Majalah Pa&Ma - Sumber Bacaan Ibu Ayah Demi Anak Kesayangan | Nak jadi ibu dan ayah memang agak mendebarkan. Daku sendiri masih ingat sangat mula-mula disahkan mengandung anak pertama dulu. Nervous sangat! 

Waktu itu tahun 2003 dan masih belum ada lagi penggunaan internet yang mudah dan cepat seperti sekarang. Masih juga belum punya Google yang senang untuk di akses untuk sebarang info. Antara sumber bacaan yang sering ku beli pada waktu itu adalah Pa&Ma. Malah hingga kini majalah Pa&Ma ini masih lagi terus ada di pasaran sebagai salah satu sumber bacaan.


Pa&Ma adalah sebuah majalah yang mengandungi Panduan Lengkap Keibubapaan & Prasekolah. Pa&Ma juga merupakan majalah keibubapaan yang merangkumi topik kehamilan, kelahiran dan penjagaan anak Portal lengkap untuk ibu bapa muda. Menyediakan panduan kehamilan, kelahiran, pembesaran dan perkembangan si manja sehingga melangkah ke alam awal persekolahan. 


Di dalam majalah Pa&Ma ini ada bermacam jenis kategori. Ianya merangkumi topik berkaitan kesihatan, tips penjagaan bayi, kehamilan, kelahiran, ibu pilihan bahkan cadangan pakaian fesyen yang cantik dan selesa untuk anak. Topik berkaitan ibu ayah di kalangan artis juga ada dan untuk bulan ini kisah Achey dan Anne bersama anak angkat comel kesayangan bernama Tiara ada di dalamnya. 


Saat daku membaca majalah Pa&Ma ini, si Kasih Sufi turut menunjukkan minat untuk ikut membaca. Seronok juga bila lihat telatah Kasih Sufi yang tampak sangat teruja melihat semua gambar yang ada dengan penuh fokus. 



Nampak tu? Bukan main fokus lagi.... lepas satu halaman, satu halaman lagi diselaknya. Khusyuk betul Kasih tatap semua gambar yang ada. Daku sendiri dari rasa nak baca terus jadi terhenti. Apa taknya keletah Kasih sedang membaca buat aku lebih naik geram!! 

Comeyy je tengok baby baca buku sedangkan hakikatnya masih belum pandai untuk membaca apa-apa lagi. Tak apalah, at least nampak arah tuju Kasih yang gemar dengan bahan bacaan. 


Bila melihat wajah comel bayi penghias muka depan Majalah Pa&Ma ini, Kasih Sufi makin menunjukkan minat yang lebih mendalam. Comeyyy sangat! Kasih sendiri ikut geram. Bila lihat Kasih makin menunjukkan minat, daku terus snap gambarnya bersama Majalah Pa&Ma kegemaranku ini bertalu-talu. At least boleh buat kenangan kan.


Ohya, melalui Majalah Pa&Ma ini, ibu ayah boleh juga ikut sama menyertai pelbagai jenis peraduan yang ada di dalamnya. Sebagai contoh segmen Si Comel Bergaya, Bayi Pilihan dan lain-lain lagi. Sebagai contoh untuk segmen Si Comel Bergaya, tak perlu lagi susah payah hantar gambar dan borang penyertaan melalui pos. Memadai dengan hanya muatnaik ke laman Instagram dan letakkan hashtag. Senang sangat!



Dulu masa anak sulung masih belum ada Instagram begini jadinya waktu itu daku perlu hantar penyertaan dengan menggunakan kaedah pos. Alhamdulillah waktu itu penyertaan yang ku hantar turut di pilih untuk segmen bayi pilihan dan sebagai ganjaran daku dapat baucer pakaian dari Butik Poney untuk shopping baju bayi buat si manja.

Jika dulu tak perlu ambil gambar bersama majalah Pa&Ma tapi untuk syarat yang terbaru setiap penyertaan untuk segmen bayi pilihan perlu di hantar gambar wajah di comel dengan bersama Majalah Pa&Ma dalam bentuk closeup. Maksud closeup ini gambar yang dekat dan jelas seperti di bawah. 

Contoh Gambar Closeup Kasih Bersama Majalah Pa&Ma 



Itulah serba sedikit berkaitan Majalah Pa&Ma yang telah menjadi salah satu sumber bacaanku sejak dari dulu hingga kini. Sedar tak sedar dari tahun 2003 daku membaca majalah ini dan kini telahpun masuk ke tahun 2019. Wah dah berbelas tahun! Lama dah kan?


Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, kini Majalah Pa&Ma turut boleh di baca secara online melalui website mereka. Boleh juga diikut melalui Facebook. Dan yang paling special of course boleh terus di beli untuk dimiliki secara zahir dari mana-mana kedai buku yang terdekat. Dari jauh di doakan semoga Majalah Pa&Ma ini terus dapat menemani para ibu dan ayah dengan terus memberikan segala info yang berkaitan. 


Terima Kasih Sudi Singgah & Baca :

SITI AWADAH INSTAGRAM 
(Follow for Followback)






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.