Senang citer. 

Jika kalian juga hantu suka makan roti john macam aku ni, ada baiknya cuba buat sendiri. Pasti puas hati. .

Untuk kali ni, aku buat Roti John dengan inti isi ayam dan juga cendawan. Dah kebetulan ada cendawan dalam peti, jadi itulah yang ku bikin. 

Jom tengok cara-cara nak buat Roti John paling mudah yang aku dah sediakan. 


Resepi Roti John Ayam Simple Bersama Cendawan

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk buat roti john simple :

  • Roti oblong / roti hotdong (jenama Gardenia dan lain-lain, tak kisah)
  • Sedikit isi ayam (bersih dan cincang halus)
  • 2 biji cili padi ( buang biji dan potong halus)
  • 1 ulas bawang besar ( potong dadu kecil)
  • Cendawan secukupnya (potong halus)
  • Sedikit daun bawang ( potong halus)
  • 2 - 3 biji telur ayam gred A
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit lada sulah




Cara Penyediaan Bahan-Bahan Resepi Roti John Ayam Ini :

1. Ketepikan roti. 

2. Mula satukan semua bahan lain (kecuali roti). Jika kebetulan tak ada cendawan, nak gantikan dengan carrot juga boleh. 

3. Pecahkan telur ke dalam adunan yang telah disatukan tadi. Siap untuk mula di masak. 

4.  Kebetulan masa tengah masak tu, masa dah suntuk jadi aku terus tumis semuanya kejap di atas pan sehingga layu. Then baru masukkan ke dalam mangkuk bersama telur. At least akan lebih cepat masak. 

Jika kalian juga kejar masa nak ke tempat kerja, berbuka puasa, bersahur dan sebagainya. Boleh buat begini dulu okay.


5. Sekarang gaulkan semua bahan bersama telur tadi sehingga sebati. 

6. Perasakan dengan garam dan lada sulah. 

7. Setelah itu potong roti secara melintang dan bolehlah sapukan roti dengan planta/marjerin. 

Jika kebetulan tak ada stok planta/marjerin, korang panaskan pan dengan sedikit minyak supaya adunan ni boleh masak tanpa melekat. 


Cara Masak Roti John Ayam 

1. Mula-mula panaskan pan dan kemudian sendukkan sedikit adunan telur ke atasnya. Ratakan. 

2. Setelah itu terus letakkan roti ke atas telur tersebut.



3 . Jika gunakan roti hotdog dengan size yang agak kecil begini, sekali masak boleh dapat 2 biji terus (4 bahagian roti). 

 

4. Setelah telur menjadi sedikit garing bolehlah di balikkan. 

5. Masak sekejap supaya roti bahagian yang baru dibalikkan sedikit garing / panas dan teruslah di angkat. 



6. Akhir sekali bolehlah dihidangkan dengan apa saja bahan tambahan lain yang korang suka. 

Macam aku sendiri, aku tambahkan sos cili, mayonis, coleslow dan sedikit kubis. 

Jika nak tambah dengan timun dan lain-lain juga takde masalah. Pandai-pandailah ya. 


Kesimpulan 

Resepi roti john simple ada banyak kalau di Google. Hasil carian yang ku dapat untuk roti john simple ni, ada banyak resipi yang mudah dan sedap. Bukan setakat roti john biasa malah ada juga yang sesuai untuk buat berniaga.

Antara yang popular, resepi roti john hanis zalikha, resepi roti john che nom, resepi roti john khairulaming dan banyak lagi.

Resipi Roti John homemade begini sangat mudah dan lebih jimat berbanding yang dibeli. Aku ni lebih suka roti john simple guna apa saja bahan yang ada di rumah. 

Tak susah nak buat roti john. Kalau nak olah resepi roti john telur sahaja pun boleh! Pastu makan dengan sos cili dan sos tomato. Sedap juga tu.

Untuk resepi inti roti john ayam simple bersama cendawan yang aku kongsikan di sini, kalau korang nak gantikan guna roti gardenia pun okay. Takde masalah. 

Jangan ingat kalau buat resepi roti john mesti kena guna roti hotdog tu. Untuk resepi roti john paling simple begini guna roti keping yang ada dekat rumah pun tak apa. Tetap sedap!

Selamat mencuba.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog πŸ‘‰  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby πŸ‘‰  https://t.me/ibuhamilmalaysia



9 comments for "Resepi Roti John Ayam Simple Tapi Sedap "

  1. omg sedapnya. i can't wait to be home and buy my fvourite roti john.

    ReplyDelete
  2. perghhh meriah inti dia tuuuu...inti eh sebutnya? hahaha..sukahati jeee

    ReplyDelete
  3. Menu paling mudah nak siapkan dan ringkas untuk berbuka puasa...

    ReplyDelete
  4. sedap dan lebih meriah isinya kalau buat sendiri..

    ReplyDelete
  5. İnteresting recipes 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  6. Mudah Dan sedap Kan..cheery pun suka, direct soh hubby Beli kat bazar. Nak buat malas!πŸ˜†

    ReplyDelete
  7. Terima kasih resepnya, it's so delicious ...

    ReplyDelete
  8. Heummmmm .. sedap nian ini varian rasa cendawannya ..

    Roti John jadi makin tambah yummy ...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. Saya pun minat makan roti john juga.

    ReplyDelete