Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengat Durian Resepi Mudah Dan Sedap Dari Mak

Pengat Durian Resepi Mudah Dan Sedap | Ramai cakap pengat durian sedap! Pengat durian best makan bersama pulut! Pengat durian makan sepinggan tak cukup! Pengat? Macamana sebenarnya rupanya pengat ni? Daku yang berasal dari utara cuma biasa dengan menu pulut durian sibar (nasi pulut bersama santan) dan juga serawa durian je. 

Pengat durian belum pernah cuba lagi. Jadi terujalah juga hati ni masa mula-mula diperkenalkan dengan menu pengat durian ni. Tak sabar nak rasa sendiri pengat durian dan jika betul sedap boleh minta resepi.

Tiba harinya, bila lihat saja rupa menu pengat durian tersebut, laaaa pengat dan serawa adalah satu benda yang sama rupanya! Rupa-rupanya orang pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) lebih kepada panggilan pengat manakala untuk orang Utara sudah terbiasa dengan panggilan serawa. 

Bila daku Google ada juga yang memanggil menu pengat atau serawa ini sebagai bubur. Tak kisahlah samada pengat durian, serawa durian mahupun bubur durian yang penting resepinya lebih kurang sama saja.

resepi penat durian mudah dan sedap

Kalau inilah yang dimaksudkan memang daku dah boleh buat sendiri ikut resepi buat serawa durian mudah macam yang mak kasi. Tak susah pun sebenarnya cara untuk buat pengat atau serawa durian ni. Bahan yang diperlukan pun sikit sangat. Kat sini daku akan kongsikan resipi dari mak untuk masak pengat durian ini. Jika nak cuba silakan... 

Pengat atau Serawa Durian ni sebenarnya sedap dimakan bersama pulut. Dalam masa yang sama kuah durian ini juga sedap di makan bersama roti jala juga. Jika tak ada pulut atau roti jala makan saja bersama roti keping biasa. 

Jika tak tahan sangat makan begitu saja pun best! Serawa durian atau pun pengat durian ni sangat sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut dan menu minum petang. 


resepi penat durian mudah dan sedap

Bagaimana cara nak masak Pengat Durian ni? Cara nak buat pengat atau serawa durian ni semudah ABC tapi perlukan perhatian sikit. Jika tidak kuah durian akan jadi cair dan kurang berlemak. Jom lah tengok resepi di bawah. 


PENGAT DURIAN RESEPI - MUDAH DAN SEDAP 

Bahan Yang Diperlukan Untuk Masak Pengat Durian 

  • 1 biji durian
  • 1 kotak santan
  • 4 keping gula nise / kerek 
  • 1 helai daun pandan (jika ada)
  • 5 sudu makan gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
  • 4 sudu besar sagu - basuh dan rendam sekejap
  • secubit garam
  • sedikit air


resepi penat durian mudah dan sedap

Cara Untuk Masak Pengat Durian 

1. Masukkan sedikit air ke dalam periuk kemudian masukkan sagu  dan kacau agar tidak bergetel. Ada juga yang akan masukkan sagu last sekali tapi kadangkala cara tersebut sagu akan jadi kurang masak. Nak selamat masak sagu dulu untuk langkah pertama. 

2. Setelah sagu nampak jernih (itu tandanya dah masak), terus masukkan santan cair bersama daun pandan, gula nise dan gula pasir. Terus kacau dengan api perlahan sehingga semua gula larut dengan sempurna.

3. Sekarang masukkan isi durian beberapa ulas durian dengan biji ke dalam periuk. Jika nak masukkan semuanya sekali dengan biji pun boleh cuma nanti agak susah sikit nak kacau. Itu saja.

4. Masukkan sedikit lagi air sehingga dan masak hingga mendidih dengan api sederhana. 

5. Akhir sekali masukkan lebihan santan yang ada bersama sedikit garam secukup rasa. 

6. Perlahankan api, kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati dan jika mahukan tekstur yang lebih pekat teruskan di kacau untuk jangkamasa yang lebih lama. Jika mahukan tekstur yang lebih cair masukkan sedikit air mengikut kehendak yang disukai. 

resepi penat durian mudah dan sedap



Cara untuk masak pengat durian ni sebenarnya ada banyak versi. Ada yang tak suka letak sagu dan ada juga yang tak suka letak gula nise. Malah ada juga yang akan masukkan durian dulu untuk langkah awal dan ada pula yang akan letakkan durian last sekali semasa langkah terakhir. Tak kisah manapun, yang penting pastikan santan tidak pecah minyak dan pastikan juga gula larut sempurna serta sagu masak dengan baik. 




Selesai sudah perkongsian berkaitan resepi pengat durian atau serawa ini. Tak kisah kalian nak panggil dengan nama apa, yang pasti bubur kuah durian ini khas buat penggemar durian semua termasuk diri aku sendiri. Rugi tau siapa yang tak suka durian ni... sedappppp!!! Jom Makan !! 

5 comments for "Pengat Durian Resepi Mudah Dan Sedap Dari Mak"

  1. Mrs. A panggil serawa paling suka makan dengan pulut.

    ReplyDelete
  2. da lama tak makan durian..nampak sedap pula

    ReplyDelete
  3. Bila musim durian gini lah... liez pun sama klau beli byk utk buat serawa..

    ReplyDelete
  4. laaa baru tau sis awa orang utagha...ingatkan orang pantai timur...rupanya suami orang sana ya...hihihi

    ReplyDelete