Tudung iBawal - Hijab Cantik Selesa Dengan Harga Berbaloi | Tudung Bawal is a must have hijab for every woman! Sungguh! Tudung bawal mesti ada di kalangan para pemakai hijab. Kerana itu tak mustahillah mengapa ada begitu banyak jenis tudung bawal di pasaran. Sebagai si pemakai apa yang perlu dibuat hanyalah mendapatkan tudung bawal pilihan hati mengikut citarasa sendiri. 



Daku juga sudah semestinya turut mengemari tudung bawal. Boleh dikatakan ada banyak jugalah koleksi tudung bawal kat rumah ni. Antara jenama yang ku suka adalah iBawal. Hmmm... rasanya ramai yang dah familiar dengan jenama iBawal ni kan? 

Kalau nak tahu, sekarang iBawal baru saja lancarkan design koleksi tudung terbaru! Cantik sangat! Daku sendiri saat mula terpandang dah terus jatuh cinta. Apa tidaknya, coraknya tu... aduhhh cantik sangat tau!! 



Bukan sebarang bawal, sebab koleksi bawal dari iBawal memang cantik cun melecun. Apa yang makin best, design dari iBawal ni sentiasa di kemaskini. Sekarang dah ada pun tudung design baru dari iBawal. Yang daku sedang pakai di bawah ni adalah iBawal Limited Edition Swarovski



Warna pastel yang kontra dengan warna lain di tambah pula dengan batu swaroski memang sangat menawan hati. Materialnya adalah Dull Satin yang tidak jarang, tidak panas dan mudah di gosok. Sejuk je bila pakai. Kain satin dikaitkan dengan kemewahan, keromantisan dan kesensualan. Ternyata koleksi tudung bawal daripada iBawal ini menjanjikan material yang cantik dan berkualiti tinggi yang memang patut untuk di cuba. 

Corak bunga yang cantik dengan style watercolour looks menambahkan lagi seri untuk design iBawal Limited Edition Swarovski ni. Tudung ni boleh membuatkan perwatakan si pemakainya nampak lebih manis dan sweet. 


Bagiku koleksi tudung dari iBawal Malaysia sangat special. Ini kerana ia dapat membawa gabungan warna dan corak yang tidak keterlaluan dan sesuai di pakai untuk semua kategori umur. Ia juga sesuai untuk digayakan di mana saja sama ada untuk ke tempat kerja, santai mahupun rasmi.

Dalam kerancakan banyaknya pengusaha hijab dan tudung yang tidak putus-putus mengeluarkan fesyen tudung terkini, iBawal salah satu jenama tudung yang patut di beri perhatian. Nak gayakan tudung iBawal ini juga mudah. Ia mudah di pakai dan di bentuk. Terletak cantik je. 



Ohya, meskipun tudung dari iBawal ini berbidang 45 namun ia masih boleh di laras mengikut labuh yang ku mahu. Lagipun fabriknya tidak jarang maka mudahlah untuk ku labuhkan bahagian belakang. 

Boleh gayakan dengan apa jua cara dengan tambahan pin menarik sebagai aksesori tambahan. Itu semua atas citarasa diri sendiri. Namun bagi diri ini lebih selesa dengan cara pemakaian biasa yang dapat menutup penuh bahagian dada. 



Jangan di tanya design tudung iBawal mana satu yang paling cantik! Terus terang daku tak boleh nak jawab sebabnya memang semua design iBawal ni menarik dan eksklusif. Bagi para Bwanita yang gemar menggayakan tudung bawal sebegini, kalian tentu akan rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu nanti. 



Ada corak berunsurkan bunga-bunga, ada corak berinspirasikan tema ocean, ada corak gaya abstrak yang nampak moden dan lain-lain lagi. Tudung iBawal dengan corak ala batik pun ada juga. iBawal products in Malaysia always comes with the latest sales & promotions. So better jangan terlepas hokay!


Sejujurnya, kebanyakan wanita lebih gemar menggayakan tudung bawal dan akan sentiasa cari tudung bawal terutama sempena Raya kerana ia sangat mudah dan praktikal. Pilihan tudung bawal paling popular seperti iBawal menambahkan lagi suasana meriah di kalangan penggemar tudung bawal ini. Lepas ni dah tahu kan kat mana nak cari tudung Bawal dengan fashion terkini. 

Setiap tudung bawal yang dikeluarkan oleh iBawal didatangkan bersama pek bungkusan istimewa. Ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi mahupun hadiah buat insan yang tersayang. Harganya juga tidak mahal mana. Nak lagi untung sila follow team iBawal di Instagram supaya tidak terlepas harga tawaran hebat yang menguntungkan.

Tunggu apa lagi tu? Jom dapatkan tudung bawal ekslusif yang cantik, berkualiti dan sangat selesa 
dari iBawal Malaysia. 





Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.