Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DRAMA : BUKAN CINTA AKU [ Episod Penuh 1 - 20 ]

BIARPUN drama Bukan Cinta Aku sudah melabuhkan tirainya, namun masih ada lagi penonton yang masih ingin melihat drama ini semula. Drama Bukan Cinta Aku Lakonan Janna Nick, Syafiq Kyle dan Baim Wong telah disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 5 Jun 2019. Berapakah jumlah episod untuk drama Bukan Cintaku Ini? Jawapannya adalah 20 episod. 

Drama bersiri Bukan Cinta Aku yang dibarisi oleh Janna Nick, Syafiq Kyle dan Baim Wong selaku pelakon utama boleh dianggap sebagai drama 2 negara (Malaysia dan Indonesia) dengan kisah yang agak tragis.




Bukan Cinta Aku ialah siri drama televisyen Malaysia untuk tahun 2019 yang diarahkan oleh Ejump Mohd. Pelakon terkenal Syafiq Kyle yang telah memegang watak utama telah mengakui yang beliau sama sekali tidak pernah meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap drama rantaian lakonannya termasuklah drama Bukan Cinta Aku ini juga. 

Drama Bukan Cinta Aku arahan Ejump Mohd yang ditayangkan sebanyak 20 episod ini turut mengundang kecaman netizen disebabkan beberapa kesilapan yang jelas pada skrin TV. Antaranya terdapat beberapa babak yang dipertikaikan penonton termasuk perbualan telefon pelakon Syafiq Kyle mengenai sebut harga perniagaan hingga cecah RM35.9 billion. 



Setting lokasi hospital yang hanya menjalankan penggambaran di Kuala Terengganu, bukan di Indonesia. Malah, ending drama ini turut dikritik hebat netizen. Bagaimanapun, Ejump Mohd selaku pengarah drama Bukan Cinta Aku tampil mengakui kesilapan dan akhirnya semua ini kembali reda selepas tamatkan drama berkenaan.





SINOPSIS BUKAN CINTA AKU 
Rania, seorang gadis yang cantik baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Italy. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarga Rania. Namun, mereka pandai menyimpan rahsia. Suatu hari, ibu bapa Rania mendapat tahu hubungan antara Rania dan Arjuna. 

Mereka tersangat kecewa dan marah dan ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Rania akhirnya dinikahkan juga dengan Tengku Isma dan terus dibawa pergi keluar negara. Namun, cinta Rania tidak pernah berubah. 

Dia tidak pernah mengizinkan Tengku Isma menyentuhnya, hinggalah Tengku Isma sudah hilang harapan dan berjanji akan lepaskan Rania sekiranya mereka berjaya menjumpai Arjuna yang sudah lama hilang sejak pernikakahan mereka. Mereka membuat keputusan untuk meneruskan pencarian ke Lombok, kampung Arjuna.

EPISODE PENUH 01 - 20

JUDUL : BUKAN CINTA AKU EPISOD 
PENULIS SKRIP : Erma Fatima 
PENGARAH : Ejump Mohd 
TERBITAN : Layar Ceritera Sdn Bhd


Bukan Cinta Aku Episode 1 :




Bukan Cinta Aku Episode 2 :




Bukan Cinta Aku Episode 3 :




Bukan Cinta Aku Episode 4 :




Bukan Cinta Aku Episode 5 :




Bukan Cinta Aku Episode 6 :




Bukan Cinta Aku Episode 7 :




Bukan Cinta Aku Episode 8 :




Bukan Cinta Aku Episode 9 :




Bukan Cinta Aku Episode 10 :




Bukan Cinta Aku Episode 11 :




Bukan Cinta Aku Episode 12 :




Bukan Cinta Aku Episode 13 :




Bukan Cinta Aku Episode 14 :
Center>

Bukan Cinta Aku Episode 15 :




Bukan Cinta Aku Episode 16 :




Bukan Cinta Aku Episode 17 :




Bukan Cinta Aku Episode 18 :




Bukan Cinta Aku Episode 19 :




Bukan Cinta Aku Episode 20 (Akhir) :








Post a Comment for "DRAMA : BUKAN CINTA AKU [ Episod Penuh 1 - 20 ]"