Resepi Tomyam Tanpa Guna Pes Segera Yang Mudah Dan Sedap | Tomyam dengan rakyat Malaysia dah sangat sinonim. Cuma ramai surirumah kat Malaysia ni masak tomyam guna pes segera untuk lebih mudah dan menjadi. Nak masak tomyam memang tak susah sebab ada banyak perencah segera di pasaraya. Tapi daku ni seringkali juga jadi masalah apabila tiba-tiba rasa nak makan tomyam tapi stok perencah segera kat dapur dah pun habis!.... Alamak!

Disebabkan rasa malas nak keluar ke kedai hanya dek kerana pes segera ini maka daku buat keputusan untuk masak tanpa gunakan sebarang pes segera tersebut. Buat je lah sendiri habis cerita. Yang penting rupa dan rasa tomyam tu tetap ada. 




TomYam yg mudah dibuat tanpa perlu pakai perencah tomyam akhirnya berjaya juga. Sebenarnya memang ada banyak Tomyam tanpa perencah atau resepi tom yam tanpa pes ni kat Google Search. Hanya perlu cari saja. Jika terasa nak makan tomyam tapi kehabisan pes, boleh cuba resipi ni. Ringkas, mudah tapi sedap! Memang berbaloi cuba.Untuk kali ni daku masak tomyam sotong. 

Di bawah ni adalah resepi untuk masak tomyan tanpa guna pes segera. Resepi ni umum so kalau nak buat guna bahan lain pun okay. Yang penting rujuk pada resepi di bawah sebagai panduan. 


RESEPI TOMYAM HOMEMADE (Tanpa Pes Segera)

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 kg sotong (udang, ayam, daging dan makanan laut lain juga boleh)
  • *2 biji tomato masak
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 labu bawang besar
  • *2-3 hiris lengkuas
  • *3-5 biji cili padi
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (diperah airnya)
  • 2 keping asam keping
  • Sayur-sayuran (bunga kobis, carrot dll jika suka)
  • Lebih kurang seliter air,serta gula dan garam secukup rasa.
  • air secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bahan kisar yang bertanda (*) hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air ( ikut nak berapa banyak kuah) 
  3. Masukkan pula daun limau purut, serai, hirisan bawang besar, sayur-sayuran dan juga asam keping
  4. Bila mendidih masukkan sotong, gula dan juga garam secukup rasa.
  5. Setelah sotong hampir masak, masukkan perahan air limau nipis. 
  6. Masukkan semua sayuran. Biar seketika. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas
Selamat Mencuba.................... =D









Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.