Pageviews blog dah cecah 2 juta. Macam tak caya pun ada. Tapi betul lah pageviews blog dah cecah 2 juta hari ini (19.06.2019). Walau pageviews blog dah cecah 2 juta tapi itu tak bermakna akan dapat RM2 juta ringgit pun. Cuma perkara sebegini dapatlah dijadikan inspirasi untuk terus menulis  blog. Itu saja.



Dalam usia blog 2 tahun 5 bulan (start Jan 2017) Alhamdulillah rasa bersyukur sangat dapat tiba ke tahap ni. Terasa segala penat lelah selama ni sedikit terbalas. Daripada tak tahu apa-apa satu demi satu di tempuh dan akhirnya sudah muncul golongan pembaca setia. Syukur sangat! Tanpa pembaca memang rasa hambar giler.. 

Nampaknya niat utama untuk jadikan blog ini sebagai tapak perkongsian ilmu untuk topik parenting, travel, lifestyle dan lain-lain lagi sudah semakin membuahkan hasil. Ada juga yang bermula dari hanya sebagai pembaca blog telah bertukar menjadi sahabat di alamaya.



Ini pula sebahagian daripada pembaca yang telah menghubungiku melalui email. Ada yang mesej untuk berikan kata semangat dan ada juga yang tanya soalan selepas selesai baca artikel yang berkaitan di blog.




Terima kasih semua.... terima kasih banyak-banyak.... =D 



" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "