Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl  | Sebagai seorang ibu tugas siapkan makanan untuk anak dah jadi satu rutin harian. Itu mujurlah anak belum ke taska. Jika anak dah ke taska alamatnya hari-hari kena siapkan bekal juga. Daku ni pula jenis ibu yang lebih suka bawa bekal makanan dari rumah dari beli kat luar. 

Jadi jika nak ke mana-mana memang akan bawa bermacam benda. Antaranya mainan, makanan, minuman, lampin pakai buang dan sebagainya. Jika dulu ada juga timbul rasa penat tapi sejak kebelakangan ni rasa makin excited pula. 

Mana tak rasa excited kalau dah makanan yang disediakan tu akan di isi dalam beg bekal makanan yang comel. Tahan panas pulak tu! Beg makanan ni boleh juga dipanggil sebagai lunch bag dan jenama pilihanku untuk pembelian beg makanan budak ini adalah daripada SKIP HOP

Awwal dan Kasih Sufi Dengan Skip Hop Zoo Lunch Bag Masing-Masing

Awwal Dengan Karakter DRAGON Yang Sesuai Untuk Boboy

Kasih Sufi Dengan Karakter UNICORN Purple Untuk Gegurl

Daku membuat keputusan memilih beg makanan kanak-kanak dari jenama Skip Hop berbanding dengan jenama yang lain buat masa ini adalah disebabkan beberapa perkara. Sebab utama yang ku suka adalah disebabkan sifatnya yang bebas BPA, bebas PVC dan bebas Phthalate. Selain itu ada lagi sebab-sebab lain dan 10 alasan mengapa daku memilih Skip Hop lunch bag ini untuk Awwal dan Kasih adalah seperti yang telah ku senaraikan di bawah ini.


10 Sebab Mengapa Beg Makanan SKIP HOP Menjadi Pilihan

1. Mempunyai Pelbagai Pilihan Design Dengan Karakter Bertemakan Zoo Yang Menarik Untuk Boboy Dan Gegurl 

SKIP HOP agak berlainan dari jenama yang lain kerana ia datangkan banyak design untuk pilihan dalam satu tema yang tertentu. Sebagai contoh, ini adalah daripada tema Zoo. Signature Skip Hop ZOO characters boleh di pilih mengikut apa jua karakter yang disukai dan setiap karakter ada namanya yang tersendiri. Warna juga berbeza untuk memberikan keunikan yang tersendiri.

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Lunch bag milik Awwal dan Kasih ini adalah daripada karakter Unicorn dan Dragon. Unicorn di pilih untuk Kasih adalah kerana warnanya yang cute sesuai manakala Awwal pula memang seorang yang sangat suka dengan warna hijau yang terang. Antara design lain yang ada seperti kat bawah ni. Ini baru sebahagian, ada banyak lagi okay. Haaa memang rambang mata di buatnya kan?

Aneka Design Bag Makan Untuk Budak


2. Ruangan Dalam Yang Muat Untuk Isi Makanan Dan Sebagainya

Mula-mula daku ingat tak boleh muat banyak sangat. Yelah macam comel je pun. Tapi ternyata sangkaan aku jauh meleset sama sekali. Nampak saja kecik tapi boleh isi set makanan tengahari berserta dengan sudu dan garfu. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makan Comel Untuk Anak

Dalam gambar kat bawah ni adalah contoh yang telah daku isikan dengan sebiji roti, sebekas pasta dan juga sebekas kecil potongan buah. Kiranya memang boleh muat dengan elok untuk set makanan tengahari untuk anak. Cuma nak isi air tak boleh melainkan jika dalam bentuk botol mineral kecil, air kotak dan sebagainya. Jika air dalam bentuk botol minuman biasa takut tumpah pula nanti. Tapi jika beli satu set sekali dengan beg galas belakang SKIP HOP maka bolehlah diletakkan tumble air pada backpack tersebut. 


Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 


3. Boleh Buka Sepenuhnya Supaya Mudah Untuk Dibersihkan

Beg bekal makanan ni boleh dibuka sepenuhnya macam bagasi beg pakaian. Jadi mudahlah untuk di basuh lepas dah digunakan nanti. Sangat praktikal bila boleh buka dengan luas begini. Nak isi dan susun bekas makanan pun jadi sangat mudah dan cepat. Ohya sebelum terlupa, kat dalam bahagian dalam ini juga turut disediakan tempat untuk tulis nama anak selaku si pemilik.

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

4. Bersifat Tahan Panas Untuk Jangka Masa Yang Agak Lama 

Daku dah test dengan letak beberapa biji roti canai yang masih dalam bungkusan kat dalam Skip Hop Lunch Bag ni. Sebabnya ada satu hari tu kebetulan daku beli roti canai dan anak pula buat perangai tak nak makan lagi. Mujurlah suami teringat akan lunch bag ni.

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Lebih kurang 4 jam lepas tu baru anak minta nak makan dan bila buka alhamdulillah roti canai tadi tu masih lagi ada rasa suam panas dan roti juga masih lagi lembut. Kiranya jika diberi bekal untuk anak bawa ke sekolah dalam lunch bag Skip Hop ni dapatlah beliau makan pada masa tengahari dengan makanan yang masih sedap, ada rasa panas dan okay. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 


5. Tali Dengan Klip Mudah Laras Dan Lekat 

Tali pada bahagian atas beg makanan ini antara salah satu ciri yang daku suka. Sebabnya bila perlu bawa beg lain maka secara tak langsung daku boleh klipkan beg makanan yang comel ni pada beg yang lain dengan mudah. Untuk ibu-ibu yang perlu bawa stroller pula bolehlah terus lekatkan pada stroller. Kan mudah tu? Tak payahlah nak pegang banyak-banyak kat tangan. 


Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 


6. Zip Yang Berkualiti Dan Senang Untuk Dibuka Oleh Anak

Jika beli sebarang beg, zip adalah antara bahagian utama yang perlu di beri perhatian. Sebabnya percaya ataupun tidak bahagian zip adalah tempat yang paling cepat rosak. Tapi dengan zip yang ada pada beg bekal makanan Skip Hop ni alhamdulillah nampak sangat berkualiti dengan size yang agak besar dan tebal. 


Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Kasih sendiri dengan mudah boleh buka beg makanannya sendiri dengan zip tersebut. Lancar saja tanpa ada sekat-sekat. Jadi jika anak bawa beg begini ke Taska dan sebagainya maka bolehlah anak guna dengan mudah sendiri tanpa perlu susah payah. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 


7. Anak Akan Makin Happy Dan Excited Bila Tibanya Waktu Makan 

Apa yang daku perasan sejak ada Skip Hop lunch bag ni Kasih dah makin happy bila tiba masa makan. Bila nak ke mana-mana bukan main excited minta di bawa beg makanan ni bersama. Bila di bawa bersama pula Kasih memang akan peka dengan begnya ni. Maka secara tak langsung bila dah berjaya jadi 'sahabat baik' begini tak adalah isu tertinggal beg makanan kat taska dan sebagainya. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Tengok tu, baru acah nak ambil beg bekal makanan dia pun Kasih dah mula jeling tajam! Sayang sangat la tu.... Bagus Kasih, jaga baik-baik ye jangan sampai hilang dan jangan sampai tertinggal kat mana-mana lepas dah guna nanti. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

8. Boleh Menjadi Beg Makanan Yang Paling Disayangi Anak 

Inilah antara keletah Kasih dengan lunch bag Skip Hop miliknya. Ini saat mula-mula kasi beg bekal makanan ni pada Kasih. Kiranya mula-mula dapat tu Kasih dah terus rasa excited! Beg ni bukan saja bersifat lembut dan tahan lasak tapi juga ada ciri-ciri lain yang boleh buat anak suka. Tak hairanlah kenapa beg jenama Skip Hip sangat terkenal di kalangan ibu dan anak. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 


9. Boleh Digayakan Dengan Bagpack Yang Sedondon

Sebagaimana yang daku sebutkan tadi, jika ada beli bagpack dari Skip Hop maka bolehlah di pilih design lunch bag dari design yang serupa. Barulah boleh bawa dalam nada gaya sedondon. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Backpack boleh galas di belakang manakala lunch bag pula boleh pegang di tangan atau klipkan saja di beg galas belakang tersebut. Terpulang nak bawa ke mana yang penting ianya sangat praktikal untuk apa jua keadaan. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

10. Size Yang Sedang Elok Untuk Dibawa Oleh Kanak-Kanak

Saiz sebenar untuk Skip Hop lunch bag ini adalah 23lcm X 8.25w X 19h. Daku sendiri pening kalau bercerita soal ukuran dalam bentuk sentimeter ni, haha.. Yang ku tahu alhamdulillah size beg makanan ni sangat cantik sedang elok dengan kanak-kanak terutama yang berusia 3 tahun dan ke atas. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Kasih Sufi masih berusia 19 bulan sebab itu beg ini nampak sedikit besar dari dia. But she still can handle it. So kalau nak beli ketika anak masih kecil pun tak mengapa at least kita boleh je bawa letak kat stroller. No problem at all. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Sangat Bagus Dan Berkualiti Untuk Dijadikan Sebagai Hadiah Harijadi Dan Sebagainya

Pada pendapat peribadiku sebagai salah seorang pengguna dan juga ibu, bagi aku Skip Hop lunch bag ni memang sangat awesome. Ia juga sangat comel dan elok untuk di beli pada anak sebagai hadiah harijadi dan sebagainya. Paling ku suka sebabnya beg begini bukan saja sesuai untuk kegunaan anak kecil ke Taska dan sebagainya tapi juga elok untuk di bawa jalan terutama masa bercuti dan juga balik kampung.

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Design yang pelbagai membuatkan beg Skip Hop kelihatan lebih eksklusif kerana boleh di pilih berdasarkan ciri-ciri favourite anak itu sendiri. Tak kisahlah boboy atau gegurl, pilih saja mana-mana design yang dirasakan okay dan kena dengan citarasa anak itu sendiri. 

Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 


Tengah Cari Beg Makanan Yang Comel Dan Tahan Panas Untuk Kanak-Kanak? Terus Dapatkan Dari Jenama Skip Hop Yang Awesome!

So apa pendapat kalian tentang lunch bag dari Skip Hop ni? Okay ke tidak? Kalau rasa okay dan memang tengah mencari beg makanan yang comel dan tahan panas untuk anak, bolehlah dapatkan segera dari pihak SKIP HOP ASIA. Harga alhamdulillah sangat berbaloi dan berpatutan sesuai dengan kualiti.

Baca Juga : Skip Hop Farmstand Rock-A-Mole Guitar | Mainan Seronok Sambil Belajar Untuk Anak Dari Usia 6 Bulan


Skip Hop Lunch Bag - Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl 

Kat sini daku kongsikan sekali info seller utama untuk barangan original SKIP HOP untuk kalian hubungi. Boleh lihat-lihat design, tanya harga dan sebagainya dulu. Tak kisah berada kat mana dalam Malaysia ni kerana semuanya boleh di pos secara terus dengan cepat. Happy shoppinggg..... =D


BLOOM & GROW | SELLER TERBAIK BARAGAN SKIP HOP DI ASIA



Tag : Zoo Lunchie Insulated Kids Lunch Bag