7 Cara Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah ( Saya Guna NARINAR Untuk Kesan Yang Lebih Cepat) | ISTERI yang memegang jawatan sebagai surirumah sepenuh masa bukanlah satu kerja mudah. Daku sendiri telah lama menjadi seorang surirumah dan ku akui berada di dalam rumah setiap hari dan setiap masa boleh membuatkan diri rasa rimas. Tambahan pula dengan kerja rumah yang menimbun. 

Hari-hari tugas yang sama saja perlu dilakukan. Rutin wajib seperti mengemas, menyapu, membasuh, menyidai baju dan menjaga agak tetap perlu di buat walau sudah rasa jemu. Itu belum di ambil kira dengan kerenah anak yang meragam dan nakal bermain tanpa henti lagi. Hmmm... siapa yang lalui pasti akan faham!




Daku juga tak nafikan yang berada di rumah bersama anak ini boleh menyebabkan daku rasa bahagia. Tapi dengan tugas membesarkan anak ini dari masa ke semasa bukanlah satu kerja ringan yang boleh di buat main. Kerana itu dalam masa yang sama daku ikut rasa bangga pada diri kerana berjaya menjadi ibu kepada 6 (enam) orang anak dengan menjaga mereka semua sendiri sejak lahir. 

Adakah bergelar surirumah sepenuh masa ini seronok? Jawapannya adalah ya dan tidak. Ya! Ia seronok kerana boleh berada dengan anak-anak sepanjang masa tanpa perlu di hantar ke pusat penjagaan dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama ada juga rasa tidak seronok kerana badan rasa sangat penat dan tertekan. Mulia sungguh menjadi suri rumah, tetapi pastikan surirumah yang merasa nikmat bahagia, bukan derita stres tekanan sehingga sakit mental. Inilah yang cuba di bantu oleh NARINAR terhadap para surirumah yang ada. 



Pernah Cuba Cara Lain Untuk Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah

Sebelum menggunakan Narinar daku dah pernah cuba pelbagai cara untuk kurangkan tekanan stress di rumah. Antara cara boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa tertekan tersebut adalah seperti :

Cara 1 - Bersenam
Kebetulan kat rumah ni ada treadmill jadai dapatlah bersenam. Kalau nak tahu, apabila bersenam ia dapat memperbaiki aliran darah ke seluruh tubuh badan dan ke otak, menambah gelombang alfa pada otak yang berhubung dengan ketenangan, mengurangkan tekanan darah serta mengurangkan ketegangan otot.

Cara 2 -  Hias Diri
Jika korang gemar dan akan berasa gembira jika bersolek, maka sediakanlah masa dalam satu jam untuk diri sendiri bersolek dan kelihatan cantik. Biarlah tak ke mana pun, solek untuk sambut suami pulang dari kerja pun okay. Tak kisahlah jika itu yang boleh buat diri sendiri rasa bahagia. 

Cara 3 - Mendengar Lagu Dari Youtube
Mendengar lagu yang tenang memang okay tapi ia akan buat kita rasa makin down. Masa tertekan jangan dengar lagu sedih dan tenang begitu. Ada baiknya dengar lagu yang bersifat ketuhanan dan juga lagu yang lebih rancak untuk diri rasa kembali bersemangat semula.

Cara 4 - Menonton Drama Atau Movie Terbaru Di TV
Jika dulu asyik sibuk dengan kerja rumah saja, apakata kali ini luangkan masa untuk menonton drama atau movie di TV. Sediakan sedikit makanan ringan dan berbaring rehat sambil menonton dengan aman. Lupakan perkara yang lain dan tumpukan pada tontonan.

Cara 5 - Menanam Bunga / Berkebun 
Antara cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan adalah dengan cara menanam pokok bunga dan kaktus. Jika nak tanam sayur juga boleh. Daku sendiri dah pernah cuba cara ni. Tak sedar dan sangat leka bila lihat bunga yang berkembang. Makin happy bila sayur yang di tanam mula membuahkan hasil. Seronok sangat! 

Jika kurang berminat dengan aktiviti bercucuk tanam begini, kalian boleh letakkan pokok hidup di atas meja dalam rumah kerana ia telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tekanan stress pada si penghuni.

Cara 6 - Makan Makanan Yang Sedap
Makan makan makan. Lagi rasa tekanan stress lagi makan. Makan saja apa yang disukai terutama makanan yang sedap dan manis seperti kek, puding, coklat, aiskrim dan sebagainya. Lupakan masalah dan tenangkan fikirkan dengan menikmati makanan yang sedap di dalam mulut. Oh nikmatnya!

Cara 7 - Tidur Siang 
Cara paling afdal untuk mengurangkan segala tekanan stress yang ada apa lagi kalau bukan tidur. Selesaikan semua kerja rumah dan apabila anak ingin tidur maka ikutlah tidur bersama. Rehatkan badan dan rehatkan minda. Nanti bila sudah bangun InshaAllah diri akan rasa lebih tenang.


Narinar - Minyak Aroma Special Untuk Terapi

Selain daripada semua cadangan di atas, cara lain yang boleh digunakan sudah tentulah dengan bantuan NARINAR. Daku sendiri baru saja cuba produk dari jenama Narinar ini. Hajat sebenar sekadar ingin mencuba tetapi tak sangka boleh melarat hingga ke tahap suka sepenuh jiwa. Antara produk keluaran Narinar yang telah ku cuba untuk bantu masalah tekanan adalah FRANKIE dan CLARITIE

:: FRANKIE
Narinar Frankie ini dulunya di kenali sebagai NARINAR FLUtherapy (FT) dan ia merupakan produk sulung Narinar yang telah berjaya membantu lebih 50000 orang pengguna di Malaysia. Narinar Frankie ini dihasilkan daripada gabungan pati minyak gam arab, pudina, lavender dan lemon yang diadun dengan minyak zaitun asli. 


Narinar Frankie cukup bagus untuk membantu melegakan pernafasan ketika selsema terutamanya untuk golongan bayi dan kanak-kanak yang tidak mampu mengeluarkan lebihan lendir sendiri. Kehebatan gam arab yang terkandung dalam Narinar Frankie benar-benar dapat membantu melonggarkan kahak secara semula jadi di samping meningkatkan imun sistem badan jika digunakan secara berterusan. 



Paling daku suka adalah pada kandungan lemon yang kaya dengan Vitamin C. Bau lemon ini benar-benar dapat melegakan ketidakselesaan pernafasan. Terasa makin segar dan tenang saja selepas digunakan. Daku gunakan Narinar Frankie ketika mandi dengan cara titiskan ke dalam air mandian. Nak guna sebagai diffuser pun boleh. Eh dah macam kat spa pula gayanya. Tenang sangat.....  



Haa bukan saja sesuai untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak malah untuk ibu juga. Nak guna pun senang kerana tidak perlu di makan sebaliknya hanya perlu digunakan dengan kaedah urutan dan sebagai aroma terapi segar untuk kelegaan yang maksimum. Guna titik-titik je so walau baru beli sebotol tetap boleh guna untuk banyak kali penggunaan. 


:: CLARITIE
Narinar Claritie ini pula adalah gabungan pati minyak 100% gam arab Frankincense, Bergamot, Helichrysum, Chamomile, Grapefruit, Kaffir Lime dan Peppermint. Semua bahan diadun dengan minyak Bidara asli sehinggalah terhasilnya Narinar Claritie. Aroma Narinar Claritie ini dapat membantu si penggunanya untuk kekal fokus. Barulah tak fikir yang bukan-bukan.


Ia juga amat sesuai untuk digunakan oleh anak dan keluarga dalam satu masa. Kiranya beli satu dah boleh guna bersama satu famili. Kan jimat tu? Ia juga dapat bantu kurangkan rasa mengantuk dengan kaedah aromaterapi dan terapi urutan. Ia turut di datangkan dalam botol kecil bentuk roll on yang sesuai untuk digunakan di mana saja. 


Paling afdal beli sorang satu. Isteri boleh guna kat rumah, suami boleh guna kat pejabat dan anak boleh guna kat sekolah untuk terus kekal cergas dan fokus sentiasa! Ini barulah betul. Selain daripada Frankie dan Claritie, terdapat 3 (tiga) lagi minyak terapi lain yang boleh di pilih iaitu ELLGRIE, SIDRIE dan juga ROSE LOVE. 



:: ELLGRIE 
Ellgrie merupakan campuran aroma pati tumbuhan serai wangi, bidara, halia, lemon & Aloe Vera yang berkesan untuk membantu melegakan ketidak selesaan perut. Serai wangi di dalam Narinar Ellgrie akan melegakan sistem pencernaan bayi dan anda di sampaing sesuai digunakan untuk melindungi kulit dari gigitan serangga. 

Selain aloe vera baik untuk melembutkan kulit ia juga kaya dengan antioksida yang mampu melegakan sembelit.





:: SIDRIE 
Sidrie pula adalah aroma yang sangat menenangkan untuk tidur yang berkualiti. Ia juga bagus untuk bantu tenangkan perasaan anak-anak dalam kenderaan ketika perjalanan panjang yang meletihkan. Narinar Sidrie telah memenangi 2018 Readers' Choice Award for Best Baby Therapy Essential Oil oleh Majalah Baby Talk & Mama Papa! 

Aroma epal hijau & bunga Chamomile yang diadun dalam Narinar Sidrie ini mampu melegakan pening kepala yang kronik (migraine) dan menyeimbangkan emosi. Pati minyak bidara dalam Narinar Sidrie ini pula meningkatkan kualiti tidur kerana baunya sungguh menenangkan.



:: ROSELOVE

NARINAR RoseLove diformulakan untuk menyeimbangkan emosi dan hormone anda supaya rasa lebih tenang dan optimistik. . Formula yang mengandungi minyak pati rose, lavender dan buah citrus seperti grapefruit dan bergamot mampu mengurangkan depresi dan meningkatkan keyakinan diri. . Sapukan NARINAR RoseLove dengan di nadi dan hidu aroma NARINAR RoseLove dalam-dalam. Cubalah hari ini.



Antara Kelebihan Lain Yang Lain Yang Patut Diketahui

1. Narinar Bermula Berkat Dari Pengalaman Si Pengasas Sendiri

Narinar diasaskan oleh Pn. Shazren Shah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Erin yang juga merupakan pengarah Urusan Syarikat Narinar Group Sdn Bhd. Narinar ditubuhkan berdasarkan pengalaman yang dialami oleh beliau sendiri di mana anak Pn. Shazren ini telah menghidap sakit kronik. 

Bermula dari situ beliau menggunakan formulasi Narinar secara konsisten dan menjumpai solusi terbaik melalui pati tumbuhan dan bungaan yang digabungkan dengan Teknik terapi urutan atau sentuhan sehingga beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Aromaterapi. Berkat dari pengalaman dan ilmu yang dipelajari itulah maka Narinar berjaya dihasilkan hingga berada di tahap sekarang.


2. Mengandungi Gabungan Bahan Semulajadi Yang Dipilih Dengan Penuh Teliti

Jika dilihat semula, semua bahan yang digunakan oleh pihak Narinar untuk menghasilkan semua produknya telah di pilih dengan penuh teliti. Gabungan bahan semulajadi tanpa campuran sebarang bahan kimia yang tidak sepatutnya turut menjadikan produk Narinar semakin selesa untuk digunakan. Paling penting dapat guna bersama famili dari bayi sehinggalah kepada orang dewasa. 



3. Tidak Melekit, Sangat Harum Dan Menyegarkan

Daku memang tidak suka penggunaan produk berasaskan minyak yang melekit tapi tidak untuk Narinar. Walaupun ianya minyak terapi tetapi saat digunakan tidak melekit sama sekali. Seolah-olah macam tidak pakai apa-apa pun sebaliknya bau aroma yang menyegarkan terus melekat di tubuh untuk memberi keselesaan dan kesegaran yang berpanjangan. 


4. Telah Lama Popular Sebagai Minyak Terapi Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak


Produk NARINAR dah lama benar kat pasaran cuma daku ni je lambat tahu. Alah sedihnya... kalau dari dulu perasan tentu dah lama daku beli. Daku memang suka produk yang boleh beri kesan bagus walau tidak perlu diambil secara oral. Menurut pengasasnya (Puan Shazren Shah), minyak aromaterapi yang dihasilkan Narinar hanya menggunakan pati tumbuhan eksotik yang dirumus secara khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah.

Sesuai untuk bayi dan cara nak guna pun sangat senang! Hanya dengan cara titis ke tapak tangan untuk urutan tapak kaki bayi, dada, bahagian belakang tubuh serta perut. InshaAllah masalah bayi meragam, sukar tidur lena, selsema, batuk dan lain-lain dapatlah di atasi dengan segera. Paling bagus kerana ia turut dikatakan dapat bantu tingkatkan imun pada baby. 

Haa untuk ibu ayah yang bakal dapat baby baru tu, elok sangat beli untuk persediaan awal. Nanti bila baby dah lahir orang itu pegang, orang ini dukung, kena cium dan sebagainya dah tak perlu rungsing lagi. Barulah baby makin selamat dari jangkitan penyakit melalui sentuhan dan sebagainya tu. 


5. Produk Narinar Turut Memiliki Kelulusan Dari Pihak JAKIM 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah agensi pusat yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam termasuk pensijilan halal di Malaysia. JAKIM memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan pengguna Islam di Malaysia dan bertanggungjawab memastikan produk halal di pasaran bertepatan dengan kehendak syariah. 

Bagi tujuan pensijilan halal, JAKIM perlu memastikan semua ramuan dan bahan mentah yang digunakan adalah halal. Oleh itu, analisis di makmal diperlukan bagi menyokong pengesahan status halal tersebut dan alhamdulillah NARINAR turut memiliki pengesahan itu terhadap produk-produk keluarannya. 


Panduan Penggunaan Produk Narinar:

Jika bayi anda selesema atau batuk:
1. Titiskan minyak di tapak kaki menggunakan teknik Vitaflex, dada dan belakang badan. Calit nipis di hidung jika tersumbat.
2. Ulang setiap 15 hingga 30 minit untuk dua jam. Selepas selesema atau batuk berkurang, jarakkan kekerapan. Minyak aromaterapi ini perlu disapu dengan kerap kerana ia diperbuat daripada pati tumbuh-tumbuhan yang mudah diserap oleh tubuh.
3. Lakukan urutan lembut di zon-T wajah bayi.
4. Lakukan teknik urutan Vitaflex fokus pada titik sinus dan paru-paru.
5. Lakukan teknik tepukan percussion atau cupping untuk melonggarkan kahak dan lendir.

Jika bayi demam:
1. Lakukan teknik sama seperti bayi selesema atau batuk.
2. Titiskan satu hingga dua titik minyak di pelipat kaki dan tangan.
3. Titiskan dua hingga empat titik minyak di sepanjang tulang belakang.

Jika bayi sakit perut atau kembung:
1. Titiskan dua hingga empat titik di perut. Urut lembut.
2. Sembelit - titiskan dua hingga empat titik dan urut lembut perut membulat pusingan arah jam.
3. Cirit-birit - titiskan dua hingga empat titik dan urut lembut perut membulat pusingan lawan arah jam.

Sebahagian Daripada Testimoni Pengguna Produk Narinar

Jika di lihat pada testimoni ramai pengguna lain, ternyata Produk NARINAR benar-benar dapat membantu mengurangkan simptom selesema dan batuk pada bayi dan dalam masa yang sama dapat juga bantu mengurangkan stress tekanan di kalangan mereka yang memerlukan. Daku sendiri dah cuba dan alhamdulillah memang sangat sukakan aromanya yang sangat tenang dan segar. Patutlah banyak review tentang Narinar ni muncul dari hari ke hari. 





Harga Yang Ditawarkan Juga Adalah Sangat Berpatutan

Selepas menggunakannya Narinar sendiri ternyata ianya sangat sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. Seronok sangat rasanya bila lihat baby dapat tidur lena sehingga ke pagi tanpa meragam. Semua produk Narinar untuk terapi ini boleh di beli secara berasingan atau dalam bentuk set berserta dengan NANION Diffuser yang sangat comel. Pembelian secara online turut di buka bagi memudahkan lagi urusan para pembeli.


Ada Rasa Tertekan? Tidak Tahu Apa Perlu Dilakukan? Cepat Guna Produk Narinar Sekarang Untuk Kembali Tenang 

Tekanan ni bukannya boleh dibiarkan begitu saja tau! Bahaya! Bahaya sangat-sangat! Kerana tekanan inilah yang telah menyebabkan ramai orang membunuh diri. Allahuakbar! Jauhkanlah dari diri kita semua sifat ini. Bukan itu caranya untuk menyelesaikan masalah pada diri. Jika ada rasa tertekan tolonglah lekas-lekas ingat semula kepada Allah SWT, banyakkan beristighfar dan solat. 

Setelah itu cubalah pelbagai kaedah di atas untuk mengisi masa yang ada supaya tekanan itu dapat dikurangkan lagi. Tidak hanya untuk surirumah saja, untuk orang lain juga. Tidak kisahlah kalian sedang mengalami tekanan stress disebabkan oleh apa, yang penting jangan lupa berusaha termasuk menggunakan NARINAR untuk membantu mengurangkan segala tekanan yang ada. Pastikan beli yang original tau!! 




Untuk sebarang info dan maklumat lanjut, boleh terus hubungi :


NARINAR | JENAMA PILIHAN MINYAK TERAPI TERBAIK 






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.