Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser (Mampu Cantikkan Kulit Persis Puteri Dengan Ekstrak 10 Bunga)

Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser (Mampu Cantikkan Kulit Persis Puteri Dengan Ekstrak 10 Bunga) | Hi semua! Hari ni daku nak kenalkan dengan sejenis pencuci muka dari jenama Kiseki Japan. Tak pernah dengar nama Kiseki Japan? Daku sendiri pun baru mula berkenal-kenal dengan jenama ni. Itupun sebab dah tertarik hati dengan produk yang dikeluarkan mereka. 


Siapakah Kiseki Japan? 

Nama pun Japan jadi dah terang nyata, ini adalah produk yang dihasilkan di Jepun dan faham-fahamlah bila orang Jepun yang buat produk. Memang ketat giler prosedurnya dan itu juga yang berlaku untuk produk dari jenama Kiseki Japan ini. Kawalan kualiti yang ketat telah dilakukan semasa memilih bahan terbaik.

Proses R & D dan dengan teknologi terbaik untuk pengeluaran produk dilakukan di Jepun dan ia adalah produk berdaftar di Jepun yang sah. Tapi jangan bimbang kerana produk Kiseki Japan ini juga turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepenuhnya seiring dengan kehadiran para pengguna dari Malaysia.



Marine Collagen Facial Cleanser : Produk Keluaran Kiseki Japan Yang Terulung

Inilah produk yang sedang gah diperkatakan sekarang. Marine Collagen Facial Cleanser dari Kiseki Japan ini tampak biasa tapi sebenarnya ia amat luar biasa. Manakan tidak, sabun muka dalam bentuk ketul ini bukan hanya diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih tetapi juga turut ditekankan pada hasil yang akan diperolehi oleh si pemakai. Ia sesuai dengan nama 'Kiseki' itu sendiri yang membawa maksud keajaiban. 


Bahan utama yang digunakan adalah kolagen ikan yang diperoleh daripada jenama berprestij di Jepun. Kolagen dari skala ikan tilapia di pilih kerana fungsinya yang terbaik dan sesuai untuk penjagaan kulit. Jangan risau kerana ia tidak berbau dan tidak juga berwarna. Dengan unsur proline dan hydroxyproline yang ada ia akan turut dapat memberikan kelembapan yang hebat pada kulit wajah.

Hanya Menggunakan Bahan Selamat Semulajadi Yang Terbaik

Kolagen Ikan Marin Molekul dengan ciri ultra halus sangat berkesan untuk menyokong sel-sel bagi  mengekalkan keanjalan kulit, menembusi liang-liang, maengeluarkan sel kulit mati dan menghalang minyak yang berlebihan. Hmm banyak betul kelebihannya patutlah ramai pengguna suka. 

Tidak hanya bergantung dengan kelebihan kolagen ikan tilapia dari Jepun, bahan lain seperti royal jelly juga turut di tambah. Turut ada bersama adalah 10 jenis bunga-bungaan dan bahan berasaskan tumbuhan dari Malaysia. Dalam erti kata lain, sabun pencuci muka ini tidak dimasukkan dengan sebarang bahan yang diragui dan boleh digunakan tanpa was-was. 


 Inilah antara produk yang terbaik dari segi pemilihan bahan dan juga teknik yang digunakan.
  • Tiada Parabens
  • Tiada Pewarna
  • Hanya bahan asli yang digunakan seperti ekstrak ikan kolagen dan ekstrak tumbuhan
  • 100% diperbuat di Jepun

Ternyata, walaupun ianya 100% diperbuat di Jepun namun hanya bahan asli seperti ekstrak ikan kolagen dan ekstrak tumbuhan saja yang digunakan untuk penghasilan Marine Collagen Facial Cleanser ini. 



Inilah Pencuci Wajah Kolagen Terbaik Untuk Iklim Tropika!

Siapa tak suka dengan kolagen sebabnya kolagen ni boleh cantikkan wajah. Kembalikan kulit untuk kembali muda jelita. Semua sedia maklum produk berasaskan kolagen ni memang bagus. Sekarang bayangkan pula kolagen yang di tambah dengan royal jelly bersama 10 ekstra bunga.... Haa boleh bayangkan tak produk ni mutu dan kesannya bagaimana? Di rumus khas untuk iklim tropika termasuk Malaysia pula tu.... memang sangat special!!




Kesimpulannya :

1. Penyelesaian penjagaan kulit yang menyeluruh untuk mencerah dan melembap kulit dengan cara paling mudah

2. Sesuai untuk jenis sensitif dan semua kulit.

3. Molekul ultra halus dari kolagen laut menembusi jalur pelbagai lapisan kulit

4. Menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan dalam liang pori dan memastikan pori tidak lagi tersumbat dan bersih.

5. Berkesan memberikan perbezaan pada kulit wajah dari kusam dan tampak tua kepada cerah berseri dengan kulit yang semakin muda.

6. Dapat bantu cantikkan semula wajah yang bermasalah jerawat, jeragat, blackhead dan sebagainya

7. Boleh berikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit yang sering terdedah dengan aircond

Cara Untuk Menggunakannya

Cara untuk guna Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ni mudah saja. Hanya perlu buihkan sabun hingga terhasilnya foam. Sapu ke seluruh wajah dengan gerakan ke atas dan ke luar sehingga buih menyeliputi seluruh wajah. Urut perlahan juga jika suka dan kemudian boleh bilas sehingga bersih dengan air suam. Boleh tekap perlahan sehingga kering dengan tuala bersih dan ikutilah dengan penggunaan produk kecantikan lain seperti biasa. 



Testimoni Sendiri Selepas Menjadi Pengguna

Daku memang happy sangat dengan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ni. Bila dipakai kat muka wangiiii jeee... pastu buihnya halus cepat serap ke seluruh wajah. Rasa sejuk, best, macam sayang pula nak bilas cepat-cepat.

Bila dah sudah guna, memang terus nampak kulit wajah makin rasa bersih tak berminyak dan lembut. Gebu dan anjal gitu. Paling happy bau wangi tu still melekat kat wajah. Daku paling perasan tona kulit pun dah makin cerah sikit dan kawasan parut lama tampak makin kurang berbanding dulu.


Harga Boleh Tahan Tapi Sangat Berbaloi

Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ni harganya boleh tahan gak la.. RM139 weh seketul!! Haa daku sendiri menitik peluh masa mula-mula baca harga. Tapi bila ku congak darab tolak tambah bahagi dengan mengambil kira bahan, fungsi dan juga tempoh penggunaan. Ternyata harga yang ditawarkan sangat munasabah dan berbaloi. Lagipun senang sangat! Guna seketul ni dah boleh nampak kulit wajah makin ohsem.. 

Seperkara lagi, untuk pembelian dalam sepanjang bulan Jun ni, kita boleh beli dengan tawaran baucer diskaun sebanyak 15% dan kos pos adalah Percuma!! Kiranya jumlah yang perlu dibayar hanya  RM119 sahaja beserta Free Shipping untuk seluruh Peninsular Malaysia. Promosi sah sepanjang JUN 2019 je tau... code yang perlu digunakan adalah SITIKISEKI

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :



15 comments for "Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser (Mampu Cantikkan Kulit Persis Puteri Dengan Ekstrak 10 Bunga) "

  1. packaging menarik dan comel je. bahan2 yg bunga tu paling eksklusif, mana ada lagi rasanya produk camtu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. dh mcm hadiah.. comey jee.. rasa mcm bg adiah kat diri sndiri pun ya jugak.. heee

      Delete
  2. tgh survey ni. i wonder if i should try it too

    ReplyDelete
    Replies
    1. u should try ray! sis dh cuba,.. puashati... serius! mmg best... walau rm119 tp leh pakai lama sbb dia bentuk ketul kan.. lmbt habis

      Delete
  3. Good review 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure... most wlcm... lets try it tgether

      Delete
  4. kolegen dari ikan.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp x bau ikan.. bau bunga.. suka sbb teknologi japan tu sama

      Delete
  5. Halo Kak,
    Aku datang kemari untuk mengucapkan terima kasih sudah follow dan berkunjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. halo einid... sama2... terima kasih juga sudi followback blog ini.. salam kenal... =D

      Delete
  6. sangat membantu artikelnya sisss..

    aku dah follow ya...

    wasalam...

    ReplyDelete
  7. Interesting!!
    Marine collagen sepertinya sangat menarik untuk dicoba.

    ReplyDelete
  8. Good review...salam lebaran ya

    ReplyDelete
  9. nice review kak. komplit, bagus lah untuk paid content nya.

    ReplyDelete