5 Sebab Seronok Bercuti Di Kota Bharu Berserta 21 Cadangan Hotel Sekitar
5 Sebab Seronok Bercuti Di Kota Bharu Berserta 21 Cadangan Hotel Sekitar | Sebagai seorang insan yang menetap di Pantai Timur sudah semestinya daku sering ke Kota Bharu. Berada di Kota Bharu benar-benar membuka mata aku kerana hakikatnya suatu masa dulu daku pernah menganggap yang Kota Bharu ini tidaklah begitu maju. Ah sangat cetek daya pemikiran aku waktu tu.
Daku juga pernah berasa was-was sewaktu mula ingin berpindah ke Pantai Timur dulu. Mana tidaknya daku ni dah terbiasa dengan kehidupan sibuk di bandar besar. Daku juga dah terbiasa dengan pelbagai kemudahan 'moden' di bandaraya Kuala Lumpur sebelum ni.
Hinggalah saat di beritahu suami perlu pindah maka daku minta supaya dia bawa daku ni untuk pusing-pusing sekitar Pantai Timur ni. Salah satu tempat yang di bawa adalah Kota Bharu dan saat itu daku mula tertanya-tanya, bagaimanakah sebenarnya rupa bandar Kota Bharu?
Apa pula tempat menarik di Kota Bharu yang patut ku jejak? Daku tak perlu pening kepala untuk pilih selain ikut saja ke mana suamiku bawa. Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan yang pertama sekali suamiku bawa pastinya bandar Kota Bharu itu sendiri.
Ternyata Kota Bharu Sangat Berbeza Dari Sangkaan
Nak datang ke Kota Bharu tak susah. Flight kan ada! Dan saat pertama kali melangkah ke Kota Bharu daku dah mula terpegun! Wah maju rupanya bandar Kota Bharu. Ada pelbagai pasaraya besar juga untuk di singgah. Penat kaki berjalan, besar jugak bandar Kota Bharu. Hati mula semakin teruja untuk bercuti ke Kota Bharu dengan lebih lama.
Banyak kedai di sana sini dan rata-rata peniaga adalah daripada kaum wanita. Tidak kiralah apa saja yang di jual memang peniaga adalah wanita. Turut ada wanita di usia muda yang turut menjadi seorang peniaga. Muda-muda dah berniaga!
Hebat betul aura perniagaan di kalangan kaum hawa kat Kota Bharu ni. Saat melangkah ke Pasar Siti Khadijah, mata aku makin bersinar. Mau taknya banyak betul makanan! Paling daku tak leh tahan adalah kuih muihnya yang beraneka jenis.
Ada taik itik, puteri mandi, lompat tikam dan lain-lain lagi. Apa yang best kebanyakannya memang tidak ada di negeri Utara tempat asal kelahiranku. Bila beli dan rasa,... sedap! Sangat-sangat sedap! Paling daku suka kuih lompat tikam dan juga akok. Jika kalian punya kesempatan datang bercuti ke Kota Bharu cubalah cari dan rasa kuih yang ada.
5 Sebab Terpenting Mengapa Perlu Datang Bercuti Ke Kota Bharu
Dari apa yang ku perhatikan selama bercuti di Kota Bharu ini, bumi Kelantan punya banyak keistimewaan. Di sini daku senaraikan 5 sebab utama mengapa kalian perlu jejakkan kaki ke Kota Bharu dan tanah bumi Kelantan ini khususnya.
1. Adat Budaya
Tak dinafikan adat dan budaya di Kelantan ini memang masih lagi kuat di jaga. Sebagai contoh di Kelantan ada budaya bermain wau bulan yang besar terbang tinggi di langit. Tak lupa yang paling utama adalah dikir barat dan wayang kulit. Persembahan dikir barat ini sangat sinonim dengan Kelantan dan tak hairanlah bila mana sanak-kanak sekolah ikut jadikan persembahan dikir barat sebagai salah satu pertandingan menarik.
2. Makanan
Soal makanan memang daku mengaku ianya best! Jika tadi daku baru sebut tentang kuih muih, haaa jangan lupa untuk cuba menu aneka nasi yang ada. Antaranya adalah nasi kerabu yang berwarna biru, nasi dagang dengan ikan tongkol, nasi berlauk dengan gulai ayam dan sambal serta lain-lain lagi. Apa yang daku suka ada juga mee celup dan nasi air yang sangat sesuai untuk dinikmati seisi famili.
3. Gaya Hidup
Menyentuh tentang soal gaya hidup, di Kelantan sememangnya adalah negeri yang ramai kaum melayu. Itu tak dinafikan dan ianya berasaskan agama Islam. Namun tak bermaksud kaum lain diketepikan begitu saja.
Buktinya daku suka bila bersembang dengan bangsa Cina dan India di Kelantan ni. Percaya ataupun tidak dah macam tengah bercakap dengan orang melayu tempatan! Bahasa yang digunakan dialek Kelantan pekat dan ikatan sesama kaum juga nampak sangat akrab. Jadi tak hairan jugalah mengapa ada di kalangan warganegara luar ikut tertawan dengan negeri Pantai Timur termasuk Kelantan ini.
4. Pemandangan
Jika di tanya adakah ada pemandangan menarik di Kota Bharu? Jawapannya mestilah ada. Jika ke Kota Bharu kalian boleh pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Kalian juga boleh singgah ke Bachok yang sudah kelihatan bagaikan berada di Pulau Nami Korea. Tak hanya itu, ada juga bangunan lama sisa tinggalan Jepun yang masih kekal utuh hingga kini. Eh takkan lupa kot.... dulu Jepun kan mendarat di pantai Kelantan.
5. Seloka Bahasa
Bahasa memang sangat lain daripada yang lain. Daku sendiri boleh bertukar cara penggunaan ayat. Yang paling tak boleh lupa daku asyik tersilap antara 'kecek' dan juga 'ghoyat' (boleh sebut tak ni? haha).
Hmmm memang kena gelak dek suami jugalah masa saat mula-mula nak belajar bahasa dialek Kelate ni dulu. Tapi sekarang takpe dah. Dah paham cara nak cakap dengan betul ikut gaya percakapan orang Kelantan.
Boleh Sewa Hotel Untuk Bermalam Di Kota Bharu
Nak bermalam di Kota Bharu Kelantan ni tak susah. Ada banyak hotel dan boleh pilih mana satu yang sesuai dengan bajet. Antara hotel tersebut adalah seperti :
1. Hotel Perdana
2. Hotel Grand Renai
Antara hotel di Kota Bharu yang menjadi pilihan ramai adalah The Grand Renai. Mengapa hotel ini dianggap mesra keluarga adalah kerana staffnya yang sangat mesra. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hotel Renaissance Kota Bharu.
Memang tersangat selesa kerana ia adalah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar. Ciri bangunannya yang tinggi dan tersergam indah memang mudah nak di cari.
3. Holiday Villa Hotel & Suites
Special untuk kaki shopping! Ini adalah hotel yang sangat hampir dengan Wakaf Che Yeh yang sangat terkenal sebagai tempat seronok membeli belah. Lokasinya terletak betul-betul di hadapan tempat membeli belah Wakaf Che yeh. Jalan kaki je. Jika terasa lapar dan ingin makan segera, McDonalds turut ada berdekatan.
Untuk dapatkan info mengenai hotel-hotel lain untuk yang ada di Kota Bharu Kelantan, kalian boleh baca artikel yang berjudul 21 Hotel Di Kota Bharu Yang Menarik Untuk Percutian n, linknye kat sini: https://bagasi.my/hotel- di-kota-bharu/ Klik je kat situ dan ada banyak info lengkap berserta gambar tentang keadaan hotel, harga sewa per night dan lokasi. Sangat mudah untuk bantu kalian buat pilihan nanti.
Ohya kalau lepas baca nak terus tempah pun boleh sebabnya ia memang dah ada ruangan untuk buat tempahan. Haa kan mudah tu. Tak payah lagi buang masa lama-lama. Lihat info lengkap, rasa okay, boleh terus tempah ikut berapa malam nak bercuti di Kota Bharu Kelantan.
Yang pasti, jika bercuti ke Kelantan kalian tidak perlu risau sebab negeri ini memang sangat sesuai untuk bercuti. Bercuti di Kelantan boleh dipenuhi masa dengan pelbagai aktiviti sambil ambil pengalaman berada di negeri yang penuh dengan adat dalam pertuturan dialek yang sangat unik.
Perlu bijak memilih penginapan sama dan pastikan hotel yang terbaik sangat tepat dengan kedudukan, pekhidmatan dan juga harga. Anggaran kasar untuk perbelanjaan asas bercuti di Kelantan juga perlu di ambil kira. Jangan nanti duit dah habis sedangkan masih banyak lagi benda lain yang perlu dinikmati sebagai kenangan termanis sepanjang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Apa yang di tunggu lagi tu? Jom singgah ke Kota Bharu Kelantan! Best sangat-sangat tau!!
Daku juga pernah berasa was-was sewaktu mula ingin berpindah ke Pantai Timur dulu. Mana tidaknya daku ni dah terbiasa dengan kehidupan sibuk di bandar besar. Daku juga dah terbiasa dengan pelbagai kemudahan 'moden' di bandaraya Kuala Lumpur sebelum ni.
Seronok Bercuti Di Kota Bharu |
Apa pula tempat menarik di Kota Bharu yang patut ku jejak? Daku tak perlu pening kepala untuk pilih selain ikut saja ke mana suamiku bawa. Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan yang pertama sekali suamiku bawa pastinya bandar Kota Bharu itu sendiri.
Ternyata Kota Bharu Sangat Berbeza Dari Sangkaan
Nak datang ke Kota Bharu tak susah. Flight kan ada! Dan saat pertama kali melangkah ke Kota Bharu daku dah mula terpegun! Wah maju rupanya bandar Kota Bharu. Ada pelbagai pasaraya besar juga untuk di singgah. Penat kaki berjalan, besar jugak bandar Kota Bharu. Hati mula semakin teruja untuk bercuti ke Kota Bharu dengan lebih lama.
Seronok Bercuti Di Kota Bharu |
Banyak kedai di sana sini dan rata-rata peniaga adalah daripada kaum wanita. Tidak kiralah apa saja yang di jual memang peniaga adalah wanita. Turut ada wanita di usia muda yang turut menjadi seorang peniaga. Muda-muda dah berniaga!
Hebat betul aura perniagaan di kalangan kaum hawa kat Kota Bharu ni. Saat melangkah ke Pasar Siti Khadijah, mata aku makin bersinar. Mau taknya banyak betul makanan! Paling daku tak leh tahan adalah kuih muihnya yang beraneka jenis.
Ada taik itik, puteri mandi, lompat tikam dan lain-lain lagi. Apa yang best kebanyakannya memang tidak ada di negeri Utara tempat asal kelahiranku. Bila beli dan rasa,... sedap! Sangat-sangat sedap! Paling daku suka kuih lompat tikam dan juga akok. Jika kalian punya kesempatan datang bercuti ke Kota Bharu cubalah cari dan rasa kuih yang ada.
Seronok Bercuti Di Kota Bharu |
Dari apa yang ku perhatikan selama bercuti di Kota Bharu ini, bumi Kelantan punya banyak keistimewaan. Di sini daku senaraikan 5 sebab utama mengapa kalian perlu jejakkan kaki ke Kota Bharu dan tanah bumi Kelantan ini khususnya.
1. Adat Budaya
Tak dinafikan adat dan budaya di Kelantan ini memang masih lagi kuat di jaga. Sebagai contoh di Kelantan ada budaya bermain wau bulan yang besar terbang tinggi di langit. Tak lupa yang paling utama adalah dikir barat dan wayang kulit. Persembahan dikir barat ini sangat sinonim dengan Kelantan dan tak hairanlah bila mana sanak-kanak sekolah ikut jadikan persembahan dikir barat sebagai salah satu pertandingan menarik.
Dikir Barat Kelantan |
Soal makanan memang daku mengaku ianya best! Jika tadi daku baru sebut tentang kuih muih, haaa jangan lupa untuk cuba menu aneka nasi yang ada. Antaranya adalah nasi kerabu yang berwarna biru, nasi dagang dengan ikan tongkol, nasi berlauk dengan gulai ayam dan sambal serta lain-lain lagi. Apa yang daku suka ada juga mee celup dan nasi air yang sangat sesuai untuk dinikmati seisi famili.
nasi kerabu berwarna biru |
Menyentuh tentang soal gaya hidup, di Kelantan sememangnya adalah negeri yang ramai kaum melayu. Itu tak dinafikan dan ianya berasaskan agama Islam. Namun tak bermaksud kaum lain diketepikan begitu saja.
Buktinya daku suka bila bersembang dengan bangsa Cina dan India di Kelantan ni. Percaya ataupun tidak dah macam tengah bercakap dengan orang melayu tempatan! Bahasa yang digunakan dialek Kelantan pekat dan ikatan sesama kaum juga nampak sangat akrab. Jadi tak hairan jugalah mengapa ada di kalangan warganegara luar ikut tertawan dengan negeri Pantai Timur termasuk Kelantan ini.
pernah viral : pengantin lelaki Kelantan dengan isteri Korea |
Jika di tanya adakah ada pemandangan menarik di Kota Bharu? Jawapannya mestilah ada. Jika ke Kota Bharu kalian boleh pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Kalian juga boleh singgah ke Bachok yang sudah kelihatan bagaikan berada di Pulau Nami Korea. Tak hanya itu, ada juga bangunan lama sisa tinggalan Jepun yang masih kekal utuh hingga kini. Eh takkan lupa kot.... dulu Jepun kan mendarat di pantai Kelantan.
Bagai berada di Pulau Nami Korea |
Bahasa memang sangat lain daripada yang lain. Daku sendiri boleh bertukar cara penggunaan ayat. Yang paling tak boleh lupa daku asyik tersilap antara 'kecek' dan juga 'ghoyat' (boleh sebut tak ni? haha).
Hmmm memang kena gelak dek suami jugalah masa saat mula-mula nak belajar bahasa dialek Kelate ni dulu. Tapi sekarang takpe dah. Dah paham cara nak cakap dengan betul ikut gaya percakapan orang Kelantan.
Boleh Sewa Hotel Untuk Bermalam Di Kota Bharu
Nak bermalam di Kota Bharu Kelantan ni tak susah. Ada banyak hotel dan boleh pilih mana satu yang sesuai dengan bajet. Antara hotel tersebut adalah seperti :
1. Hotel Perdana
Hotel Perdana merupakan hotel di Kota Bharu yang sesuai untuk percutian pasangan yang ingin berbulan madu dan bercuti bersama keluarga. Ia adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang elegan dan eksklusif. Sangat selesa dengan pelbagai kemudahan.
Bilik hotel yang luas, katil yang besar dan empuk serta menikmati pemandangan cantik bandar Kota Bharu adalah ciri utamanya. Lokasinya juga sangat strategik dengan pelbagai restoran terkenal yang ada berhampiran.
Antara hotel di Kota Bharu yang menjadi pilihan ramai adalah The Grand Renai. Mengapa hotel ini dianggap mesra keluarga adalah kerana staffnya yang sangat mesra. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hotel Renaissance Kota Bharu.
Memang tersangat selesa kerana ia adalah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar. Ciri bangunannya yang tinggi dan tersergam indah memang mudah nak di cari.
3. Holiday Villa Hotel & Suites
Special untuk kaki shopping! Ini adalah hotel yang sangat hampir dengan Wakaf Che Yeh yang sangat terkenal sebagai tempat seronok membeli belah. Lokasinya terletak betul-betul di hadapan tempat membeli belah Wakaf Che yeh. Jalan kaki je. Jika terasa lapar dan ingin makan segera, McDonalds turut ada berdekatan.
Hotel eksklusif empat bintang ini menawarkan kelengkapan yang lengkap. Sudah pasti, biliknya serba selesa dan cantik, bilik airnya moden dan bersih serta layanan yang diberikan juga agak mesra.
Yang pasti, jika bercuti ke Kelantan kalian tidak perlu risau sebab negeri ini memang sangat sesuai untuk bercuti. Bercuti di Kelantan boleh dipenuhi masa dengan pelbagai aktiviti sambil ambil pengalaman berada di negeri yang penuh dengan adat dalam pertuturan dialek yang sangat unik.
Perlu bijak memilih penginapan sama dan pastikan hotel yang terbaik sangat tepat dengan kedudukan, pekhidmatan dan juga harga. Anggaran kasar untuk perbelanjaan asas bercuti di Kelantan juga perlu di ambil kira. Jangan nanti duit dah habis sedangkan masih banyak lagi benda lain yang perlu dinikmati sebagai kenangan termanis sepanjang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Apa yang di tunggu lagi tu? Jom singgah ke Kota Bharu Kelantan! Best sangat-sangat tau!!
singgah jalan2 sini..done follow! ..salam ukhuwah ^_^
ReplyDeleteDone followback.. TQ Sha sudi dtg sini jenguk sis =D
DeleteKuih muih tu menggoda ...
ReplyDeleteKann sedappp je nmpk.. eh awa masa tulis Nami terus ingat nami heavenlee yg encem tu hehe
DeleteCantiknya Kota Bharu!!
ReplyDeleteNasi biru nampaknya sedap
memang sedapppp.. makan sekali nanti kan teringat sampai bila2 :D
DeleteNasi kerabu, nasi dagang mmg favourite..
ReplyDeletesaya suka nasi kerabu yang ada kuah tumis... uhhhh sedapppp... puashati!!
Deletesuka juga kota bharu....tak puas berjalan kat sana hari tu..insya'Allah nanti nak ke sana lagi
ReplyDeletekan dah kata... best kota bharu ni.... sekali mari memang tak puas =D
Deleteone of the states yg ray x penah jejak.
ReplyDeleteselain drp KB boleh gak menjelajah ke daerah2 lain yg x kurang hebatnya terutama sekali bab makanan!
ReplyDeletesaya memang asal kelantan pon jarang ke KB, sesekali menjengah kesana pun jakun rasa..hihi..sebab kita berhijrah dok kl..bali pon, kt kg sdiri dah macam2..xdela ke KB..hihi
ReplyDeletedah lama teringin nk ke kelantan tp asik la tak berkesempatan, lagi2 bila time2 cuti panjang, atau cuti perayaan ramai yg balik kelantan
ReplyDeletetp sya paling suka makanan n manisan kelantan, itu yg teringin sgt nk ke kelantan
Walaupun saya orang Pantai Timur, tapi tak pernah lagi melancong ke Kelantan. Pernah ke Pahang & Terengganu je sebab saya orang Pahangπ. Itupun bahagian selatan Terengganu je. Teringin juga menjejakkan kaki ke sana.
ReplyDeleteBanyak betul hotel yang affordable kan awa
ReplyDeletesinggah sini dan follow back dah :)
ReplyDeletedh lama tak ke KB . . .
Baru Perdana salam kenal
ReplyDeleteYang menjadi kelebihan dari kota ini adalah yang masih memegang teguh adat budayanya.
ReplyDelete