Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Pertama Menjamu Selera Di McDonald's Pasir Pekan Kelantan Yang Baru Di Buka

04 Julai 2019 yang lalu daku dan famili buat keputusan untuk jamu selera di McDonald's. Yelah, ramai kot yang dok bercerita burger Portuguese tu sedap sedap sedap! Eh terliur dah daku ni pun tau! So dipendekkan cerita daku pun ajaklah suami pergi cuba rasa juga. Lagipun kami satu family ni memang antara pengemar menu McDonald's.



Kebetulan waktu tu juga ada cawangan baru McDonald's yang sedang di buka di Kelantan. Kali ini untuk cawangan Pasir Pekan. Haa apa lagi.. alang-alang nak makan McDonald's so elok sangat cuba di cawangan baru.

Bagi yang masih belum arif dengan kawasan Kelantan, area Pasir Pekan ni adalah berhampiran dengan Tumpat. Dan lokasi untuk McDonald's cawangan Pasir Pekan ni betul-betul di dalam kawasan Petronas Wakaf Bharu. Dulu bangunan ni digunakan untuk menjual Dunkin Donat tapi sekarang dah bertukar menjadi McDonald's.




McDonald's Pasir Pekan Turut Dilengkapi Dengan Mc'Cafe & Drive Thru

Akhirnya tibalah juga ke Mcdonalds Pasir PekanKelantan yang ingin di tuju. Bila lihat logonya tersergam indah tu, perghhh boleh tahan ni! Nampak sangat menarik perhatian untuk di singgah. Lagi-lagi kedudukannya yang hanya di belakang Petronas. dah naik tu. Lawa molek McDonald's cawangan baru di Pasir Pekan ni. Lengkap dengan Mc'Cafe pulak tu!




Walau waktu daku pergi tu adalah hari pertama beroperasi namun orang ramai dah mula membanjiri tempat tu. Daku rasa ramai ke situ sebabnya ia hampir dengan stesyen minyak, ada perkhidmatan drive thru dan dalam masa yang sama ada juga tempat parking dan ruangan yang selesa untuk dine in. 

Yelah, bayangkan sendiri lepas isi minyak terus boleh drive thru tanpa susah payah. Kan ke sangat mudah tu? Balik kerja ke, lepas sudah ambil anak dari sekolah ke atau mungkin dalam perjalanan balik kampung sekalipun. Sangat senang bila ada servis tempat makan yang macam gini. 




McDonald's Pasir Pekan Beroperasi Dengan Kuasa Solar Sepenuhnya

Inilah rupa ruangan dalaman McDonald's untuk cawangan Pasir Pekan... hmmm lawa kan? Modern look gitu. Ohya, yang daku rasa makin kagum adalah bangunan ni beroperasi hanya dengan menggunakan kuasa solar sepenuhnya. Wah hebattt betul ni!! Teruja pula daku lihat semua peralatan eletrik dengan lampu yang terang benderang bercahaya penuh hanya dengan menggunakan kuasa solar. Awesome sangat-sangat!! 


Tak nak tunggu lama, daku terus order set burger Portuguese yang diidam idamkan tu. Mujurlah ada mesin order layan diri, so tak payah susah payah nak beratur lama-lama. Suami dan anak-anak cari tempat duduk manakala si isteri pula boleh order makanan apa yang nak di makan. 


Kebetulan masa tu adalah juga beberapa rakan kenalan dari team McDonald's yang pernah ku temui sebelum ni di event sekitar Pantai Timur so dah jadi macam misi bercinta berkasih sayang la pulak. Okaylah tu, at least dapatlah bergambar sama-sama sekeping dua buat kenangan sempena hari baru pembukaan McDonald's untuk cawangan Pasir Pekan ni. 

Kalau nk tahu, nak dapat gambar ni pun punyalah penat berposingggg... hahahaha... almaklumlah dah malam u... camera handphone je pulak tu. Adakah ini bermakna nak kena beli handphone lain? Ehhhh... 




Mereka ada kat sana sempena majlis doa selamat untuk cawangan tersebut. Ini antara gambar yang dikongsikan. Bagus juga ada majlis doa selamat begini sebagai usaha dan doa agar semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati... Ameen.. 





Sesi Merasa Burger Portuguese Bersama Encik Suami & Famili

1st of all, rupa burger ni memang memikat hati. Saat mula-mula di buka dari bungkusan mata terus terpegun pada saiznya yang agak bagus. Pekena sebiji terus kenyang ni kiranya. Yang daku makin suka adalah gabungan air grape yang super sedap!!


Nampak tak ni? Mengancam kan? Yang daku makan ni burger Portuguese ayam. Sos melimpah ruah. Roti lembut dengan taburan bijan kat atas. Sayur juga fresh. Alhamdulillah semuanya cukup lengkap tak ada apa yang kurang. Cuma tunggu masa untuk di ngap saja!!


Ohya, untuk anak-anak pada hari tu diaorang makan nugget, fun fries dan juga ayam goreng. Bukannya apa, burger Portuguese ni ada pedas pedas juga. Jadi kurang sesuai dengan selera anak-anak. Jadi jika kalian nak makan burger ni adalah lebih baik beli menu yang lain untuk diaorang. 


Bila lihat balik gambar sedang beri ayam goreng pada anak ni, hmmmm terliur balik rasanya. Terus teringat betapa rangup sedapnya ayam goreng di McDonald's. Eh sekarang ni pun tengah hot bercerita tentang ayam goreng 3 kali pedas tu kan? Hmmm rasanya daku tak boleh nak makan ayam sepedas tu. Ayam spicy biasa kat McDonald's tu pun daku dah rasa pedas inikan nak makan yang triple hot!? Ohhhh tidakkkk... memang berair hidung habis basah niqab la jawabnya... 


Bila dah gigit burger ni... hmmmm... unik rasanya! Susah nak explain. Ada rasa masin manis dan pedas. Malah ada rasa macam lemak santan juga. Eh ye ke letak santan ni? Daku betul-betul tak reti nak explain. Unik but still dalam kategori sedaplah juga. 


Bila tanya kat encik suami di depan, katanya macam rasa rendang. Yes! Kat situ baru daku boleh bayangkan balik. Betul betul betul.. ada rasa macam masakan rendang... macam masakan minang gitu. Yang pasti memang pedas jugalah. Cuma suami aku ni hantu pedas so dia tambah tambah punya tambah sos cili berkali-kali. Sabar je la... 



Pengemar Coffee Tetap Tidak Dilupakan


Yes!! Ini part paling best kalau gi McDonald's ni.. daku memang hantu coffee.. lagi-lagi kalau kopi kat McDonald's yang menggunakan 100% kopi arabica. Memang wangi.. memang sedap... memang puashati. Harga pun takde la tahap cekik darah. Pekena plak dengan muffin.. oh nikmat sangat!




Alhamdulillah... kenyang perut mata pun dah makin ngantuk. So balik rumah tidur le apa lagi. Yang pasti daku rasa happy kat McDonald's cawangan Pasir Pekan ni. Ruangannya selesa, staffnya ramah tamah, bersih, ada tempat nak parking, boleh isi minyak kereta dan drive thru.. hmmmm bagi aku semuanya okay sangatlah!! Takde apa yang kurang... Alhamdulillah.... 



So pada kalian yang sedang berada di negeri Kelantan dan tiba-tiba rasa nak makan McDonald's, apa kata singgah dan makan kat McDonald's Pasir Pekan Kelantan yang baru beroperasi ni. Memanglah menu kat semua McDonald's tu sama tapi tak salahkan kalau sekali sekala bertukar angin dengan duduk di dalam restoran dengan suasana persekitaran baru. 


MCDONALD'S PASIR PEKAN KELANTAN
16210 Wakaf Bharu, Kelantan
Open : 24 Hours 




25 comments for "Pengalaman Pertama Menjamu Selera Di McDonald's Pasir Pekan Kelantan Yang Baru Di Buka"

  1. sedapnya mcd huhu. btw saya follow sini yang ke #734 mind followback if free ya :D

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi singgah n follow..sis dh follow lama dh blog sya... salam kenal ye

      Delete
  2. Alhamduillah, Surau pun ada, jika masuk waktu solat boleh solat berjemaah. Seronok tengok negeri di bawah pentadbiran Islam membawa legasi Tok Guru Nik Aziz kekal membawa imej Islam. Insha ALLAH PRU15 , Ore Klate kekal hok ado nie sokmo deh hehe

    ReplyDelete
  3. wahh ada mcd baru la kat pasar pekan siap buat majlis doa selamat lagi bagusss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... bertambh 1 lg cawangan mcd kat kelantan.. best gak tmpt bru ni.. cozy

      Delete
  4. Baru tau mcd guna tenaga solar. Marina pon dah makan portugese burger tu. Marina rasa macam kari. Tapi setnya dapat air coke plak tak dapat air fanta. Staff silap kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 feedback kan.. kikiki... utk set tu ikut order.. kalau harga biasa dgn coke.. utk minta air fanta ni kena tmbh sikit.... suami awa makan ngan set coke awa je minta yg fanta... sedappp air dia tu.... nyesal plak order 1 !! Haha

      Delete
  5. Sy org kelantan.. tp baru tau ada mcd baru dekat pasir pekan.. ok la tu kan

    ReplyDelete
  6. dah lama tak pergi kota bharu. teringat waktu zaman study kat machang gigih sewa kereta semata nak makan mcdonalds kat wakaf che yeh. siapa sangka sekarang dah banyak branch mcd baru area kelantan ye

    ReplyDelete
  7. Wow! Mcd cawangan barulah dekat kelantan. Baguslah kalau gitu. Boleh drive thru and lepak di mccafe. Terbaiklah. Cx blm rasa lagi burger portugese tu
    . Ayam extra 3x pedas tu pon belum rasa. Hahaaha

    ReplyDelete
  8. Memang ramai penggemar McD ni kan. Baru buka pun dah ramai pelanggan. Bab yam goreng tu, pedasnya yang biasa pun dah nangis2 makan sambil mengalir air mata. Kalau makan yang 3x pedas tu tak tau la macam mana jadinya hahaha

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. wahhh lama dah i tak balik kota bharu.. rasa nak singgah Kelantan in the future... sebab nak melawat sedara mara belah abah kita... just in case i sempat ke kelantan mana tahu lapar lapar boleh singgah mcd ni... nampaknya senanglah orang kelantan lepas ni... tapi apa pun kalau i pergi kelantan i nak makan masakan orang kelantan instead of mcd hahahahahahahha kat sini banyak dah mcd...

    ReplyDelete
  10. menariknya ya datang ke kelantan sebabnya semua kedai ada tulisan jawi. good job kerajaan negeri Kelantan ! lama tak datang Kelantan.

    ReplyDelete
  11. Hermmm kena cuba ni tau..dah lama tak bawa wife and anak2 ke McD..pilihan kami sekeluarga biasanya double cheese burger tak pernah berubah,..haha...

    ReplyDelete
  12. Done follow #738. Sis hawa, menarik lah part mc ni beroperasi dengan kusa solar sepenuhnya. Bagus untuk alam- orang kata environmental friendly. Mesra alam. Satu usahabyang bagi saya sangat wow dan patot ditiruvasi oleh bangunan2 lain juga di malaysia ni

    ReplyDelete
  13. Ramainya yang datang ye. Lokasi yang terbaik memang resipi kejayaan McDonald's dari dulu kan.

    ReplyDelete
  14. wow.. Awa menjadi antara org terawal datang branch terbaru MCD ye. seronoklah boleh lelepak dengan kawan-kawan dekat port baru ni. rindu lanak makan mcd portugis burger

    ReplyDelete
  15. Jap. Kalau pakai sumber tenaga solar 100% , maknanya kalau 1 bandar black out, branch McD yg ni still sejuk berekon & terang benderang lah kan.

    ReplyDelete
  16. Wow I love how the tulisan jawi - a truly kelantanese restaurant :) dlu2 mmg susah nk cari mccafe kt luar KL, senang la skrg dh ada byk cawangannya.

    ReplyDelete
  17. Makan di McD rasa selesa sangat

    ReplyDelete
  18. Wah ada mcD baru. Kalau balik kelantan bolehlah datang terjah sini. Kita pun peminat kopi jugak hehehe

    ReplyDelete
  19. Wow kat Pasir Pekan orang sana dah boleh nikmati Ayam Pedas 3X Mcdonald hehehehehe best la lepas ni memang kita balik sana boleh makan MCD.

    ReplyDelete
  20. Tak pernah lagi sampai Kelantan, suatu hari pasti akan sampai sana dan nak makan di fast food restaurant kegemaran saya iaitu ; McD ! HEHE

    ReplyDelete
  21. Sedapnya burguer Portugis tu. Lia tak cuba lagi lah. Ayam Pedas 3X Mcdonald tu lia dah cuba. McD ni buka je kat mana2 mesti ramai yang akan serbu. Fast food paling favorite lah kan.

    ReplyDelete