Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BIOCHO Pomade - Penggaya Rambut Lelaki Semulajadi Untuk Lebih Sihat Dan Terurus

BIOCHO Pomade - Penggaya Rambut Lelaki Semulajadi Untuk Lebih Sihat Dan Terurus | Bila sebut saja perkataan 'pomade'  perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya rambut sang jejaka. Yelah pomade ni kan salah satu produk untuk gayakan rambut lelaki. Fenomena pemakaian pomade ni melanda Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu dan rambut promade ini selalunya dalam bentuk gel khusus untuk kaum adam.

Suamiku sendiri salah seorang yang menggunakan pomade cuma bezanya beliau tak boleh gunakan sembarangan produk pomade demi untuk menjaga tekstur rambutnya. Almaklumlah rambut panjang dengan rambut pendek ni tak sama. Dalam banyak-banyak produk pomade, suamiku membuat keputusan untuk cuba gunakan pomade dari jenama BIOCHO Pomade dan kini anak lelakiku juga ikut suka dengan jenama ini. 


BIOCHO Pomade - pilihan 

Bagaimanakah Pomade Dihasilkan? 

Produk pomade selalunya dihasilkan daripada minyak yang kelihatan seperti wax. Ini untuk memberi kesan rambut licin, bersinar dan mudah untuk digayakan. Kalau dulu rambut selalu kusut, kering, kerinting dan asyik gatal-gatal tapi lepas gunakan promade rambut nampak lebih lurus dan bersinar lepas pakai pomade. Rambut juga sudah tidak gatal lagi. 

Tapi ingatlah yang tidak semua pomade itu bagus untuk rambut. Tidak salah untuk bergaya tapi pastikan juga menggunakan produk yang betul dan selamat untuk mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya di depan hari. 

Terdapat 4 Jenis Pomade Yang Ada Di Pasaran 

#1 - Pomade Jenis Gel

Pomade jenis gel ini diperbuat daripada bahan kimia seperti lilin sintetik, penekanan rambut, polimer, alkohol, karbomer, dan sebagainya. Pomade jenis ini adalah gel yang keras untuk memberikan pelbagai jenis gaya yang diinginkan dengan mudah. Ia juga mudah di basuh namun walaupun mudah untuk digunakan tetapi ia tetap ada beberapa kelemahan.

Antara KELEMAHAN untuk pomade jenis gel ini adalah seperti boleh menyebabkan masalah kekeringan rambut yang serius, hujung rambut boleh menjadi pecah dan bercabang, masalah rambut gugur dan ia juga amat tidak sesuai untuk kulit kepala yang sensitif. Penggunaan yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah psoriasis, dermatitis, kelemumur, gatal-gatal dan sebagainya.


#2 - Pomade Orthodox Berasaskan Air 

Pomade orthodox yang berasaskan ini pada dasarnya adalah kombinasi gel rambut yang berasaskan minyak tradisional. Penggunaan pomade jenis ini dapat membantu pengguna mendapatkan gaya rambut yang pelbagai dan ia juga mudah untuk di cuci.

AKAN TETAPI pomade dari jenis ini turut mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah rambut gugur dan masalah kulit kepala kering. Penggunaan yang kerap akan turut menjadikan minyak rambut semulajadi hilang hingga boleh membentuk kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala.

BIOCHO Pomade - Penggaya Rambut Lelaki Semulajadi

#3 - Pomade Unorthodox Berasaskan Air 

Pomade Unorthodox ini pula pada dasarnya adalah lilin dan minyak yang dicampurkan dengan air menggunakan synthetic emulsifer. Sama seperti fungsi pomade yang lain, ia sangat membantu dalam memberikan gaya rambut yang dimahukan oleh si pengguna dengan cepat dan mudah. Ia juga senang untuk di cuci.

Walaupun ia dapat melindungi rambut NAMUN hakikat sebenar akan kehadiran bahan kimia seperti parabens, wangian sentetik dan prespiratif lain masih tetap tidak boleh disangkal. Penggunaan pomade ini lama kelamaan boleh merosakkan rambut dan memberi kesan tidak elok pada kulit kepala. Ia juga sama sekali tidak sesuai untuk kulit yang sensitif.

#4 - Pomades Berasaskan Minyak

Pomed berasaskan minyak diperbuat daripada lilin seperti Beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral. Tidak seperti pomade lain yang berasaskan air, pomade yang berasaskan minyak ini tidak mengandungi bahan kimia yang sangat rumit malah ia jugcca sangat baik dan hebat untuk rambut.

TAPI sayang pomade yang berasaskan minyak ini agak sukar untuk di basuh.  Selalunya ia memerlukan tiga hingga empat kali cucian untuk membersihkannya dari rambut dan kulit kepala. Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan masalah kulit kepala berminyak dan liang pori rambut tersumbat.


BIOCHO Pomade Sangat Berbeza Dengan Ciri Bahan Semulajadi

Mahu tetap guna pomade? Jangan susah hati kerana sekarang ini telahpun ada pomade yang lain daripada yang lain dengan kelebihannya yang tersendiri. Antara pomade berkualiti tinggi dengan harga berpatutan adalah daripada jenama BIOCHO.

" BIOCHO is special HERBAL haircare formulation that gives you style with care. BIOCHO Herbal Pomade is an Oil-based herbal Blend of chosen herbs. " 

Dalam erti kata lain, BIOCHO Pomade ini sangat istimewa kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan herba terpilih tanpa sebarang bahan yang merbahaya. Lain daripada yang lain gitu. BIOCHO Pomade sememangnya sejenis pomade dari herba semulajadi untuk rambut sihat dan bersinar. 



Ia dirumus khas menggunakan Beeswax tanpa sebarang bahan kimia dan bahan pengawet untuk mengekalkan segala kebaikan pada kulit kepala dan rambut. Antara bahan utama lain yang turut digunakan untuk penghasilan BIOCHO Pomade ini adalah :

1. Minyak Argan
Minyak argan sangat tinggi dengan kandungan vitamin E. Kerana itu minyak argan ini sangat berguna untuk melembabkan dan melembutkan kulit kepala. Ia juga sangat sesuai untuk digunakan sebagai pelembab untuk rambut. Tidak hanya itu minyak argan turut dapat membantu merawat hujung rambut yang pecah bercabang dan kering.




2. Rosemary
Rosemary mengandungi kandungan moisturizer yang dapat mengunci kelembapan sel kulit kepala serta folikel rambut. Penggunaan minyak Rosemary pada kulit kepala dan rambut juga mampu memperbaiki tekstur rambut. Ia sangat membantu untuk mengatasi masalah rambut gugur dan dapat menjadikan tekstur rambut semakin tebal dan lembut berbanding sebelumnya.




3. Minyak Zaitun Asli 
Antara kandungan utama yang ada di dalam minyak zaitun asli adalah vitamin E dan juga vitamin K. Vitamin E dan K ini sangat bagus untuk memberi unsur kelembapan dan kelembutan pada rambut. Kerana itu minyak zaitun sering di pilih dalam penghasilkan produk kondisener.


4. Minyak Kelapa Dara Asli
Minyak kelapa dara sangat kaya dengan bahan anti oksida yang dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala dan juga kekuatan rambut. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan membuatkan rambut sinar berkilat. Penggunaan minyak kelapa dara di dalam BIOCHO Pomade akan dapat membantu menguatkan lagi rambut dan semakin sihat bersinar dari biasa. 


Antara Sebab Utama Mengapa BIOCHO Pomade Mendapat Perhatian Ramai

Ingin rambut kekal terurus? BIOCHO Pomade adalah jawapannya. BIOCHO Pomade adalah produk styling rambut yang sesuai untuk lelaki sama ada yang berambut pendek mahupun panjang. Tidak rugi rasanya jika mencuba produk BIOCHO Pomade ini kerana ia :

  • Sangat selamat tanpa sebarang bahan kimia yang bahaya
  • Dapat bantu beri khasiat pada rambut untuk terus kekal sihat dan bersinar
  • Rambut dapat digayakan dengan cepat dan kemas
  • Tidak melekit di tangan semasa sedang digunakan
  • Mudah untuk dibersihkan 
  • Mempunyai bau yang segar dan harum 
  • Sesuai untuk kulit yang sensitif
  • Dapat mengurangkan masalah rambut gugur dan kegatalan kulit kepala

BIOCHO Pomade - Penggaya Rambut Lelaki Semulajadi


BIOCHO Pomade Turut Sesuai Digunakan Oleh Golongan Lelaki Berambut Panjang 

Rambut suamiku agak panjang dan beliau memang sangat berhati-hati soal pemilihan produk yang berkaitan dengan rambut. Almaklumlah rambut yang agak panjang ni agak susah sikit untuk dijaga berbanding dengan rambut yang pendek.

Tapi ternyata, produk BIOCHO Pomade ini juga turut sesuai untuk golongan lelaki yang berambut panjang. Paling happy kerana produk BIOCHO Pomade ini sangat membantu untuk elakkan hujung rambut dari rosak dan bercabang.

BIOCHO Pomade - Penggaya Rambut Lelaki Semulajadi

Cara nak menggunakannya juga sangat mudah :

1. Ambil sedikit mengikut tahap yang ingin digunakan
2. Gosok di atas ke dua telapak tangan
3. Rapikan pada bahagian rambut
4. Siap!!


Ingin Rambut Kekal Terurus Dengan Cara Mudah Dan Selamat? Boleh Cuba Gunakan BIOCHO Pomade Sekarang!

Jika di tanya pada pendapat peribadi, daku amat galakkan produk daripada bahan semulajadi begini. Paling best, ianya dapat dijadikan salah satu hadiah yang bagus untuk dihadiahkan pada suami, anak, adik lelaki, ayah mahupun sesiapa saja yang disayangi.

Harga yang ditawarkan juga tidaklah mahal mana. Hanya dengan harga RM45 (RM49 SS) sebekas, produk BIOCHO Pomade ini boleh bertahan sehingga 4 bulan dengan jumlah penggunaan 2 kali sehari, Sngat murah dan jimat. Paling penting suami juga akan ikut gembira kerana berjaya memiliki produk yang sesuai dan berkesan. 


BIOCHO POMADE | PENGGAYA RAMBUT LELAKI CARA SELAMAT UNTUK RAMBUT LEBIH SIHAT DAN TERURUS

Hotline : 60164907155  | Tekan Untuk Whatsapp 


5 comments for "BIOCHO Pomade - Penggaya Rambut Lelaki Semulajadi Untuk Lebih Sihat Dan Terurus "

  1. To healthy hair and prevent bald

    ReplyDelete
  2. Mengandungi bahan natural tu dah kira baguskan. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  3. elok ada produk natural mcm ni.. hrga pun takde la mahal mana sbb boleh guna lama kan...

    ReplyDelete
  4. First time ni jumpa pomade daripada bahan natural.. ke dah ada jenama lain?

    ReplyDelete