Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apa Itu Innity? (Inilah Maksud Innity Berserta Cara Apply Dan Kelebihannya)

Apa Itu Innity? (Inilah Maksud Innity Berserta Cara Apply Dan Kelebihannya) | Siapa sini ada akaun Innity? Sila angkat tangan! Kalau ada kalian antara yang bertuah kerana nak apply Innity ni bukan satu cara yang mudah. Sebelum aku kongsikan bagaimana cara untuk apply Innity, rasanya penting untuk aku beritahu dulu apakah sebenarnya Innity ni. 

Apa Itu Innity? Ini Jawapannya

Apa Itu Innity? Apa Pula Iklan Innity? Ini Jawapannya

Untuk pengetahuan semua Innity adalah syarikat pengiklanan dan pemasaran internet sejak tahun 1999. Innity adalah syarikat pengiklanan yang meluaskan pasarannya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Malah negara China juga turut terlibat bersama pengiklanan INNITY. 

Rangkaian Penonton Innity ialah platform pemasaran online terbesar di Asia Tenggara untuk pengiklan, agensi dan penerbit dalam talian yang mengkhususkan diri dalam membayar pengiklanan berdasarkan prestasi.


Tambah Income Blog Dengan Innity

Antara fokus utama yang di target adalah negara Asia termasuk juga Malaysia. Malah syarikat pengiklanan
 Innity Sdn. Bhd ini turut membuka pejabatnya sendiri yang bertempat di Petaling Jaya khusus untuk pasaran iklan Malaysia. Innity adalah satu syarikat pengiklanan yang sering berkerjasama dengan jenama-jenama besar.

Terus terang aku sendiri masih baru kenal dengan Innity. Almaklumlah aku ni masih baru dalam dunia blogging. Masih terkial-kial cara info itu dan cari info ini. Mujurlah ada Mr.Google yang selalu tolong beri info apabila diperlukan.

Antara Anugerah dan Kejayaan Innity


Antara Jenis Pendapatan Yang Pihak Innity Tawarkan

Apa bezanya Innity dengan Adsense dan juga Nuffnang? Penjelasan paling mudah untuk faham Innity adalah untuk golongan blog yang trafik kencang (blog abang kakak yang dah lama ada blog) manakala Nuffnang ni terbuka untuk siapa saja walaupun baru buka blog hari ini (blog adik baru mula buat blog). 

Sebenarnya aku buat perbezaan dengan ayat blog abang kakak dan blog adik adalah disebabkan oleh syarat Innity yang agak ketat!


Tambah Income Blog Dengan Innity


Jika di lihat pada jenis iklan yang ditawarkan memang nampak sangat menarik. Dengan menyertai Innity, kita ada peluang dibayar untuk iklan yang berjalan di tapak di dalam tapak iklan yang kita sediakan di blog dalam model CPM, CPA, CPC dan CPE.

CPM – Cost Per Thousand Impressions
Kos Per Ribu Impressions Untuk setiap 1000 kali iklan dihidangkan akan mendapat sejumlah wang. Sebagai contoh, RM 12 setiap CPM.

CPA – Cost Per Acquisition
Kos Perolehan akan dibayar untuk petunjuk yang dijana di tapak kita (Ujian percubaan produk, penyerahan kaji selidik, dan lain-lain)

CPC – Cost Per Click
dibayar apabila pengguna klik pada iklan.

CPE – Cost Per Engagement
model pengiklanan baru di mana pengiklan hanya membayar penglibatan yang dihasilkan oleh pelawat dari laman web. Penglibatan ditakrifkan apabila pengguna bertindak balas terhadap iklan Ciri-ciri ini termasuk advergames, video atau perkongsian sosial.

CPV – Cost Per View
Dibayar apabila pengguna mula memainkan video atau video auto-play sekurang-kurangnya sejumlah masa tertentu.



Inilah Antara Syaratnya Supaya Dapat Mohon Innity

Sekarang baca pula apa syarat untuk nak join INNITY ni. Jika kalian salah seorang yang sering mencari info berkaitan Innity mungkin kalian sudah tahu apa syarat yang diperlukan. Namun bagi yang baru ingin cuba-cuba untuk berdaftar, suka untuk aku katakan yang jangan sesekali berputus asa. Antara syarat yang dikenakan mengikut apa yang ku baca adalah :

1. Mempunyai 200,000 paparan halaman atau sekurang-kurangnya 40,000 pelawat unik setiap bulan.



  • Target website trafik

    • 200,000 page views sebulan (+/- 6,666 pv sehari)
    • 40,000 unique visitors sebulan (+/- 1,333 uv sehari)



  • Target geographical visitors

    • Jika 20% - 90% pembaca trafik blog kalian datang dari US, Europe, Africa, maka ia kurang sesuai untuk apply Innity. Jika trafik blog 90% adalah dari negara Malaysia dan negara jiran seperti China, Korea dan lain-lain maka kalian sangat digalakkan untuk mohon Innity. Ini kerana Innity fokuskan untuk pasaran Asia. 

    2. Mesti berasaskan kandungan, bukan hanya senarai pautan atau iklan. Dalam erti kata lain bukannya blog yang di copy paste hanya kerana nak tarik trafik untuk buat duit.

    3. Link artikel url termasuk pages dan sebagainya, semuanya hendaklah berfungsi sepenuhnya. Kiranya takde pages 'under costruction ke hapa.

    4. Tidak boleh mengandungi kandungan dewasa atau pautan daripada, atau kepada mana-mana bahan dewasa. Dalam erti kata lain tidak mengandungi kandungan berunsur lucah, seks dan sebagainya.

    5. Kandungan tidak boleh melanggar mana-mana harta, harta intelek atau hak cipta peribadi.

    6. Kandungan blog mesti di update dengan story baru dengan kerap (jika boleh hampir setiap hari)

    7. Trafik tidak boleh di jana dengan kaedah penipuan seperti penggunaan robot dan sebagainya.

    Jika lepas syarat-syaratnya maka bolehlah cuba nasib memohon Innity >> MOHON SINI <<


    Cara Untuk Isi Borang Permohonan Innity

    1. Masukkkan info lengkap mengenai perihal diri sendiri


    2. Masukkan segala info mengenai website / blog yang berkaitan

    3. Submit

    4. Permintaan akan dissemak dan seterusnya akan dapat email minta di hantar bukti tentang trafik blog berdasarkan info yang di ambil melalui Google Analytics. Jika kebetulan tiada akaun Google Analytics maka perlu mohon dulu dan berikan masa dalam 6 bulan sebelum mula memohon untuk daftar buka akaun dengan Innity semula. 




    Contoh Balasan Setelah Berjaya Diterima 

    Daku sendiri alhamdulillah berjaya juga menjadi salah seorang yang berpeluang untuk berkerjasama dengan Innity tapi terus terang ini semua sangat di luar jangkaan. Tak sangka boleh lepas. Nak kata trafik terlajak hebat tak jugak... ngam-ngam atas pagar kata orang. 

    Tambah Income Blog Dengan Innity

    Boleh Gabungkan Iklan Innity dengan Adsense 

    Ini yang buat aku suka sangat dengan Innity ni. Sebabnya pihak Innity telah siapkan satu cara untuk gabungkan beberapa code iklan dengan serentak. Sebagai contoh jika si empunya blog ada akaun Adsense maka boleh gabungkan dengan Innity. 

    Iklan Innity dan Adsense ini boleh digabungkan dengan cara yang sangat mudah. Macam biasa, mula-mula masukkan tapak kotak iklan Innity pada mana-mana bahagian yang disukai kemudian boleh masukkan pula code iklan untuk Adsense. Hasilnya satu tapak iklan akan menyiarkan iklan daripada dua company yang berbeza secara bergilir pada tempat yang sama. Cara ini dikenali sebagai Alternate Ad Management.

    Tambah Income Blog Dengan Innity

    Jika ada ternampak mana-mana iklan di blog ini, itulah dia iklan dari Innity. Iklan Innity ini akan memaparkan pelbagai tawaran semasa terkini yang best-best. Ada juga tawaran harga murah yang patut segera di sambar.  Kiranya memang awesomelah juga iklan yang Innity war-warkan dari semasa ke semasa.

    Itulah lebih kurang serba sedikit info mengenai Innity. Bagi sesiapa yang rasa trafik blog dah capai apa yang Innity tetapkan, bolehlah terus cuba apply. Mana tahu layak. Tak cuba tak tahu. Apa tunggu lagi tu? Jom buat income dengan blog masing-masing

    9 comments for "Apa Itu Innity? (Inilah Maksud Innity Berserta Cara Apply Dan Kelebihannya)"

    1. nak daftar tapi sayang pv tak sampai 200,000 lagi. Kena usaha lebih sikit

      ReplyDelete
    2. Mmg biasa nampak iklan innity di blog2 cuma mmg belum layak la apply klu perlu trafik kencang...income nuffnang sy dh lama xbergerak padahal trafik mmg byk setiap hari entah masalah apa..alhmdllh income adsense ada pertanbahan walaupun ciput...tq follow, follow back 😁

      ReplyDelete
    3. Powernya! Nad kalau nak apply Innity tu memang tak lepas lah. Sekarang bergantung harap dekat Adsense je, itu pun slow nak naik. Serious taktahu Nuffnang masih releven lagi. Last cashout Nuffnang tahun 2015. Lepas baca entry Hawa ni terus bukak Nuffnang nak install balik lah iklan kat blog tu.

      ReplyDelete
    4. Bagus info ini. Harap-harap dapatlah peluang apply Innity nanti. Sekarang ni tak lepas syarat lagi.

      ReplyDelete
    5. Bagusnya. Tapi saya PV tak sampai syaratnya. Huhu. Kena usahakan supaya boleh apply. Thank you share info ni.

      ReplyDelete
    6. terima kasih kerana sharing, saya tengah cari info pasal adsense vs innity ni.

      ReplyDelete
    7. So sekarang dah pertengahan 2020, blog sis Hawa ni masih running INNITY lagi ke dengan Adsense?

      Okay ke takde masalah dari segi SOP adsense ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. YA blog saya ni masih running Innity.. boleh lihat bawah header tu.. salah satu iklan tu adalah innity

        Delete