Sokong Produk Muslim Dah Lama (Sebelum Hangat Dengan Isu Boikot Lagi)Daku sering pergi ke pasaraya terdekat untuk beli beras. Daku guna beras cap FAIZA, memang dari dulu guna beras ni. Pastu sambil dok beli barang, ada jugalah beberapa pelanggan lain yang turut ingin membeli beras juga. Tapi masing-masing asyik dok berfikir lama. 

Ni dah kenapa pula ni? Rupa-rupanya diaorang tengah dok berfikir nak beli beras yang mana. Dalam masa yang sama terdengar juga mereka sebut tentang topik 'boikot produk Cina DAP'. Ooooo.. patutlah!! Kempen boikot produk bukan Muslim atau sokong produk Muslim? Hmmm makin panas nampaknya isu Sokong Atau Boikot Barangan Cina Dap ni. Aduhhh...




Isu Dah Lama Tapi Makin Hari Makin Panas 

Kalau nak tahu, isu ni dah lama. Cuma baru-baru ni memang panas sangat-sangat! Daku ada juga ternampak tentang kempen 'boikot barangan Cina pro-DAP' yang kini sedang dijayakan oleh masyarakat Melayu dengan bertujuan menyedarkan Masyarakat Cina DAP.

Bagi aku untuk berkempan bagi ajak orang lain sokong produk Muslim tak salah cuma janganlah dengan cara yang kurang sopan. Lagi-lagi kalau dalam keluarga kita tu turut saudara yang berasal dari kaum lain dan ada pula dari kalangan rakan-rakan dari kaum Cina yang agak baik dengan kita. Terus timbul rasa serba salah tau.... 

Jujur cakap, sebagai seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan seorang umat Islam, daku memang dah lama pun guna produk keluaran Muslim... dan dalam masa yang sama tak dinafikan memang pening kepala jugalah bila hampir semua produk tulis nama 'melayu' tapi bila lihat label bukan syarikat Melayu sebagai si pengeluarnya. 

gambar sumber Google


Jangan Suka Suka Letak Nama Islamic Untuk Kelirukan Pengguna

Tak dinafikan juga yang daku sendiri ada terbeli produk keluaran syarikat yang aku sendiri tak tahu siapa pemiliknya. Yelah, produk kat pasaraya tu banyak okay. Lagi-lagi kalau masa tu kebetulan sedang berada dalam kengkangan bajet, hmmm lagi haru biru jadinya. Makin parah bila lihat pada nama ada unsur berbunyi Islamic. Aduh... tipah tertipu dah ni!

Terus terang daku sangat tak gemar bercakap isu yang boleh melencong ke arah politik. Tapi, walaupun aku ni tak berapa gemar isu yang ada bau politik, tak bermakna aku tak tahu langsung  tentang mana-mana produk keluaran muslim. Daku ni walau hanya seorang surirumah tapi tak adalah sampai tahap tak kenal langsung mana-mana produk keluaran Muslim (walau tak tahu semua). Lagi-lagi sejak ada banyak produk yang dengan sengaja di letak nama berbunyi Islamic ni.

Selaku seorang pengguna mestilah ada produk yang amat daku suka dan percaya untuk guna dari dulu sampai sekarang. Sebagai contoh untuk beras daku gunakan Beras FAIZA Emas

Ini bukan nak cerita kasi panas tentang isu Boikot Produk DPA kerana Sokong Produk Muslim 100% ye ( tolong jangan sesekali suka baca blog sekerat jalan...) tapi ini kerana nak kongsi rasa sedih kenapa mesti berlaku hingga ke tahap ni.

Dari Mana Sebenarnya Timbul Isu Boikot Ni?

Untuk isu boikot ini daku terfikir juga. Dari mana sebenarnya timbul isu boikot ni? Atau... ini semua hanya salah faham semata? Manalah tahu jangan-jangan isu sokong produk Islam yang didahului dengan Kempen Dahulukan Membeli Produk Muslim telah dimangsai oleh pihak lain dek kerana tersalah faham hingga ini menganggap adalah boikot? Hmmm manalah tahu kan? 

Bagi aku Kempen mengutamakan pembelian produk Islam dan boikot produk bukan bumiputera di negara ini hanya satu perkara yang tidak perlu kita tumpang kasi panas. Bak kata daku dari awal tadi, daku utamakan beli produk Islam ni dah lama dan tak bererti daku boikot terus produk yang dikeluarkan oleh company bukan Islam. Yang penting YA memang daku akan usaha utamakan produk keluaran muslim demi untuk bantu janakan lagi ekonomi umat Islam sepertiku. 

Sokong Produk Muslim Boleh Bantu Perbanyakkan Zakat 

Daku tak kata produk keluaran Cina itu bagus semua dan aku juga tak kata produk keluaran Muslim itu tidak bagus. Isu boikot dan sokong ni bagi aku, diri sendiri boleh fikir dan sebagai seorang muslim of course diutamakan produk keluaran umat Islam sebagai pilihan no1 demi untuk menjaga tahap Halal dan sebagainya. Lagi-lagi para pengusaha dari umat Islam ini telah di ajar untuk utamakan soal pembayaran zakat. 


Kempen Sokong Dan Beli Produk Muslim - Antara Senarai Produk Keluaran Bumiputera Islam Produk Muslim.

Kempen 'Beli Produk Muslim Dulu' untuk menyokong produk Muslim tak dinafikan akan membawa kesan kerana Malaysia beragama Islam berkongsi senarai barangan Muslim. Dan sedar tak sedar juga, sejak ada isu boikot dan sokong ni daku antara orang yang paling sakit kepala bila tiba masa keluar beli barang dapur. Memang daku perasan ada yang tengok semacammmm je masa daku tengah shopping barang. Lagi-lagi untuk orang yang pakai 'niqab' macam aku ni. Eh pegang yang itu orang jeling, pegang yang ini orang jeling. 

"Ya ampunnn... saya datang pasaraya ni untuk nak beli barang, bukannya nak berkempen isu boikot dan sokong. Ada juga yang nak kena marah on the spot kat dalam pasaraya ni kan!! Rasa macam tak nak beli je tapi barang kat rumah dah habis... alamak!"


Kenapa mesti jeling-jeling? Nak tahu sangat apakah barangan keperluan dapur yang di beli ni ke? Laa kalau nak tahu, boleh je Google... berlambak info ada... antaranya sebagaimana yang ada dalam gambar kat bawah ni. Barang mana pula yang perlu di boikot? Ops sorryyyy... untuk boikot daku tak masuk campur... kalau nak tahu juga kena usaha Google sendiri ye... 






Jika Sokong Jangan Hanya Tahu Bising Tapi Bertindaklah Dengan Terus Beli Dan Guna

Sebagai seorang Muslim dan pengguna, sudah semestinya daku ikut gembira dan berbangga dengan adanya produk-produk keluaran Muslim di pasaran tempatan. Ini amat memudahkan urusan untuk membeli barangan keperluan rumah seperti makanan dan sebagainya. 

Daku juga seronok bila lihat ada banyak produk keluaran anak bumiputera dalam bermacam kategori seperti barangan rumah, kosmetik, produk baby, tudung dan sebagainya. Untuk produk baby salah satu daripadanya adalah Imanni Skinz dan untuk tudung memang banyak sangatlah sebagai contoh Cuna Queen, Professor Tudung dan lain-lain lagi. 

Lagi daku suka kalau nampak iklan produk keluaran Muslim ni di sana sini termasuk dalam TV, syukur Alhamdulillah... moga bisnes mereka terus maju dan maju. Company dah besar, untung dah banyak, elok sangat lah tu sebab boleh tunaikan tanggungjawab bayar zakat tiap tahun. Antara nama usahawan Melayu yang maju adalah seperti pasaraya Mydin, D'Herbs dan juga Najib Assadok yang semakin gah sebagai seorang usahawan internet sepenuh masa.

Haa lagi satu yang daku perasan adalah Das Abdul Global (DAG®). Company DAS Abdul Global (DAG®) ni pengusahanya bumiputra Islam kelahiran Kelantan. Daku percaya ramai yang kenal dengan Das Abdul sebabnya sepanjang highway ada iklan bantal dari company ni. Balik kampung asyik nampak iklan peluk bantal ni je sepanjang jalan!! 

Najib Assadok dan DAS Abdul Global (DAG®). - sumber Google

Dengan adanya jenama orang melayu dan anak muda Kelantan begini harap dapatlah kutipan zakat yang makin banyak nanti.... Company keluaran produk Muslim lain pun sama.... Well, bisnes dah makin maju of course patut bayar zakat kan? Jangan buat-buat lupa sudahlah ye...

Abdul Global (DAG) - sumber Google

Hmmm.. dah makin panjang pula aku menyembang kat sini. Cukuplah dulu sampai kat sini. Makin lama menulis nanti jadi makin melalut pulak.

Paling penting, tolonglah,..... baik Melayu, Cina, India dan apa sekalipun... ini bumi bukan kita yang punya! Ini bumi Tuhan yang punya! Tiba masa kita semua akan mati! Tiba masa kita semua akan pergi tak akan kembali! So please.... respect each other... jangan sampai terlanggar batas sempadan terutama yang berkaitan dengan agama masing-masing. Bab yang boleh berkait dengan agama ni jangan cuba-cuba di buat main.

Kita cuba kembali macam dulu, lagi-lagi dengan tarikh untuk sambut Merdeka yang dah sangat hampir ni. Tak kira apa kaum, selagi semuanya nak duduk dalam satu negara yang kecil bernama Malaysia ni, please behave yourself... sedih tau, sedih....!! Rindu sangat nak hidup aman macam dulu... :(






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.