Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Benar : Anak Derhaka! Ada Hati Nak Kaya?

Lumrah hidup di dunia, tak semua dilahirkan dalam keadaan serba mewah yang cukup makan pakai. Untuk hidup dalam rumah besar yang tersergam indah lagilah jauh panggang dari api. Dan aku sangat respect dengan mereka yang sanggup bersusah payah membanting tulang dan mengerah tenaga demi untuk membahagiakan keluarga masing-masing.

Secara tidak langsung daku dan suami juga berada di dalam keadaan yang sama. Sesungguhnya kami berdua akan sentiasa berusaha untuk menjaga 6 (enam) anak kami dengan baik tanpa mengharapkan ihsan sesiapa dan dalam masa yang sama kami akan terus percaya dengan rezeki dari Allah SWT.

Inilah Kisah Benar Yang Patut Dijadikan Sebagai Inspirasi

Bercerita mengenai soal rezeki ini daku teringat akan kisah seorang wanita yang bernama JUZAILAH SHARIFF. Mungkin kalian belum pernah mengenalinya dan terus terang daku sendiri baru saja tahu siapa beliau sebenarnya. 

Puan Juzailah yang turut dikenali dengana panggilan 'Ummy Ju' ini adalah contoh seorang wanita cekal yang tidak kenal erti sebuah kegagalan. Buktinya di usia 39 tahun ini beliau telah berjaya menempa kejayaan dalam perniagaan. Semuanya dek kerana pengalamannya yang perlu membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup umminya dalam mencari rezeki dalam membesarkan beliau bersama adik beradiknya yang lain. 



" Dalam keadaan membesar ini lah aku byk belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi.. kerana x ingin ummi aku susah selama nya kerana membesarkan kami…"

" Ummi membesarkan kami dgn berniaga kantin kilang.. Dr zaman sekolah aku dh mula bekerja part time untuk bantu ummi & adik beradik."


Teryata Puan Jue sangat bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang sejati. Ibu Puan Jue membesarkannya bersama adik beradik yang lain dengan rezeki sebagai seorang peniaga di sebuah kantin kilang. Penat lelah ibunya benar-benar telah membakar semangat Puan Jue untuk terus berusaha tanpa henti demi membalas jasa ibu. Malah dari zaman sekolah beliau telah mula berkerja sambilan demi untuk mencari wang bagi meringankan beban ibunya. 

Dalam proses membesar itulah Puan Jue banyak belajar tentang erti sebuah kehidupan. Baginya tidak akan ada rezeki yang datang dengan sendiri tanpa sebuah usaha. Maka jika mahu mengubah kehidupan keluarga suka ataupun tidak beliau perlu berkerja keras demi untuk membantu dan membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban dan bersusah payah untuknya. 

Alhamdulillah, ternyata Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini ibunya yang bernama Puan Sharifah Rauzah sudah dapat hidup senang. Usia ibunya kini sudahpun 68 tahun dan Puan Jue benar-benar membalas jasa ibu dengan sepenuh jiwa dan raga. 

Bagi Puan Jue, segala kejayaannya adalah berkat oleh doa yang datang dari ibunya sendiri. Kerana itu janganlah sesekali bergelar anak derhaka jika benar ada impian untuk jadi kaya. Antara yang telah dilakukan oleh Puan Jue untuk ibunya adalah seperti Menyambut Hari Lahir Ibu dan Menghadiahkan Pakej Umrah Ramadhan 2019.



Bagaimana Puan Jue Boleh Berjaya?

Sangat menjadikan Ibu nya sebagai Idola & Inspirasi, sepanjang kehidupan dan perniagaannya, Puan Jue sentiasa meletakan IBUnya dihadapan. Dengan nawaitu dan iringan doa serta semangat dari ibu, suami dan anak-anak, akhirnya Puan Jue nekad untuk membuka perniagaan pada tahun 2017. 


Puan Jue nekad menghasilkan produk yang dengan nama SERI LADY disebabkan oleh susuk tubuhnya yang agak berisi pada waktu tersebut. Bermula dari rasa bengang dengan bentuk tubuh sendiri, siapa sangka ianya telah menjadi sebuah perniagaan yang berjaya.  


Untuk terus menempa kejayaan, Puan Jue senantiasa berusaha untuk memajukan lagi perniagaannya termasuklah mendapatkan tunjuk ajar dari Tuan Azizan Osman yang sememangnya sangat terkenal sebagai salah seorang MENTOR keusahawanan di negara kita ini. 

PUAN JUE SENDIRI MERUPAKAN  SALAH SEORANG ANAK DIDIK AZIZAN OSMAN (TITANIUM) BERSAMA 2 RAKAN KONGSI CIK NAZIRA SHARIFF & AIN HAMID.


Bemula dengan saiz yang kecil kini SERI LADY telah berjaya mempunyai seramai 70 agen jualan yang berkualiti serata Malaysia. Tidak hanya itu, saat ini SERI LADY juga turut mempunyai agen di sekitar negara Asia yang lain seperti Singapura, Indonesia danj juga Brunei. 



SEBAHAGIAN AGEN JUALAN YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG SERI LADYMALAH AGEN JUALAN JUGA MENJADIKAN ‘PUAN JUE’ SEBAGAI SUMBER INSPIRASI KERANA SIFAT RENDAH DIRI & KETABAHAN MENAIKAN PERNIAGAANNYA.



Puan Jue Sentiasa Menghargai Semua Insan Yang Ada Dibelakangnya

Puan Jue juga seorang yang sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu yang baru bagi memantapkan lagi perniagaannya. Selain itu Puan Jue juga sentiasa mengamalkan sikap rendah diri, ramah dan lembut ketika berbicara. Bagi Puan Jue agent yang ada tidak ubah seperti keluarganya sendiri yang harus disayangi selalu. Ini turut diakui oleh ramai orang yang telah mengenalinya.





Disebabkan itu, ramai yang suka berada di samping Puan Jue. Aura kejayaan Puan Jue yang bermula dari zero to hero membuatkan beliau sering dijadikan sumber inspirasi dikalangan mereka yang ingin berjaya dalam hidup. Dalam masa yang sama Puan Jue juga senantiasa mementingkan suami dan tiga orang anaknya serta mengambil berat tentang adik beradiknya yang telah setia bersama sejak dari dulu hingga kini. 

BERSAMA SUAMI ENCIK ZAMRI, ANAK-ANAK YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT & DORONGAN.

Keluarga Besar - Puan Jue anak ke 2 dari empat adik beradik

Nasihat Ikhlas Dari Puan Jue Untuk Semua

BUAT PESANAN BERSAMA TIDAK KIRA KITA BERKERJA, LEBIH LAGI PADA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI, KALAU MASIH ADA IBU, JADIKAN LAH IBU KITA SUMBER INSPIRASI KITA, KERANA MEREKA ADALAH PELAJARAN YANG SANGAT MAHAL UTK KITA JADIKAN SUMBER INSPIRASI. ‘ ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA ‘ HARGAI IBU YANG MASIH ADA, ❤️



Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY



2 comments for "Kisah Benar : Anak Derhaka! Ada Hati Nak Kaya? "

  1. Alhamdulillah, hargai lah ibu jika masih ada krn doanya sentiasa ada untuk anaknya jika tlh tiada, tiada lagi doa seorg ibu. salam aidiladha ^^

    ReplyDelete
  2. inspirasi betul insan-insan berjaya ni..

    ReplyDelete