Sebab Dan Cara Untuk Atasi Masalah Iklan Adsense Tidak Muncul Di Blog  | Teruja rasa hati bila blog lulus Adsense tapi sebaik saja diletakkan code iklan, eh iklan Adsense di blog tak muncul sebagaimana yang diharapkan. Dah kenapa pula ni? Mengapa iklan Adsense tidak tampil di laman blog? Mengapa iklan AdSense tidak muncul seperti selalu? Mengapa pula Adsense hanya ada kotak iklan (tapak) dan tiba-tiba blank? 

Untuk para blogger yang sudah biasa dengan Adsense, masalah begini mungkin sudah tidak asing lagi. Tapi untuk blogger yang masih baru dengan Adsense, hmmm rasa cemas jugalah! Tak mengapa, yang penting sekarang kita semua perlu ambil tahu mengapa iklan Adsense tidak keluar di blog dan apa perlu dilakukan untuk selesaikan masalah ini dengan segera untuk terus buat income bersama Adsense. 





6 Sebab Utama Mengapa Iklan Adsense Tidak Keluar Di Dada Blog Dan Cara Untuk Mengatasinya

Jika iklan AdSense tidak muncul di blog, selalunya ia akan keluar dengan tanda warning Ads txt. Apabila ini berlaku, kita perlu segera bertindak untuk cuba tahu sebab musababnya. Berdasarkan info yang ku perolehi, ada beberapa sebab mengapa iklan Adsense tidak keluar dalam blog ini. Jika iklan AdSense tidak muncul di blog, biasanya ada beberapa hal yang jadi penyebab dan setiap penyebab memiliki solusi yang berbeza.

Antara 6 sebab utama mengapa iklan Adsense tidak muncul di blogspot adalah :

1. Penukaran Url Blog Dari Http ke Htpps
Biasanya masalah iklan Adsense tidak muncul ini berlaku akibat penukaran protokol 'http' ke 'https' yang diperkenalkan oleh pihak blogspot. Semasa daftar Adsense guna link 'http' tetapi setelah lulus di ubah pula blog kepada 'https' maka iklan sudah tidak boleh muncul. Selalunya masalah inilah yang sering berlaku pada blogger sehingga keluar perkataan warning Ads txt pada akaun Adsense.



Cara Cepat Mengatasi Dan Menghilangkan Peringatan Ads.txt Google Adsense adalah dengan mengikut langkah di bawah ini.

1. klik "Action" pada peringatan Google Adsense di Dashboard.
2. Copy code yang berada di dalam kotak peringatan



3. Log in ke akaun blogger.com masing-masing

4. Klik pada bahagian --> Settings --> Search Preferences --> Monetisation --> tick Yes pada Enable custom Ads.txt --> Masukkan code yang telah di copy tadi --> SAVE CHANGES


Untuk pastikan content Ads.Txt adalah betul, taip http://<your blog address>/ads.txt di browers sendiri. Caranya adalah seperti yang di bawah.





Jika betul, tunggu dalam tempoh 24 jam untuk disemak oleh pihak Google Adsense. Dalam tempoh ini, iklan Adsense di blog belum akan terpapar lagi so sila tunggu dengan sabar.


2. Kod HTML Adsense Automatik Tidak Diletakkan Pada Tempat Yang Betul

Isu iklan tidak muncul ini juga boleh disebabkan oleh code iklan automatik yang tidak diletakkan pada tempat yang betul. Ada juga kes di mana blogger sama sekali tidak meletakkan kod ini di blog akibat terlupa.



3. Penggunaan Frames Pada Javascript Template Blog
Jika kalian gunakan template percuma yang di download dari mana-mana website free template, ada sesetengah dari template ini yang telahpun meletakkan 'frames' (code untuk iklan Adsense muncul) secara terus pada template tersebut. Cara begini boleh menyebabkan iklan tidak muncul. Maka kalian perlu check template masing-masing adakah ini ada berlaku pada blog ataupun tidak. Contoh adalah seperti gambar di bawah ini.



4. Ada Adsblocking Pada Pelayar Internet
AdBlock adalah penyaringan konten dan untuk blok iklan dari sumber terbuka dan selalunya ia ada di web Google Chrome dan Apple Safari. AdBlock ini boleh di pasang dan dimatikan pada bila-bila masa. Cara paling mudah untuk matikan Adblocks ini adalah :

a) klik pada bahagian 3 (TIGA) titik yang ada pada pages utama
b) klik pada More Tools
c) klik pada bahagian Extensions


d) Cari Adblock yang ada pada bahagian Chrome laptop kalian dan tick pada Adblock tersebut, kemudian terus REMOVE.





5. Guna Kod Adsense Selaku Pihak Yang Ketiga 

Akaun Adsense tidak boleh digunakan sesuka hati oleh sesiapa saja. Dalam erti kata lain, code iklan untuk Google Adsense hanya dibenarkan untuk blog yang diluluskan saja semata-mata. Jika kalian adalah pihak ketiga yang ingin beriklan dengan menggunakan kod orang lain, ianya sama sekali tidak dibenarkan. Begitu juga jika kalian ingin gunakan kod sendiri untuk lamanweb lain yang tidak diluluskan Adsense.

6. Akaun Adsense Sudah Kena Block / Banned
Yang ini susah la nak di tolong. Sebab itu JANGAN SESEKALI KLIK IKLAN ADSENSE DI BLOG SENDIRI! Sekali dah buat, kena block... hmm gigit jarilah jawabnya.

Itulah serba sedikit info mengenai sebab mengapa iklan Adsense tidak boleh muncul di blog. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info bagaimana untuk mengatasinya dan jika masih ada sebarang kemusyiklan bolehlah diajukan terus pada pihak Google Support untuk bantuan. Semoga berjaya... 






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.