AWWA IMANNI - Minuman Coklat Kurma Sedap (Tanpa Gula Putih) Yang Best! | Bila di tanya apakah minuman kegemaran? Jawapanku yang pertama adalah kopi dan yang ke dua adalah coklat. Paling best daku suka minum mocha sebab ianya seakan gabungan kopi dan coklat yang super sedap. Gabungan rasa manis dan sedikit pahit memang tidak pernah mengecewakan. Cuma nak buat memang tak mampu la... so bila time nak minum mocha nak tak nak kena beli.. kiki..

Untuk famili pula, anak-anakku lebih gemarkan minuman coklat dan susu. Paling win jika ada rasa strawberi. Yelah budak-budak kan? Asal sebut strawberi laju jer. Nak dijadikan cerita, suatu hari daku terjumpa satu premis ni yang sangat gah bila tengok dari luar. Warna bangunan dari rona pink terang benar-benar buat aku rasa teruja. IMANNI SKINZ itulah namanya dan tanpa fikir banyak daku terus melangkah masuk.



IMANNI SKINZ - Pengeluar Produk Berasaskan Bahan Semulajadi Yang Halal

Jujur cakap, daku belum pernah cuba apa-apa produk dari nama Imanni Skinz sebelum ini. Sebab itu aku rasa teruja sangat untuk tahu apakah sebenarnya produk yang dikeluarkan. Rupa-rupanya jenama Imanni Skinz ini telah lama berada di pasaran cuma daku saja yang kurang ambil tahu. Imanni Skinz Malaysia telah lama terkenal kerana ia mampu menawarkan produk kosmetik bermutu tinggi yang berasaskan bahan organik habbatussauda.

Untuk pengetahuan kalian juga, empayar perniagaan Immani Skinz ini diterajui oleh sepasang suami isteri yang sangat sepadan dan Puan Aimi sendiri adalah seorang graduan Chemistry UiTM. Jika kalian follow Facebook beliau, Puan Aimi ini sering menekankan tentang penggunaan bahan yang selamat sama ada untuk kosmetik, barangan bayi mahupun minuman.



Kerana itu di dalam produk-produk Imanni Skinz ini, kebanyakan produk yang dihasilkan itu adalah dengan menggunakan bahan organik seperti habatus sauda dan bahan makanan berasaskan sunnah. Kini telah semakin banyak produk keluaran Imanni Skinz di pasaran dan semuanya dihasilkan dengan menekankan soal halal.



Dari Sekadar Nak Lihat Terus Bertukar Menjadi Salah Seorang Pengguna

Hasil daripada keberanianku untuk cuba-cuba intai apa yang ada di dalam premis ini, daku dah menemui beberapa produk yang bagi aku sangat okay dan best untuk ku cuba sendiri di rumah. Yang pertama adalah AFFAN Natural Balm & AFFAN Natural Telon manakala yang ke dua pula adalah AWWA - Minuman Coklat Kurma.

Di dalam post ini daku akan story tentang minuman AWWA dulu sebabnya daku dah terlajak suka jatuh cinta pandang pertama dah dengan minuman ni. Tak sabar nak share perkara-perkara best tentang minuman yang ohsem ni. Ohya, nama AWWA ni adalah dari perkataan Arab yang membawa maksud puas, segar, terpenuhi atau menyenangkan.


Minuman coklat dengan nama Awwa ini sangat lain daripada minuman berasaskan koko yang lain kerana ianya dihasilkan dengan hasil ekstrak dari buah koko terbaik bersama 8 makanan sunnah yang tinggi  tinggi khasiatnya. Antara bahan-bahan makanan berasaskan sunnah yang telah digunakan itu adalah seperti kurma, madu, buah zaitun, kismis, delima, habbatus sauda, za'faran dan juga al-manna. 



AWWA - Minuman Coklat Tanpa Gula Putih Dengan 3 Jenis Perasa Pilihan


1. AWWA COKLAT KURMA

Awwa Coklat Kurma mengandungi 8 makanan sunnah seperti delima, madu, habbatus sauda, kismis, zaitun, almanna, kurma dan za'faran.




2. AWWA STRAWBERI

Awwa strawberi merupakan minuman susu kambing dengan perisa strawberi dan mengandungi Vitamin C berserta 8 makanan sunnah seperti delima, madu, habbatus sauda, kismis, zaitun, almanna, kurma dan za'faran. Awwa Strawberi juga baik untuk dinikmati oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan ibu yang mengandung. 



Susu Awwa Strawberi ini boleh di minum oleh semua bermula dari bayi berusia 10 bulan sehinggalah kepada warga emas. Cuma untuk bayi dan kanak-kanak yang masih muda usia dinasihatkan untuk hanya memberi 1/2 sashet saja.



Untuk sesuai dengan usia Kasih dan Awwal (seorang 1/2 sachet) maka daku bancuhkan 1 sachet terus ke dalam 1 mug kemudian baru daku bahagikan pula sama banyak ke dalam gelas yang lebih kecil untuk Kasih dan Awwal. Tapi selalunya tinggal juga sedikit dalam mug untuk diri sendiri. Hehe...

Ini Kasih dan Awwal sedang duduk bersarapan dua beradik dengan menikmati minuman AWWA STRAWBERI yang super sedap!




3. AWWA COKLAT MOCHA

Akhir sekali adalah Awwa Coklat Mocha dan kalau nak tahu daku paling suka dengan Awwa Coklat Mocha ni disebabkan oleh rasanya yang sedap. Terkejut juga bila lihat yang ia turut mengandungi asam.





Meskipun ia di beri nama MOCHA namun hakikatnya Awwa Coklat Mocha ini tidak mengandui kafein sebaliknya ia mengandungi garcinia cambogia atau dalam bahasa melayunya adalah buah asam gelugur yang boleh membantu dari segi penghadaman.



Cadangan Hidangan Yang Boleh Disediakan 

 Ia boleh di bancuh dan minum begitu saja atau olahkan untuk menjadi minuman dalam apa jua bentuk yang disukai.



Nampak tu? Sedap kan? Sebab itulah, daku ni sekali minum terus jatuh suka dan rasa macam hari-hari nak minum je tau! Ia bukan saja sedap malah boleh buat diri aku ni makin fokus dan bertenaga terutama sebaik saja selepas menikmatinya sebagai sarapan di waktu pagi.

Rasanya Ternyata Sedap Dan Menyelerakan (Sesuai Diminum Seisi Keluarga)

Antara tiga rasa di atas, daku paling suka Awwa Coklat Kurma dan Awwa Coklat Mocha. Manakala anak-anakku pula paling suka dengan Awwa Strawberi. Dari segi rasa alhamdulillah daku amat berpuashati.

Walaupun ianya tidak mengandungi sebarang gula putih sebagai pemanis namun rasanya tetap sedap dengan adanya pemanis asli daripada campuran semua bahan makanan berasaskan sunnah yang telah digunakan itu.

Pihak Imanni Skinz turut memberitahu yang ramai pengguna telah memberi feedback yang masalah ekzema dan sakit kulit semakin berkurangan selepas minum AWWA. Bagi aku ini adalah kerja Allah SWT dan jika benar, AWWA hanyalah sekadar asbab saja disebabkan oleh kandungan bahan makanan sunnah yang digunakan. Yang paling penting minuman AWWA ini memang sedap untuk di nikmati.





Harga Berbaloi Dan Mudah Untuk Di Bawa Ketika Travel Juga

Setiap satu kotak minuman AWWA ni mengandungi sebanyak 10 sachet. Harga yang ditawarkan adalah RM35 tapi kini boleh di beli dengan harga diskaun yang sangat berbaloi. Hanya dengan RM28 saja dah boleh menikmati mana-mana minuman Awwa mengikut perasa pilihan masing-masing. 


Semua minuman Awwa ini boleh di beli secara online dan alhamdulillah servis penghantarannya juga sangat cepat dan bagus. 

Lepas ni bila nak balik kampung atau travel daku dah tak perlu lagi beli kopi demi untuk beri tenaga dan stay fokus. Nak ke mana-mana nanti daku nak bawa Awwa saja lepas ni lagipun dengan adanya pek sachet begini ternyata sangat mudah untuk di bancuh dan sebagainya. 


Sedang Mencari Minuman Berasaskan Coklat Yang Sedap? Jom Beli Dan Cuba Minuman Awwa Sekarang Juga!

Haaa macamana? Okay ke tidak? Jika rasa okay dan ingin cuba demi untuk dapatkan semua khasiat yang ada padanya, jangan tunggu lama-lama... jangan malu dan jangan segan. Terus saja contact wakil pihak Imanni Skinz yang sah melalui detail yang tertera di bawah ini. 


AWWA IMANNI SKINZ | MINUMAN SUPER SEDAP DAN BERKHASIAT
Hotline :  +60136699892      | KLIK UNTUK WHATSAPP 








Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.