Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti (Tips Beli Luggage)

9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti (Tips Beli Luggage) YES! Seronoknya bila tiba masa nak pergi bercuti! Dah terbayang dalam fikiran betapa happynya masa tu nanti. Dapat hilangkan stress, dapat happy bersama family dan of course dapat nikmati pemandangan cantik yang memakau mata. Tak sabar rasanya nak rakamkan semua kenangan tu nanti untuk di simpan sebagai memori. 

Cuma satu je part yang daku rasa agak malas setiap kali ingin pergi bercuti ni! Rasanya ramai juga yang ikut malas untuk perkara ni. Apa bendanya tu? Well apa lagi kalau bukan part kena packing baju. Arghhh malasnya oiiii.... pening la nak fikir baju mana nak kena bawa, hari pertama nak pakai yang mana, hari ke dua pula yang mana dan hari last day pula nak kenakan baju yang mana. Lagi-lagi kalau melawat ke tempat sejuk, alamak berapa banyak baju yang nak kena bawa daaa..... 


DAN, jika di tanya apakah beg pakaian yang paling afdal untuk di bawa semasa bercuti? Jawapannya adalah bergantung pada jenis percutian itu sendiri. Bergantung juga pada lokasi tempat mahu pergi holiday. Bukannya boleh bawa jer... kan tak pasal-pasal daripada ingin memudahkan dah bertukar jadi makin menyusahkan. Mau taknya, bayangkan nak bercuti ke kawasan pergunungan alih-alih di bawanya bagasi beroda tu?! Haaa... junjunglah beg tu atas kepala ye.... kiki....


Tips Mencari Beg Yang Betul Untuk Bercuti 



Sedang mencari bagasi yang baru? Banyak faktor yang perlu diberi perhatian sebelum boleh membuat keputusan untuk membeli. Jangan hanya lihat pada rupa beg luggage yang cantik saja tau. Ini cara sebenar bagaimana untuk membuat pilihan beg untuk bercuti yang betul.

1. Saiz 
Perkara paling penting adalah untuk sesuaikan saiz bagasi dengan kapasiti barang. Jika bercuti sekejap saja dan hanya bersama pasangan untuk berbulan madu mungkin, maka pilih saja bagasi bersaiz sederhana. Tak perlulah bawa bagasi yang terlalu besar hingga sebiji seorang takut nanti bagasi itu sendiri yang akan menyusahkan sepanjang bercuti. 

Melainkan jika anda ingin ke sana untuk bershopping juga, itu bolehlah di bawa bagasi yang lebih besar untuk di isi dengan barangan yang akan di beli. Mungkin boleh bawa satu bagasi sederhana untuk isi baju bersama dan bawa sebiji lagi bagasi kosong untuk mengisi barangan yang akan dibelanja nanti. 



2. Berat
Nak pergi bercuti saja tapi macam nak bawa semua barangan dalam rumah. Betul kan? Ini kerana kita takut jika apa-apa berlaku dan risau jika tak cukup persediaan. Sebenarnya cara tu salah. Tips terbaik untuk bercuti ini adalah dengan packing barang yang amat diperlukan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Kemudian bawa pakaian yang rasa ngam saja. Jangan bimbang kedai dobi kan banyak so nanti boleh je basuh kan? Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan ruang bagasi. 

Barulah anda dapat packing beg dangan baik dan tak adalah nanti masalah overweight charge yang kadangkala sangat mahal untuk di bayar. Semasa beli bag ambil tahu beratnya. Selalunya memang ada di tulis pada tag beg tersebut. Beg yang ingin di bawa secara hand carry pula, pastikan berat beg itu di bawah 5kg. 

3. Hand Carry Bags 
Hand carry bags memang ramai yang akan bawa dan untuk menaiki penerbangan, tidak semua syarikat penerbangan itu mempunyai spesifikasi kompartment yang sama. Sebagai contoh penerbangan Air Asia, saiz yang dibenarkan adalah dalam lingkungan 56cm X 36cm X 23cm dan dibawah berat 7kg. 

Cara terbaik untuk elakkan masalah ini, ada baiknya pilih beg dengan berat yang paling ringan. Ini memudahkan diri sendiri untuk dapat kelepasan supaya beg tersebut boleh di bawa bersama sehingga ke tempat duduk. Pilih juga size yang agak kecil sehingga pihak syarikat penerbangan sendiri boleh pejam mata.  




4. Material
Pastikan pilih bahan bagasi dari jenis yang tahan lasak dan tidak mudah rosak. Antara jenis yang popular ialah jenis bahan ‘hardcase’ dan bahan ‘softcase’. Bagasi dari jenis bahan yang agak keras ini dapat memberi perlindungan kepada isi dalamnya. Tetapi pastikan juga bahan yang agak keras ini tidak akan mudah pecah atau retak terutama semasa proses pemunggahan barang di lapangan terbang. Manalah tahu kalau-kalau terhempas atau terjatuh. 

Jika tidak mahu permukaan yang keras boleh pilih bagasi dari bahan polycarbonate yang cukup ringan dan tidak mudah retak. Untuk jenis bagasi ‘softcase’, pilih yang mempunyai bahan ballistic nylon yang boleh membantu beg itu dari mudah kemek. Pemilihan bahan yang tidak mudah rosak adalah faktor utama.

5. Ketahanan 
Nak beli apa-apa mana boleh tengok gitu saja dan terus beli. Membeli bagasi perlu di beri ketelitian yang lebih, Iyalah bagasi nak nak digunakan untuk isi barang-barang hak milik sendiri maka jika beg tersebut tidak tahan dan mudah rosak, hmmm kan dah jadi masalah tu. Maka adalah lebih bijak jika periksa beg bagasi tersebut betul-betul terutama pada bahagian roda, zip, jahitan, tali sandang dan sebagainya.


6. Fungsi

Sebelum di beli pastikan juga beg bagasi itu dapat berfungsi dengan sempurna. Selalunya pada bahagian pemegang dan tayar. Sebolehnya, pemegang dan roda bagasi sesuai dengan keadaan perjalanan. Untuk pemegang bagasi, kalian boleh memilih yang mempunyai dua bar daripada satu bar.
Untuk roda bagasi pula, terdapat dua jenis iaitu dua roda (upright) dan empat roda (spinner). Bagasi jenis ‘upright’ lebih mudah ditarik di permukaan tidak rata dan dikendalikan di tempat keramaian. Sementara bagasi jenis spinner akan memudahkan pengguna bergerak tanpa terpengaruh berat beban di bagasi dan tepat digunakan di permukaan jalan yang halus.

7. Ciri Keselamatan
Beg bagasi sekarang dah makin bagus kerana turut meletakkan ciri keselamatan maka perhatikan keselamatan bagasi yang akan di beli. Contohnya di pasaran sekarang telah ada bagasi yang mempunyai kunci atau kod nombor untuk menjamin keselamatan barangan milik pengguna. Bagasi dengan standard keselamatan antarabangsa mudah ditemui di pasaran iaitu bagasi yang dilengkapi kunci standard Travel Sentry Approved (TSA).
Walaubagaimanapun, jangan kita lupa yang petugas di lapangan terbang berhak memeriksa setiap bagasi yang dibawa penumpang. Maka dengan kunci standard TSA ini ia akan memudahkan petugas bagasi di lapangan terbang membuat pemeriksaan. Dengan cara begini barulah bagasi tersebut mudah di uruskan tanpa perlu merosakkan atau membuka kunci bagasi tersebut secara paksa.

8. Warna Dan Corak 
Selain daripada tips di atas, cara terbaik untuk beli bagasi ini adalah dengan memilih warna dan corak yang lain daripada orang lain. Paling okay elakkan warna gelap seperti hitam dan biru yang sering digunakan oleh ramai orang. 


Pastikan  juga mengenali dengan baik bentuk dan warna bagasi tersbebut. Ini kerana, kebanyakan produk bagasi mempunyai bentuk dan warna yang sama. Maka kita dengan mudah boleh mengalami masalah tertukar beg b tertukar bagasi semasa berada di lapangan terbang. Jika memang tetap mahu hitam maka bolehlah di ikat dengan reben supaya boleh nampak dari jauh. 

9. Berjenama Yang Ada Warranty
Jenama mahal pastilah ada banyak ciri-ciri yang di cari. Tetapi pastikan ianya mempunyai warrranty. Takut juga nanti lepas dah beli mahal-mahal tetiba ada masalah waarranty pula tak ada, ah rugi rugi!


Panduan Percutian di Malaysia Bersama BAGASI.my

Tip beli beg untuk bercuti dah tahu. Jadi bila dah pilih bagasi tu jangan lupa untuk pilihan destinasi percutian yang ohsem juga. Jika kalian masih lagi kabur tentang tempat bercuti best yang patut dikunjungi.



Kalian boleh layari website BAGASI.MY untuk dapatkan informasi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Haaa ingat bagasi ni fokus untuk beg bercuti je ke? Nama Bagasi ini juga sebenarnya boleh dikaitkan dengan Bagasi.my yang sangat best!

Melalui Bagasi.my kita semua akan di beri panduan bagaimana untuk rancang perjalanan percutian, penginapan tawaran terbaik dan jadual minggu keemasan yang sangat bagus untuk menyiapkan diri sebelum bercuti.



Bagasi.my yang memang tahu betapa pentingnya untuk kita tahu ke mana nak pergi dan apa yang kita nak lakukan semasa bercuti. Jadi, adalah lebih baik untuk kita luangkan masa bagi membaca semua info dan selidik serba sedikit supaya nanti semuanya berjalan dengan lancar. Berkat adanya Bagasi.my ternyata semuanya menjadi sangat mudah tanpa perlu susah payah macam dulu lagi. 


4 comments for "9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti (Tips Beli Luggage)"

  1. Nice sharing. Berguna ni nanti untuk nak pergi travel :)

    ReplyDelete
  2. membeli beg travel bukan blh sembarangan, banyak jgk aspek kene tengok kan

    ReplyDelete
  3. nice sharing, memang tak tahu sgt...

    ReplyDelete