Safi Shayla - Pakar Rambut Untuk Wanita Bertudung Yang Istimewa | Bila sebut nama SAFI mesti semua orang kenal kan? Daku juga adalah salah seorang pengguna setia produk jenama Safi. Antara yang sering ku gunakan adalah dari rangkaian Safi Shayla yang khusus untuk wanita berhijab. Daku paling suka syampu Safi Shayla untuk rambut gugur dan juga Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni gah di media massa tentang Safi Shayla Malaysia yang ingin memberikan sling pouch comel rupa We Bare Bears. Aduhhh.. betul-betul comel okay! Daku siap dah terbayang bila beri Kasih pakai. Dek kerana geram dengan kecomelan We Bare Bears akhirnya aku juga ikut terjebak sama. Gigih tau pergi cari kat pasaraya. Akhirnya mendapat juga.



Inilah rupa sling pouch comel We Bare Bears tu. Kan dah kata comel! Bukan hanya satu tapi ada 4 (empat) design kesemuanya. Yang pasti ianya adalah limited edition dan sah sementara stok masih ada. So pada siapa yang berjaya dapat memang bertuah badan! Takde jual kat mana-mana tau!



Beli Safi Shayla Nilai RM35, Dapat Satu Sling Pouch We Bare Bears

Untuk dapatkan sling pouch comel We Bare Bears ni, kita perlu membuat pembelian ke atas mana-mana produk Safi Shayla dengan nilai RM35 di dalam satu resit.  Disebabkan daku memang salah seorang pengguna setia produk Safi Shayla jadinya tak jadi masalahlah. Cuma untuk kumpul empat sling pouch comel We Bare Bears sekaligus, hmmm agak pening sikit. Tapi dalam masa yang sama risau juga kalau kehabisan stok.


So tanya pada encik suami and he say go ahead. Haaa dapat green light u.... Daku tahu nak pujuk encik suami soal free gift yang limited edition macam gini memang tak susah mana sebab dia memang merupakan pengumpul tegar produk limited edition begini. Kat rumah ni siap ada satu almari kaca yang besar untuk diletakkan semua koleksi yang dia sayang. Itu belum termasuk yang masih tersimpan rapi dalam kotak lagi.

Ada banyak pihak yang ikut serta dalam kempen beli Safi Shayla dapat sling pouch comel We Bare Bears ni, maka mudahlah sikit urusan untuk dapatkannya. Antara pihak yang turut mengambil bahagian adalah seperti yang tertera di dalam jadual di bawah ini.





Cara Menggunakan Produk Rambut Safi Shayla Dengan Betul

Dalam banyak -banyak produk Safi Shayla, daku sangat sukakan SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur. Shampoo ni best sebabnya ia mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. 

Step yang betul untuk menggunakannya adalah :
1 - Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur
2 - Shampoo
3 - Masker Penyegar Kepala Kelemumur




1. Mulakan Dengan Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur
minyak rambut ini difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut Anti-Kelemumur mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak.

Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur ini dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA. Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan 


2. Gunakan Syampu Anti-Kelemumur  Safi Shayla
shampoo Safi Shayla dihasilkan dengan menggunakan Micro Bamboo Charcoal + Habbatus Sauda - Micro ZPT Complex yang berkesan menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama. Mikro Bamboo Charcoal ( bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut ), Habbatus Sauda ( menghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut ), Mikro ZPT Complex ( Agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur )


3. Letak Juga Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Danduff & ITCH Control 
ia adalah masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur dnan gatal. Ia mengandungi Micro Bamboo Charcoal ( menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut ), Minyak Organik Habbatus Sauda ( kaya dengan nutrien yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala ) dan Menthol ( menyegar dan menyamankan )


Jangan Tunggu Lama-Lama, Segera Dapatkan Safi Shayla Dan We Bare Bears Di Pasaran 

Ingat, beli Safi Shayla sekarang akan berpeluang untuk dapat freegift beg We Bare Bears, koleksi terhad. Ada Grizzly , Panda , Ice Bear yang sangat super cute! Daku sendiri dah kasi Kasih pakai.. memang sangat comel pun. Alhamdulillah secara tak langsung dah dapat jadi pengguna bijak kerana bayar dalam kadar biasa tapi dapat lebih banyak pulangan. 



So, apa yang ditunggu lagi tu? Jom dapatkan SAFI Shayla sekarang dan miliki koleksi bag silang comel We Bare Bears sekarang! Beli produk penjagaan rambut boleh dapat beg bear, haaa best kan? Sayang Safi Shayla ketat-ketat!! 


SAFI MALAYSIA