Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Patut Ada Di Rumah Untuk Redakan Amukan Anak  | Sebagai ibu sudah tentunya sikap anak boleh menyebabkan daku jadi pening kepala. Lagi-lagi dengan sikap anak yang masih kecil. Kejap nak itu, kejap nak ini dan makin mencabar apabila dengan tiba-tiba merengek dan menangis tengah malam hingga boleh menganggu orang lain. 

Itu jugalah yang pernah berlaku kat diri aku ni. Sudahlah penat berkerja seharian kat rumah kemas itu kemas ini, uruskan semua anak yang ramai ni dan alih-alih malamnya ada adegan merengek dan menangis tak mahu lena. Aduh! Rasa macam naik bertukar jadi singa jadian! Iyalah badan dah penat dan kalau boleh nak segera baringkan tubuh dan lelapkan mata tetapi alih-alih perlu berjaga malam demi anak yang meragam. Namun mujurlah segalanya dapat di atasi berkat bantuan MINYAK TENANG ANAKANDA NING SALMAH. 




Antara Sebab Utama Mengapa Anak Boleh Menangis Dan Meragam 

Sebelum daku ceritakan lebih panjang lebar mengenai Minyak Tenang Anakanda dari Ning Salmah ini, suka untuk daku kongsikan terlebih dahulu antara sebab utama mengapa anak boleh menangis dan meragam.  Banyak punca sebenarnya mengapa anak boleh menangis dan meragam ni dan antara sebab-sebab utama tersebut adalah : 

- Tidak selesa kerana lampin sudah penuh dan basah
- Rimas dengan suhu cuaca yang panas dan berpeluh
- Lapar dan dahaga
- Ingin di belai kerana takut
- Sakit





Sebagai ibu, setiap kali anak meragam memang perlu dilakukan rutin pemeriksaan bermula dari proses check lampin, suhu badan, keinginan untuk makan atau minum sehinggalah pujuk dan belai. Jika salah satunya berhasil alhamdulillah, lega rasa! Tapi jika semuanya tak menunjukkan tanda okay maka sebab terakhir iaitu sakit adalah puncanya. 

Sebab 'sakit' inilah yang daku amat rungsing sekali.Almaklumlah, anak bukannya boleh beritahu dengan jelas dan lengkap tempat di mana dia sakit dan tahap sakit bagaimana yang dihadapi. Maka masa ini cara terbaik adalah dengan cara try and error. Sebab itu perlu ada macam-macam alat bantuan di rumah untuk anak seperti kotak kecemasan, ubat luka, ubat demam, cool fever dan tak lupa juga minyak angin untuk tenangkan anak. 




Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Patut Ada Dirumah Untuk Anak Kesayangan 

Untuk pengetahuan semua, Minyak Tenang Anakanda yang dikeluarkan oleh pihak Ning Salmah ini telahpun berada lama di pasaran. Minyak Tenang Anakanda (Calming Baby Oil) is specially formulated with selected herbs and flowers with the secret ingredient from 5 generations. 

Dalam erti kata lain, minyak ini dihasilkan dengan menggunakan herba terpilih secara turun temurun sehingga 5 generasi. Haa hebat kan? Bukan senang nak cari minyak yang telah berusia lama seperti sebuah warisan begini. 




Antara ciri-ciri utama Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah ini adalah :

1. Bersifat TIDAK PANAS dan sesuai untuk kegunaan ke atas kulit bayi dan kanak-kanak

2. Tidak berminyak, TIDAK MELEKIT dan mudah meresap ke dalam kulit 

3. Dihasilkan dengan menggunakan BAHAN SEMULAJADI yang terdiri daripada bahan-bahan herba tropika

4. Suci dan selamat serta TIADA UNSUR ALKOHOL di dalamnya

5. WANGI dan menyenangkan

6. Sesuai untuk kegunaan satu famili dan boleh juga dijadikan sebagai MINYAK URUT untuk ibu yang baru lepas bersalin

7. Tidak mudah tumpah dan mudah untuk di bawa ke mana saja terutama ketika travel dan balik kampung.





Terdapat 4 Jenis Herba Utama Dalam Minyak Tenang Anakanda 

Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah mengandungi pelbagai herba terpilih, belian 1 minyak terdapat dengan 4 campuran asli herba yang terpilih. Empat jenis herba tersebut adalah :

Minyak Kayu Putih – Eucalyptus Oil
Membantu menyembuhkan kahak dan selsema serta mempunyai ciri-ciri antiseptik yang boleh meredakan kegatalan akibat gigitan serangga seperti semut, nyamuk dan sebagainya.

Minyak Buah Pala – Nutmeg Oil
Melancarkan pencernaan serta dapat bantu kurangkan masalah angin dan kembung pada perut.


Minyak Cengkih – Clove Oil
Membantu 
melancarkan peredaran darah dan merawat masalah kulit akibat gatal dan sebagainya.

Peppermint Oil – Minyak Daun Pudina
Mempunyai bau yang lebut dan menenangkan. 
Bertindak sebagai penenang dengan ciri-ciri antibakterial. Sangat bagus untuk masalah angin dan kembung perut bayi.




Antara Keistimewaan Utama Minyak Tenang Anakanda Dari Ning Salmah

#1 - Boleh Membuang Angin Dengan Cepat 
Di awal kelahiran, bayi terdedah kpd simptom2 kembung perut yg menyebabkan bayi menangis tak henti2 akibatnya tidur bayi tidak nyenyak. Minyak tenang Ning Salmah dpt membuang angin serta merta agar bayi tidur dgn nyenyak 

#2 - Boleh Merawat Masalah Kulit Bayi 
Berkesan digunakan utk mengurut badan bayi bagi melembutkan kulit serta melancarkan peredaran darah dan merawat masalah kulit kering 

#3 - Boleh Bantu Elakkan Bayi Dari Sembelit 
Katakan tidak kepada sembelit bayi! Melancarkan masalah percernaan bayi & memudahkan bayi utk lawas pembuangan air besar 

#4 - Boleh Selesaikan Masalah Sesak Nafas Akibat Selsema Pada Bayi Dan Kanak-Kanak 
Memberi ketenangan kpd bayi serta merta dgn melancarkan masalah hidung tersumbat & hidung berair 

#5 - Boleh Bantu Cairkan Kahak Terutama Pada Baby 
Bayi ebrnafas bunyi kahak. terdedah kpd masalah phlegm atau kahak. Jika berlarutan, ia akan menyebabkan jangkitan paru2, minyak tenang dpt mencairkan kahak dengan pemakaian yg konsisten 

#6 - Boleh Gunakan Sebagai Penawar Untuk Penyakit Ain' 
Mengelak bayi mudah terkena kepada penyakit lazim yang mudah terjadi seperti sawan tangis & angin pasang.




Cara Untuk Menggunakan Minyak Tenang Anakanda Dengan Betul

Cara penggunaan untuk masalah kembung perut
  • Titiskan minyak dan gunakan ibu jari untuk urut bahagian pusat bayi dalam bentuk bulatan.
  • Urut bahagian ari-ari dengan lembut dengan menolak dari atas ke bawah.
  • Urut dengan lembut bahagian ulu hati bayi.
  • Akhir sekali, letakkan minyak dan urut lembut pada bahagian betis dan tapak kaki bayi.
  • Boleh diamalkan selepas mandi dan sebelum tidur.
  • Gunakan dalam kuantiti yg sedikit dahulu untuk membiasakan kulit bayi dengan amalan minyak herba.



Cara penggunaan untuk masalah batuk dan kahak
  • Sapukan minyak pada bahagian dada dalam bentuk bulatan.
  • Gunakan beberapa titis untuk diletakkan pada bahagian tengkuk bayi.
  • Akhir sekali, urut bahagian belakang bayi dan sapukan minyak dengan serata.

Cara penggunaan untuk masalah selsema
  • Titiskan minyak di telapak tangan dan dekatkan ke hidung bayi untuk dibau.
  • Ulang beberapa kali untuk menyenangkan pernafasan dan melegakan hidung tersumbat.


Ibu Ayah Sudah Tentu Happy Bila Anak Tak Meragam Lagi







Anak Sering Meragam? Dah Cuba Macam-Macam Tapi Tetap Tak Berjaya? Apakata Kali Ini Gunakan Minyak Tenang Anakanda Pula Pada Anak!

Minyak Tenang Anakanda dikeluarkan oleh pihak Ning Salmah demi untuk memberi keselesaan pada anak-anak. Maka tidak rugi untuk para ibu ayah membelinya untuk kegunaan seisi keluarga. Fungsi utama minyak ini untuk bantu mengatasi masalah kembung perut dan bayi meragam sepanjang malam ternyata sangat-sangat mebantu. 

Yang pasti minyak Tenang Anakanda telah dirumus khas dengan pati herba tradisional yang disediakan khusus untuk kegunaan bayi baru lahir sehinggalah kanak-kanak yang sudah besar. Bukan itu sahaja, orang dewasa dan ibu lepas besalin juga boleh guna. So tunggu apa lagi tu? Lekas grab 1 bagi kegunaan satu famili. 



Saiz : 50ml / 1.69Oz
Harga : RM 39.00

Untuk urusan pembelian dan pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi team Ning Salmah melalui detail yang tertera di bawah ini 



MINYAK TENANG ANAKANDA - NING SALMAH
Hotline : 012-699 2604 (HQ)