Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Got Kimchi - Pembekal Menu Makanan Korea Halal Sedap Di Kelantan & Seluruh Malaysia

Got Kimchi - Pembekal Menu Makanan Korea Halal Sedap Di Kelantan & Seluruh Malaysia | KOREA, bila sebut saja perkataan ni terus terbayang cerita drama dan variety show yang popular dari sana. Almaklumlah Korea ni kan banyak promosikan negara mereka dengan menggunakan kaedah ni. Lagi pula idea penerbitan rancangan TV Show mereka memang awesome. 

Banyak jugalah rancangan mereka yang ku tonton. Antaranya RunningMan, Law Of The Jungle, Kang's Kitchen, 3 Meals A Day dan I Can See Your Voice dan banyak lagi. Hmm kalau nak sebut satu-satu banyak bukan main. Itu baru reality Tv show, belum lagi bercerita soal drama. Lagi satu pihak Korea turut rajin ketengahkan makanan mereka melalui rancangan-rancangan ini. 




Akibatnya demam makanan Korea semakin menjadi-jadi di seluruh dunia. Hinggakan umum tahu yang kimchi adalah makanan dari Korea. Permintaan terhadap makanan Korea seperti 'kimchidi negara Asia Tenggara termasuk Malaysia memang tinggi. Daku sendiri jadi teringin nak cuba tapi yang menjadi masalahnya bagaimana nak ke Korea? Mana mampu nak melancong beramai-ramai dengan semua anak-anak ni. 

Sangat Teruja Bila Makanan Korea Sudah Mula Masuk Ke Malaysia 

Serius memang sangat teruja! Makanan Korea ini sudah boleh di dapati di restoran-restoran yang membawakan versi makanan Korea sebagai tarikan utama. Malah turut ada juga penjual di gerai-gerai kecil yang highlightkan menu makanan Korea sebagai jualan. Alhamdulillah dapatlah cuba dari masa ke semasa. 

Namun, terdetik pula soalan kat fikiran ni. Terfikir-fikir, tak kan kalau nak makan menu Korea wajib kena pergi ke restoran je. Macamana kalau tiba-tiba rasa teringin nak makan kat rumah sambil tonton TV? Sambil layan cerita favourite dari Korea itu sendiri? Akhirnya daku cuba luaskan pencarian untuk mencari apakah ada pengedar makanan Korea yang boleh ku nikmati di rumah saja bersama suami dan anak-anak. Akhirnya daku bertemu dengan jenama GOT KIMCHI.




GOT KIMCHI - Pengedar Makanan Korea Untuk Dinikmati Kat Rumah

Siapa sangka siapa menduga, memang ada pun pembekal makanan menu Korea untuk dinikmati kat rumah! Bila di Google Search tu memang ada banyaklah juga. Tapi daku paling tertarik hati dengan nama GOT KIMCHI ini. Makin daku suka sebabnya GOT KIMCHIini boleh berikan begitu banyak menu makanan dari Korea yang pelbagai dan semuanya boleh diposkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



Alang-alang dah jumpa, terus la contact! Yelah sebelum beli perlulah tanya apa yang patut kan? Perlu juga tanya harga dan lain-lain. Apa yang mengejutkan, eh boleh COD juga sebabnya si pengedar yang ku hubungi ni memang sedang berada di bumi Kelantan. Pucuk di cita ulam mendatang la kiranya ni.. tak tunggu lama terus set time and date untuk proses COD. Jimat masa sikit dari beli online. Yes!!



Ada Cop Halal Pada Packaging Itu Penting

Tepat pada tarikh dan masanya, Miss Yuni yang cantik manis benar-benar telah ada di tempat yang dijanjikan. 1st time nampak produk Get Kimchi yang ada daku dah jadi sangat excited. Apa tidaknya, banyak tau! Macam-macam ada okay! Antaranya adalah seperti Tteokbokki sauce, Jjajangmyeon paste, kimchi, danjumi, banana uyu, ramen dan lain-lain lagi. Paling penting ada cop halal kat atas packaging, dan ini adalah tanda halal dari Malaysia dan Korea.



Daku sendiri rambang mata jadinya nak dapatkan yang mana satu. Tapi disebabkan ini baru kali pertama nak cuba so daku buat keputusan untuk cuba Jajang Sauce dalam bentuk paste dulu. Tak apalah nanti boleh je beli lagi dan masa tu cuba yang lain pula. InshaAllah.

Menurut apa yang di beritahu oleh Miss Yuni yang kecil comel molek ni, pihak Got Kimchi Malaysia telah beroperasi atas talian sudah lama dan kini telah mempunyai semakin ramai pelanggan sama ada yang ingin dapatkan secara COD mahupun pos. 


Untuk pos, jika seandainya tidak ada di rumah maka esoknya boleh terus ambil di poslaju yang berdekatan. Produk yang di jual pula ada yang dihasilkan di Malaysia dan ada yang terus di bawa masuk dari Korea dengan mengutamakan aspek halal dan sebagainya. 

Antara produk Got Kimchi yang telah selamat mengikutku pulang ke rumah adalah Spicy Fier Got Kimchi, Jajang Sauce Got Kimchi dan juga Oats Noodles. Tak sabar rasanya nak cuba jajangmyeon sebabnya memang belum pernah rasa lagi tau. Maka operasi untuk memasak pun bermula. Ohya tak perlu nak risau kerana resepi turut diberikan mengikut jenis produk yang di beli. Haa senang kan?


Respon Anak dan Suami Terhadap Produk Got Kimchi 

Sebenarnya menu makanan Korea ini dakulah yang lebih gemar berbanding dengan suami. Anak-anak alhamdulillah diaorang semua ikut jejakku yang memang sangat suka untuk explore rasa dari menu yang baru. Jadinya pada hari tersebut daku hidangkan dan terpulanglah pada suami sama ada mahu turut ikut nikmati bersama ataupun tidak.


Mula-mula beri pada anak dulu, alhamdulillah semua cakap okay dan sedap. Buktinya Awwal dan Kasih makan dengan penuh berselera. Agaknya terliur dengan gaya makan Awwal dan Kasih maka suami ikut cuba merasa. Hmmm... tak sangka, habis sepinggan!! Alhamdulillah... nampaknya daku boleh beli lagi produk dari Got Kimchi untuk makan dengan famili lepas ni. Yahoooo....


Walaubagaimanapun, untuk Kimchi kami kurang gemar sikit. Sebabnya rasa kimchi ini agak pedas dan masam. Kiranya ia agak kuat dan rasa begitu sedikit kurang kena dengan selera daku sekeluarga yang kuraang gemarkan rasa masam. Tapi at least daku tetap boleh guna dalam masakan. Sebagai contoh daku bole tambahkan ke dalam nasi goreng ataupun sebagai penambah rasa dalam sebarang masakan berkuah.



Suka Makanan Korea? Mahu Nikmati Selalu Di Rumah? Got Kimchi Adalah Salah Satu Pilihan Terbaik Yang Patut Dicuba!

Untuk rakyat Malaysia yang ingin merasai kimchi dan makanan Korea lain, kini Got Kimchi sudah dengan menyediakan bahan halal supaya orang Malaysia juga boleh merasai makanan dari bumi Korea ini. 



Memang benar ada banyak restoran menu Korea halal di Malaysia namun special untuk yang ingin masak dan makan sendiri di rumah, Got Kimchi adalah jawapannya. Siapa sangka kini di Malaysia pun dah senang nak dapatkan menu masakan Korea yang halal. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Miss Yuni melalui detail di bawah ini. 


MISS YUNI  | GOT KIMCHI KELANTAN & MALAYSIA
Whatsapp : 0139277172


24 comments for "Got Kimchi - Pembekal Menu Makanan Korea Halal Sedap Di Kelantan & Seluruh Malaysia"

  1. Eid mubarek😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. yo.. i like korean food especially kimchi.. it's great to hv such a supplier to supply korean foodie... yummy and delicious!

    ReplyDelete
  3. rasa nak cuba la.. macam menarik pula.. agak2 diorang boleh pos ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try .. bg saya not bad, sedap juga.. boleh pos.. contact je no kat atas tu

      Delete
  4. Sedapnya.nampak anak2 sis awa makan menyelerakan. Suka kimchi sebab pedas2 masam dia kan. Tapi suami tak suka pulak. So bila nampak produk Got Kimchi menarik hati kita pulak nak cuba.

    ReplyDelete
  5. Sis mmg suka kimchi, tapi tgok kimchi yg mcm mana..yg masam2 tu kureng sikit. Masa kat korea ada mcm2 kimchi tapi sis suka kimchi ikan bilis..serius sedap

    ReplyDelete
  6. wahh dah makin mudah nk dapatkan kimchi halal lagi tu..kalau ahli keluarga semua suka..haih senang sungguh tak perlu risau nak masak banyak jenis kan

    ReplyDelete
  7. Macam menarik je produk ni. Adik2 saya mmg gilakan Korea, tmbah2 rancangan makan Korea. Mesti diaorang akan suka produk ni.

    ReplyDelete
  8. Wah.. Mesti kimchi lover happy sangat ni bila dah masuk Malaysia kan.

    ReplyDelete
  9. Peminat makanan Korea akan menyukainya, akan tetapi Naim sendiri tak lalu. haha

    ReplyDelete
  10. Wah sedapnya mee kicap tu.. Kimchi tu my fav... Suka Sgt buat kimchi jigae

    ReplyDelete
  11. Kakak Syaza sangat suka makan kimchi! Kalau diorang masak maggi, memang add on kimchi sekali. Ala-ala cerita Korea gitu hihi. Wah adik baby pun suka makan means memang sedap tu. Tapi tu la dia masam sikit kan :D

    ReplyDelete
  12. Wah. Demam korea ni utk gadis2 je kot. Kami lelaki2 tak layan samgat 🤣. Cuma kalau makanan korea memang sedap. Lagi2 yang jenis pedas tu. Ramen feveret

    ReplyDelete
  13. BANYAK pilihan makanan korea ni....ohh nasib baiklah blm lagi ada penggemar kimchi ni...tp kalau mee segera korea tu yg pedas tu mmg ank2 buah suka..

    ReplyDelete
  14. Wahhhh... okay sekarang dah tahu mana nak beli. Sebelum ni teringin jugak nak buat makan korea dekat rumah tapi takut nak beli paste dekat hypermarket. Dah tahu tempat halal, bolehlah beli dari sini je.

    ReplyDelete
  15. Wahhhh syioklah org kelantan lepas nie. Mudah utk dapatkan stok makanan korea. Ramai org suka makanan2 korea kan skrg nie. Macam jadi satu fenomena. Nasib baik kt selangor nie mudah dapat

    ReplyDelete
  16. Selalu makan dekat kedai korea je..jarang beli banayk2 macam ni, sebb yang makan nad sorang je..lain mcm kureng..hehee..wah macam2 dia jual..boleh usha

    ReplyDelete
  17. yang penting bagi k mid ada status halal jadi k mid bole bedal...k mid paling gemar kimchilah...bole lah cuba nie nampaknya...hehehe

    ReplyDelete
  18. terliur yang banana uri tu. katenya sedap. kimchi tak ngam sangat sebab pedas. tapi okei lah ada perkhidmatan macam ni di kelantan sebab ramai dah sekarang yang hunting korean food.

    ReplyDelete
  19. Wah kat klantan pun ada pembekal makanan korea halal ke? menarik sangat ni untuk penggemar-penggemar makanan korea kat kelantan.

    ReplyDelete
  20. Wah pada siapa peminat makanan Korea confirm akan beli ni :) Nak cuba juga kimchi tu coz tak pernah pun nak rasa makanan Korea ni :) Owh ya, rancangan 3 meal a day tu memang selalu tengok juga :)

    ReplyDelete
  21. Ewahnya kat Kelantan pun dah ada supplier jual korean food yer. Best la mudah dari beli pos tu ambik masa kan. Suka juga kimchi tapi susah nak cari yang betul2 sedap.hehehe

    ReplyDelete
  22. Yes sekarang lia dah jatuh hati dengan korean food. suka juga makan kat luar restoran korea. tapi sometime teringin juga nak masak di rumah kan. Lagi boleh makan banyak dari restoran dengan family.

    ReplyDelete