Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Lengkap Ciri Dan Jenis Lelaki Yang Tak Layak Untuk Dijadikan Suami

Info Lengkap Ciri Dan Jenis Lelaki Yang Tak Layak Untuk Dijadikan Suami | Perempuan mana tak nak hidup bahagia! Wanita mana yang tak nak rumahtangganya kekal bahagia sampai ke jannah! Sedihnya dari dulu hingga kini, ada saja kes penceraian yang berlaku. 

Alasan paling banyak digunakan adalah tidak lagi sefahaman. Natijahnya anak-anak jadi mangsa kekurangan kasih sayang ibu dan ayah.

Aku sendiri bukanlah seorang bijak pandai dalam memilih lelaki. Aku dan suami juga ada perkara yang kami tak sefahaman. Gaduh dan bertengkar tu adalah perkara biasa dalam rumahtangga dan kalau nak tahu gaduh dan bertengkar ini boleh jadi salah satu cara untuk melepaskan perasaan dan tekanan. 

Cumanya, lepas bergaduh terus akan baik balik kerana hakikatnya masih ada banyak sifat pada dirinya yang buat kita jatuh cinta berulangkali walaupun dah lama berumahtangga. Perangai lelaki dan perempan tidak semestinya boleh baik dan sabar sepenuh masa. 


Jadi sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami, elok jika diperhatikan semua kriteria ini terlebih dulu. Bukan apa, tak mahu ada pula yang akan stress hingga tahap minta diceraikan lepas dah kahwin nanti. 

Bagi korang yang dah ada calon tu, jangan kemaruk bercinta hingga tahap nak serah apa saja yang ada pula! Gunakan tempoh ni dengan baik untuk melihat dan mengkaji apakah sebenarnya sikap kekasih korang tu. Cara lelaki ambil kesempatan ni banyak. 

Wahai Wanita Inilah Ciri Dan Jenis Lelaki Yang TAK LAYAK Dijadikan Suami (Para Lelaki Sila Buka Mata)


Adakalanya mereka yang tidak kacak sesuai jadi suami berbanding mereka yang kacak tapi tidak layak dijadikan suami

Iyalah, kalau nak tahu para wanita ini lebih suka disayangi dan dilindungi daripada terus menghadap paras rupa suami yang kacak tapi sering menyakitkan hati! 

Antara jenis lelaki yang tidak harus dijadikan sebagai calon suami itu adalah :

1. Pemalas Dan Tak Bertanggungjawab

Aku memang amat pantang dengan suami pemalas! Hey dah nikah tak kan nak makan pasir kot! Tolonglah jangan malas dan tolonglah juga jangan seorang yang memilih kerja. 

Aku sendiri pernah didatangkan ujian apabila tempat kerja lama suami dulu di tutup, Allah masa tu susah betul suami nak cari kerja lain. Mujurlah suami jenis tak memilih kerja maka dia pun terus saja buat mohon kerja sebagai pembancuh simen di tapak pembinaan dengan gaji hari. 

Bayangkanlah, seorang yang punya pelajaran dan sijil tapi kerja kontrak bawah panas terik. Berbulan juga suami kerja kat situ sementara dapat kerja lain semula. Mujurlah suami bukan jenis pemalas, kalau tidak?? Hmmm mati kebulurlah kami anak beranak. 

Ciri ciri lelaki tidak bertanggung jawap paling ketara adalah pemalas. Elakkanlah.

2. Perangai Lelaki Malas Berkerja Tapi Ada Pula Sikap Boros

Ini double tak suka! Dahlah malas kerja ada pula sikap boros. Maknanya gaji dapat ciput pastu tak reti nak kasi sebagai belanja dapur terus pula dibeli barang keperluannya sendiri. Oh no!! Perangai lelaki yang satu ini memang tak boleh di pandang ringan.

Memang takde peluanglah kalau lelaki jenis gini nak hidup bahagia lama-lama dengan mana-mana perempuan. Melainkan jika dia beruntung dapat kenal dengan spesis wanita yang paling sabar atas muka dunia ni. 


3. Sentiasa Mengharapkan Bantuan Orang Lain

Susah sikit nak minta tolong orang. Gaji tak cukup sibuk nak pinjam duit dari orang itu dari orang ini. Kalau beginilah sikapnya memang orang lain rasa menyampah nak tengok muka. Tak pasal dengan si isteri juga orang lain ikut benci dan rimas.


4. Selalu Bersangka Buruk Tak Kira Tempat

Sangka buruk ni lagi satu masalah sebabnya dari sangka buruk inilah maka boleh cetuskan pergaduhan besar. Apa taknya, bayangkanlah baru balik kerja lewat sebab buat overtime tetiba suami sangka buruk cakap kita melencong ke lain. Dahlah balik penat-penat sebab berkerja untuk bantu ringankan beban suami, dituduhnya pula dengan benda-benda yang tak masuk akal. Tension oi!

5. King Control (Suka Mengongkong dan Memaksa)

Jangan ingat ada queen control je ye, king control pun wujud tau! Aku memang tak bolehlah hal-hal control ni. Lagi-lagi kalau sekali dengan pakej memaksa. Rasa jadi macam lembu kena cucuk hidung pula. Huhuhu...

6. Selalu Menipu

Soal menipu ni ada macam-macam jenis. Ada yang menipu dalam percubaan untuk curang, untuk dapatkan wang dari perempuan dan sebagainya. Ada juga yang menipu dengan memberikan segala detail peribadi yang palsu sebagai contoh soal jenis pekerjaan, kisah hidup dan sebagainya. Nak kahwin macamana kalau peribadi diri sendiri pun nak sembunyikan.

7. Kedekut

Jika rajin kerja siang malam tapi ada unsur kedekut memang tak berguna juga. Kan tak pasal-pasal lepas dah kahwin nanti nak beli bahan makanan yang sedap pun dah tak boleh lagi. Hey takkan nak makan nasi putih je selalu. Tak kan juga asyik nak pakai baju raya yang sama je saban tahun!

8. Tidak Mengambil Berat

Cuba lihat sikap teman lelaki tu. Kalau kita ada sebarang masalah ada dia ambil berat tak? Atau dia lebih pentingkan rakan-rakan dari diri kita sendiri.

9. Curang (Kaki Perempuan)

Ohhh ini memang saja nak cari pasal ni! Kalau belum kahwin dah nampak ada ciri-ciri mata keranjang inikan pula lepas dah nikah. Fikir baik-baik jangan nanti dia berkahwin dengan kita demi kepentingan dia sedangkan di belakang kita dia tetap sama bersukaria dengan perempuan lain.
10. Panas Baran

11. Suka Maki Hamun

Cakap dengan suara yang kuat masih boleh diterima lagi tapi jika bercakap dengan ayat maki hamun memang tak patut. Tak pasal-pasal lepas kahwin rumahtangga yang dibina akan bertukar menjadi sebuah tempat medan perang yang tak ada penghujung. 

Isteri dikahwini untuk dilayan dengan rasa kasih bukannya untuk dijadikan tempat untuk terima segala caci maki.

12. Terlalu Ego

Tidak ramai lelaki bersedia menjadi pendengar yang baik. Sifat egois lelaki membuat mereka cenderung mendengar kata-kata perempuan sambil lalu saja. Perempuan ni lepas kahwin akan lebih banyak cakap tau so kalau dah awal-awal lagi dah tak suka dengar, tentu-tentu dah kahwin nanti akan jadi lebih teruk lagi. 

13. Tidak Pandai Pujuk

Perempuan ni memang sangat suka dipujuk. Pujuk seorang lelaki tu memang dapat cairkan hati seorang perempuan. Suruh pujuk ni bukannya 24 jam sehari. Cuma kalau ada apa-apa perselihan faham atau mungkin ada sebarang masalah kat tempat kerja ke, pujuklah untuk tenangkan kembali hati yang tengah marah dan geram.

14. Tidak Serius Dalam Perhubungan

Bakal suami mesti boleh menjadi seorang lelaki yang serius dalam perhubungan. Hidup suami isteri bukan macam main masak-masak dan juga bukan semuanya indah.

Terang-terang jika dia perlihatkan sebagai seorang lelaki yang tidak mahu ada komitmen yang lebih serius, hanya nak habiskan masa dengan bercita saja, ada baiknya jangan terus dibuang masa. Banyak lagi lelaki lain yang lebih bagus, baik dan hebat kat luar sana.

15. Suka Mengambil Kesempatan

Sebagai lelaki mana boleh suka ambil kesempatan. Dah tak sikap gentlemen tau! Jangan ingat semua perempuan ni bodoh untuk membiarkan diri sendiri terus ditipu

Penilaian Projektif Personaliti Juga Boleh Diambil Kira



Setiap orang secara tidak disedari membongkar rahsia peribadinya dalam pelbagai bentuk. Setiap perkataan, tingkah laku, cara dia berpakaian, setiap tindak balas, dapat menceritakan ciri-ciri personaliti individu tersebut. 

Penilaian yang spontan dalam pertemuan pertama sudah boleh digunakan untuk membuat keputusan sama ada perhubungan itu boleh diteruskan atau berhenti setakat itu sahaja.

Ada tiga ciri penting yang perlu diberi perhatian apabila bertemu lelaki.
  • Bentuk fizikalnya (rambut, mata, mulut dan sebagainya)
  • Pakaian (Seluar, baju, kasut dan sebagainya)
  • Tubuh (Perwatakan, gaya berdiri dan sebagainya) 

Untuk contoh yang paling mudah, katakan kalian sedang menghadiri satu jamuan hari terbuka dan dari tiba-tiba kalian perasan ada seorang lelaki memandang sambil tersenyum dari jauh. 

Dengan menggunakan teknik penilaian spontan, anda boleh membaca dirinya seperti anda membaca sebuah buku. 

Contoh :

1. Gaya rambutnya mestilah sesuai. Gaya rambut panjang atau pendek tidak kisah asalkan rambutnya sesuai. Ia mesti bersih kemas dan serasi dengan keseluruhan personalitinya.

2. Senyuman yang tidak kena pada tempatnya atau tidak ada sebab untuk tersenyum

3. Seluar yang terlalu ketat terutamanya di celah kelengkang dan seluar baggy.

4. Pakaian yang digunakan supaya kelihatan asing misalnya berpakaian T dalam majlis perkhawinan rasmi.

5. Cara lelaki berjalan dapat menceritakan bagaimana dia menjalani hidupnya. Gaya yang menyerupai lenggok wanita. Menghayunkan punggung dan bahu yang dinaik dan diturunkan, menandakan masalah besar sedang menunggu... oh tidakkkk.

Macamana para lelaki? Ada ciri ni pada diri tak? Kalau ada cepatlah berubah dan kalau tak ada, TAHNIAH... kalian adalah antara mereka yang sedang di cari para wanita.


Antara Ciri Lelaki Yang Layak Dijadikan Suami Dalam Islam

Jika tadi disenarikan ciri-ciri lelaki yang tak ingin perempuan jadikan suami, ini pula antara ciri-ciri lelaki yang sangat perempuan mahukan sebagai suami. 

Kalau nak tahu, antara paras rupa dan sikap, kami para wanita lebih pentingkan hati kami dijaga dengan baik dalam suasana penuh kasih sayang. Tapi masalahnya, "Masa bercinta semuanya baik. Mana ada masa bercinta tunjuk perkara sebenar." Tak mengapa, kalau macam tu buatlah ujian diam-diam.

Antara ciri ciri lelaki pilihan wanita yang layak dijadikan suami menurut Islam dan pengalaman orang ramai :

  • beriman
  • seorang pendengar yang baik
  • seorang yang sabar dan boleh bertolak ansur
  • sudi memohon maaf jika buat silap
  • kelakar dan tahu cara untuk memujuk
  • rajin berkerja untuk mencari rezeki
  • bertanggungjawab dan ada sikap suka melindungi
  • penyayang dan mengambil berat
  • bukan seorang yang mata keranjang
  • jenis suka duduk rumah dari lepak kat cafe dengan kawan


Ujilah Kekasih Kalian Supaya Tidak Menyesal Di Kemudian Hari

Untuk tak nak tersalah pilih beginilah, mak ayah zaman dulu cukup ambil berat siapakah gerangan orang yang berani memasuk minang anak mereka. 

Selalunya selepas merisik pihak perempuan akan minta sedikit masa untuk fikirkan dan waktu dalam masa inilah segala macam maklumat akan cuba di cari. Mereka cuba mencari tanda lelaki itu baik atau tidak.

Sebagai contoh, tanya tentang bakal calon menantu para mana-mana kenalan mahupun saudara yang ada tinggal di kawasan bakal pengantin lelaki tersebut. Tanya pada imam masjid kawasan tempat tinggal lelaki terbabit sama ada beliau seorang kaki masjid atau sama sekali tak pernah nampak batang hidung dan sebagainya. 

Selain itu ramai juga dikalangan ibu bapa yang akan meminta si bakal pengantin menjadi imam untuk solat dan cara ini memang akan ku guna untuk test bakal suami untuk Kasih nanti. Eh Kasih kecil lagi dah fikir cara nak pilih menantu? Hahaha.... 

Suamiku Sendiri Pernah Diuji Oleh Arwah Ayah Sebelum Nikah

Yang pasti, suamiku sendiri memang pernah kena uji dengan arwah ayahku dulu. Ujian tu melibatkan tahap kesabaran kerana ayahku tahu aku ni seorang yang banyak bercakap dan suka buat keputusan sendiri. Aku sendiri tak tahu yang ayahku buat ujian tersebut pada masa tu. 

Caranya adalah dengan meminta suamiku (masa tu belum nikah lagi) untuk tunggu ayahku datang di sebuah stesen minyak. Masa tu ayahku dalam perjalanan dari utara untuk satu urusan kat pantai timur. 

Ayah punya urusan pada sebelah malam maka ayah ajaklah suami jumpa dulu untuk borak-borak. Ayah cakap dia akan sampai dalam masa sejam lagi tapi alih-alih ayahku tiba 5 jam selepas itu. Maknanya janji nak jumpa pagi tapi ayah tiba dah lepas waktu tengahari. 

Bila dah sampai ayah minta izin untuk ke bilik air tapi rupa-rupanya ayah terus jumpa dengan si penjaga kaunter untuk stesen minyak tersebut. Ayah tanya sejak bila suamiku ada kat situ dan ayah juga tanya suamiku memang tunggu kat situ dari tadi atau macamana. 

Jawapannya si penjaga kaunter stesen minyak yang memang sama sekali tak kenal dengan ayahku dan suamiku itu, "dia ada situ dari pagi tadi dan tak pergi mana-mana."

Saat itu ayah terus peluk suami dan ayah dah puashati sebab dah jumpa bakal menantu yang baginya sangat sabar untuk bentuk anak bongsunya yang kuat merajuk dan sangat manja ni. Bila bercerita hal ni rasa rinduuuu pula pada arwah ayah... (Al-Fatihah)

Kisah suamiku di uji ini emak yang ceritakan pada aku dan kata emak lagi, jika nak cari suami, biarlah dengan seseorang yang bukan hanya menjaga dan menyayangi kita, malah boleh menerima keluarga seadanya. 

Cari suami juga biarlah dengan seorang lelaki yang mempunyai banyak ciri-ciri sikap yang baik untuk seimbang dengan banyaknya keburukan kita tanpa meletakkan jenis pekerjaan, harta dan rupa ditangga teratas.


Jangan Cepat Putus Asa Dan Banyakkan Berdoa Untuk Dipertemukan Dengan Jodoh Yang Baik 


Pada kalian yang belum dipertemukan jodoh, tak pernah sekali ada boyfriend dalam hidup, tak pernah sekali ada lelaki sudi nak lamar sebagai kekasih, ehhhh jangan nak susah hati. Soal jodoh pertemuan ni bukannya kerja manusia sebenarnya. 

Manusia ni hanya bertindak mengikut naluri dan soal ketentuan jodoh ini sebenarnya adalah dari Allah SWT. 

Jika nakkan pasangan dari jodoh yang baik-baik maka banyakkanlah berdoa. Jangan nanti mana saja lelaki yang datang dekat terus nak diserahkan hati tu kat dia dengan alasan itulah jodoh yang Allah SWT hantarkan. 

Soal jodoh ni bukannya semudah tu. Bukannya boleh tangkap muat mana-mana lelaki yang datang dekat. Itu sengaja nak cari bala namanya! Ada akal guna dan cuba kenal dulu hati budi lelaki tu dari terus nak angau.

Dan seandainya suatu hari kelak jika ditakdirkan rumahtangga tidak kekal lama anggaplah yang ianya ujian dan jangan terus putus asa untuk memilih calon suami yang lain. 

Gunakan kegagalan dulu tu sebagai panduan untuk memilih calon suami yang lebih sepadan. Tapi jangan pula terlalu mementingkan kesempurnaan hingga terlupa kekurangan diri sendiri. 

Agak-agaklah ya... para suami pun ada perasaan juga. Janganlah nanti kita pula jadi queen control hingga terlupa yang hakikatnya syurga untuk seorang isteri itu adalah di bawah telapak kaki suami. Akhir kata, moga-moga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada si pembacanya... 

Dan jika anda seorang lelaki yang mempunyai ciri di atas, bersedialah untuk mengubah tingkahlaku untuk menjadi suami orang jika tidak mahu dibenci. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :



26 comments for "Senarai Lengkap Ciri Dan Jenis Lelaki Yang Tak Layak Untuk Dijadikan Suami"

  1. Paling tak layak yg suka bermaksiat solat tak jaga langsung kan

    ReplyDelete
  2. no.5 tu i cannot huhu belum kahwin da kena ikut cakap dia, sikit2 nak kena bagitau dia ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAA SAMA!!! Sis x leh jnis king control... ehhhh rimas rimas.... sungguh x leh ... satgi ada nak jadi bergaduh kan.... =D

      Delete
  3. Panduan untuk adik2 dan mereka2 yang ingin bersuami.

    Kita yang dah berumahtangga ni. Bila bergaduh. Usahlah berpanjangan. Belajar memaafkan

    Memang sedih. Banyak kes penceraian sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... yg dh kawin kalau gaduh tu biar lah sorang ckp sorang dengar.. kalau dua2 ckp sapa plak nk dengarnya? huhu

      Delete
  4. Hai sy gmfollower br. Jmpt singgah.

    https://wzalehawismail.blogspot.com/2019/07/rapid-run-for-fun-2019.html?m=0

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. terima kasih sudi datang sini dan follow blog sis ya.. sis dh balas kunjungan dan follow blog awak juga.. =D ada masa jemput dtg sini lagi ye... TQ

      Delete
  5. alhamdulillah.. bersyukur sgt dpt suami yg baik..

    paling xleh terima kalo lelaki curang.. kecewa sgt rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sis tumpang happy... moga bahgia sampai ke jannah tau!! sis pun kalau curang ehhhh x leh x leh... sis jnis kuat cemburu plak tu... satgi dua2 sis ligan ngan backhoe kang!! hahaha

      Delete
  6. Terima kasih ya Kak untuk informasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih... terima kasih juga sudi mampir di sini dan komen ya..

      Delete
  7. Sebak pula baca yang time ayah peluk bakal suami pada masa itu. Sungguh, bukan mudah mencari pendamping hidup anak perempuan yang boleh sama-sama bergandingan tangan ke syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hawa.... sbb tu jugak suami rasa makin berat tanggungjwb dia lepas arwah ayah dh takde... bukan mudah kan nk pegang tugas jaga sorang permpuan ni cuma kita kdg2 x amik kisah sgt huhu

      Delete
  8. suami kita walau tak sempurna tapi insyaAllah yang terbaik dari Allah. sama2 usaha perbaiki yg kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ana.. walau org kata suami kita gitu suami kita gini... kurang itu kurang ini... tapi dialah yg sanggup hadap perangai dan kekurangan kita,... syukur ada setahap dia... ameen

      Delete
  9. setuju sgt kak, kalu ada ciri2 tu dr masa bercinta berwaspada lah, lbh baik ditinggalkan, tp teringat dgn seorang saudara dana.... suami nya mmg ada semua ciri di atas, tp isteri masih nk sabar n sabar n sabar... dgn harapan suaminya berubah sedangkan dh kawin 10 tahun lebih tp suaminya tak berubah2 perangai pun, tp ngabiskan duit isteri tahu pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahu... kalau sis tempat saudara hana mmg lama dh sis cabut.. bukannya apa, lelaki bukan seorang dan kalau ada ciri2 hanya tahu habiskan duit isteri ni buat apa la nk terus susahkan diri... baik bina hidup baru ngan anak2 je... huhu

      Delete
  10. semoga dijauhkan dr lelaki mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen.. jika dpt juga moga dptlah berubah demi anak isteri...

      Delete
  11. Hi jemput join GA saya https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/first-giveaway-by-anis-beeha.html

    ReplyDelete
  12. Boleh sy tanya, kalau nak ramai visitor macam ni, berapa post yang saya kene buat dalam sehari? Dan kalau ada cadangan lain utk naikkan followers pon bagus jugak.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AZ... Visitor yg bnyk bukan bergantung pd berapa post sehari tapi pada tahap mana tuan berjaya brandingkan blog tuan sendiri... utk permulaan tuan kena rajin blogwalking utk org lain tahu akan kewujudan tuan... then rajin2 up entry supaya org lain tahu tuan aktif berblog.. kemudian bolehlah tuan fokuskan pd killer entry yg bersifat evergreen untuk terus bantu beri trafik dari masa ke semasa tanpa perlu rajin menulis mcm dulu lagi... itu cara yg saya buat tuan.. terus usaha. inshaAllah akan berjaya juga nnti

      Delete
    2. Wsalam, Terima kasih sudi berikan tips, sy cuba buat yg terbaik.. Semoga sis terus sukses!

      Delete
  13. Assalamualaikum sis. Saya tgh keliru ni. Saya kenal dua lelaki.

    Lelaki 1
    1. Tidak cepat melenting
    2. Tidak mengongkong
    3. Pandai mengaji
    4. Pandai memujuk
    5. Tidak bersentuhan.


    Tapi..
    5. Pernah curang tapi dia jujur. (skrg dah brubah)
    6. Memilih pekerjaan.
    7. Perlukan seorg yg susah senang bersama.
    8. Ramai kawan perempuan dan lelaki.
    9. Toxic family

    Lelaki 2
    1. Setia
    2. Tak memilih pekerjaan.
    3. Solat tak tinggal.
    4. Dtg dari kluarga yg baik.
    5. Pandai mencari wang
    6. Memberikan segalanya yg diminta

    Tapi
    6. Sukakan sentuhan cth : peluk. Pgg tangan. Kiss.
    7. King control. (masa kerja tetap nk vid call. Chat non stop.)
    8. Cepat marah n melenting alasan boring sje cari pasal.

    Dua2 mempunyai ciri2 yang seimbang. Ada baik dan ada buruknya.

    Boleh tak sis hawa bantu saya memilih yg terbaik dari segi pasangan hidup dalam islam.

    Siapa yg patut saya memilih dan tidak beserta sebab?

    ReplyDelete