Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap  | Sambal Tumis Telur Burung Puyuh telah menjadi salah satu menu favourite untuk daku dan suami sejak dulu. 

Dan cara nak masak sambal tumis ni tak susah sebenarnya cuma tak dinafikan daku masak sambal tumis tidak ikut resepi original orang lama dengan menggunakan air asam jawa dan sebagainya. Sebabnya daku lebih suka masa sambal tumis telur puyuh simple dan mudah. Yang penting rasanya tetap sedap!! 


Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap 

Telur Puyuh Sangat Bagus Sebagai Makanan Diet 

Telur memang dikenal sebagai makanan yang diperkaya akan kandungan protein di dalamnya, Salah satunya adalah telur puyuhBagi masyarakat asia, telur ayam dan telur puyuh adalah sebahagian daripada menu biasa yang boleh di masak dan di makan dengan banyak kaedah. 

Kenapa telur puyuh lebih mahal dari telur ayam? Kalau dulu daku ingatkan hanya kerana telur puyuh ni susah sikit untuk dijumpai tapi rupa-rupanya ia lebih dari itu. Menurut pembacaan dikatakan yang telur puyuh ini mengandungi banyak khasiat. Antara khasiat tersebut adalah vitamin B2 dan B12. 

Menurut Mr. Google juga, telur burung puyuh dikatakan mempunyai sebanyak 13% kandungan protien di dalamnya berbanding dengan telur ayam yang hanya 11% protien sahaja. Dikatakan juga telur puyuh tidak memiliki kolesterol jahat (LDL) dan sangat kaya dengan kolesterol baik (HDL). Tak seperti telur ayam, telur puyuh tidak menyebabkan alergi. Kerana itulah burung puyuh ini sangat terkenal di kalangan penggemar menu-menu diet. 



Antara Keistimewaan Yang Ada Pada Telur Puyuh

Walaupun ukuran saiz telur puyuh ini kecil tetapi telur puyuh ternyata mengandung lebih banyak khasiat berbanding dengan telur ayam. Manfaat telur puyuh ini ada banyak dan kat sini akan daku senaraikan sekali beberapa khasiat telur puyuh berdasarkan info yang telah kuperoleh daripada Mr.Google. 

1.  Mencegah Kanser
Kandungan yang dimiliki oleh telur puyuh telah di  claim mampu untuk mencegah timbulnya sel kanser dalam tubuh. 

2. Melawan Timbulnya Alergi
Telur puyuh memiliki kandungan Ovomucoid, yang mana berguna untuk melawan gejala timbulnya alergi pada tubuh. Berbeza dengan telur ayam yang kadangkala boleh menyebabkan diathesis dan alergi.  

3. Membantu Tingkatkan Kesihatan Mata
Di dalam telur puuh turut terdapat zat Zeaksantin dan Lutein yang merupakan antara bahan alami untuk meningkatkan cahaya biru dari 20 hingga 90%. Kerana itu telur puyuh dikatakan baik untuk tingkatkan kesihatan pada bahagian mata.

Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap 

4. Mencegah Penuaan

Telur puyuh juga dikatakan dapat mencegah penuaan awal sehingga 40%. 

5. Untuk Membantu Perkembangan Janin
Di masa kehamilan, telur puyuh di anggap lebih baik daripada telur ayam dan perkembangan otak pada janin boleh menjadi lebih baik dengan makan telur puyuh sebagai ganti kepada telur ayam. Namun telur mentah dan separuh masak tetap juga di tegah. Nak makan pastikan telah masak sepenuhnya.

6. Menguatkan Fungsi Otak
Selain telur puyuh baik untuk menguatkan memori otak janin dalam kandungan, Nutrisi Kolin yang terdapat pada telur puyuh juga dapat mempertahankan fungsi otak bagi setiap orang di usia produktif. 

7. Menjadi Sumber Protein Terbaik
Jika dibandingkan dengan telur ayam maupun itik, Telur puyuh yang nampak kecil ini ternyata memiliki kandungan protein yang cukup tinggi. 

8. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kandungan yang terdapat pada telur puyuh juga bagus untuk mempertahankan dan meningkatkan daya imunisasi pada tubuh. Oleh sebab itu, ramai yang mengamalkan menu sihat dengan makan 3 hingga 5 butir telur puyuh rebus di pagi hari. 


RESEPI : SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH 

Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap 

Bahan-Bahan:
  • 30 biji telur puyuh
  • 2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 keping asam gelugur (asam keping)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam atau secukupnya
  • 2 - 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Bahan Kisar:
  • 10 biji cili kering (rebus dulu dan buang bijinya)
  • 10 ulas bawang merah (kurangkan jika saiznya besar)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai ( tak nak letak pun takpe)

Cara Untuk Membuatnya :

1. Basuh semua telur kemudian rebus hingga masak di dalam periuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan ketepikan. Jika nak lebih senang kupas, letakkan sedikit garam bersama beberapa titik minyak masak ke dalam periuk semasa di rebus.

2. Jika mahu elakkan telur dari mudah hancur, boleh panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng telur seketika. Angkat dan ketepikan.  Jika tak nak buat cara no 2 ni pun takpe. Terserah.

3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Setelah itu masukkan sos cili dan gula. Gaul rata hingga pecah minyak sedikit. 

4.  Masukkan air, garam, serbuk perasa, asam keping dan juga bawang besar. Gaul semuanya sebati hingga bawang besar menjadi layu. Ohya, jika kalian sukakan bawang yang lebih rangup maka tak perlu masukkan bawang besar di langkah ini sebaliknya tunggu masuk sekali bersama telur di langkah no 5.

5. Terus kacau kuah sambal tadi hingga menjadi pekat dan pecah minyak sekali lagi. Setelah itu bolehlah di masukkan telur puyuh ke dalamnya. Kacau sekejap hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap 
Okay, selamat mencuba...... =D






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.