Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Terima Hadiah Special Dari Blogger Shikin Razali

Terima Hadiah Special Dari Blogger Shikin Razali | Beberapa hari lepas daku ada terima satu bungkusan parcel. Agak besar jugalah. Dalam hati dok terfikir, bungkusan dari siapa pulak ni? Bila lihat saja pada detail si pengirim, terus tersenyum lebar tahap tak boleh nak cover!

Rupa-rupanya, ini adalah hadiah special dari blogger SHIKIN RAZALI kerana telah berjaya menjadi salah seorang komentar di blog beliau. Dah memang rezeki agaknya, daku turut tersenarai dan alhamdulillah inilah habuannya. Bila bungkusan di buka, wah frame cat lawa! Macam tau-tau je daku ni seorang pengumpul frame. 


Pemberian hadiah cute sebagai salah seorang pengomen terbaik di blog Cik Shikin amat daku hargai. Hadiah Pengomen begini memang sangat special dan semoga Shikin akan terus dimurahkan rezeki untuk terus menjayakan misi pemberian hadiah untuk para pengomen di blog beliau. 

Iskh...dah lama gila tak dapat hadiah pengomen begini, itu yang rasa terkejut sangat! Special pula tu hadiahnya. Mana tak special sebab ayat yang tertera di frame tersebut benar-benar 'kena' dengan diri aku ni. Kalau tak percaya kalian baca dan amatilah sendiri. 


Alhamdulillah kini hadiah yang dapat ni telah siap digantung pada dinding bersama frame yang lain. Ohya, siap ada minyak wangi sekali. Wangi! Lembuttt je baunya dan sangat sesuai dengan daku punya karakter. Macam tau tau je... TQ TQ. 


Bagi yang belum mengenali siapakah sebenarnya Shikin Razali ini, kalian bolehlah terjah blog beliau. Boleh baca pelbagai cerita yang dikongsikannya di blog. DAN jika seandainya kalian sedang mencari servis URUT TERAPI BUANG ANGIN BAGI WANITA MUSLIMAH, bolehlah hubungi Cik Shikin untuk atur temujanji. 

Sayangnya daku tak berada di kawasan yang berdekatan dengan beliau kalau tidakkkk daku sendiri teringin nak gunakan khidmat beliau. Yelah, seronok tau berurut n. Tambah-tambah lepas dah punya anak ramai ni. Hehe. 


Ucapan Untuk Shikin;

Terima kasih banyak-banyak sebab selalu juga datang tanya khabar sis. Terima kasih juga sebab sudi whatsapp sis bila Shikin free. Walau sekarang Shikin makin busy dan agak susah nak komited dengan blog tapi sis tahu Shikin sangat sayang dengan dunia blogging hinggakan sanggup susah payah sediakan hadiah untuk para pengomen. Honestly, awak seorang blogger yang sangatttt baik hingga tahu menghargai jasa baik orang lain. Thumbs up!! 

Sis doakan Shikin terus sukses dalam apa jua bidang yang dilakukan dan semoga rezeki Shikin akan semakin murah mencurah selalu.. Jika sis ada tersilap kata terkasar bahasa dan tersalah laku selama kita kenal dari dulu sampai sekarang, sis minta ampun minta maaf ye... Salam sayang, salam manis dari Sis untuk awak..... =D



Nak hadiah sebagai pengomen terbaik? Terjah blog SHIKIN RAZALI dan rajin rajinlah tinggalkan komen di blog beliau selalu... 

P/S: Bila dapat hadiah begini rasa macam best juga buka segmen hadiah untuk top comment.. Hmmm.. nantilah, sis fikir-fikir dulu ye. Kalau ada rezeki lebih InshaAllah... apa salahnya.... =D

8 comments for "Terima Hadiah Special Dari Blogger Shikin Razali "

  1. tahniah. Dah jimat duit untuk beli 1 frame hahah.

    ReplyDelete
  2. kak shikin suke sgt bagi hadiah kt followers bertuah dye. suke sangat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..😊dah selamat sampai hadiahnya.. hihi frame tue memang saya cari khas untuk sis.. anyway thanks for your du'aa and wishes..

    ReplyDelete
  4. waa.... bestnya dpt hadiah dr kawan blogger.. eratkan silaturahim sesama kita..

    ReplyDelete