Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Terkedu Saat Blog Capai Bilangan 1,100 Pembaca Dalam 1 Masa

Blog Surirumah Capai Bilangan 1,100 Pembaca Dalam 1 Masa? Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.  Terkedu! Gembira! Bersyukur! Sememangnya daku tak mampu nak luahkan dengan ayat yang lebih baik kerana saat itu sememangnya aku sangat-sangat terkejut yang amat sangat! Terus terang daku tak pernah menyangka blog surirumah seperti aku yang tidak ada apa ini boleh mencapai bilangan pembaca sebanyak 1,100+ secara sekaligus dalam satu masa. 

Disebabkan peristiwa ini berlaku 29 Ogos 2019 yakni hanya beberapa hari saja sebelum Merdeka maka aku anggap ini adalah salah satu hadiah paling manis untuk ku kenang sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke 62 ini. 



Apa Sebenarnya Yang Berlaku? 

Pada hari tersebut aku buka blog seperti biasa, pada mulanya aku tak jangka waktu itu blog sedang di serbu oleh ramai pembaca sama sekali. Ini kerana aku dah terbiasa melihat jumlah 'user online' pada sebelah kanan sidebar ini mencapai ratusan orang dalam satu masa. Jadi aku anggap trafik sama seperti biasa biasa saja. Daku pun fokus menulis dan update apa yang perlu pada dada blog.

Saat daku refresh, dan lihat iklan Adsense yang sedang menari di homepages, haaaa masa tu baru daku perasa 'user online' semakin meningkat. Bukan meningkat secara sedikit sedikit tapi terus bertambah dalam angka ratusan hingga hampir mencapai ke jumlah 2,000 pembaca dalam satu masa. Masa ni daku terus datang rasa pelik! 




Perkara pertama yang muncul di dalam kepala aku saat itu adalah 'VIRAL'! Dan daku mula dok fikir kes apa pula yang Viral ni? Disebabkan daku tidak gah menulis topik artis, isu semasa dan sebaganya maka persoalan tu membuatkan aku bertambah pelik. Kenapa blog aku boleh viral waktu itu sedangkan artikel yang tulis biasa-biasa saja. Itulah persoalan yang timbul.


Jejak Pembaca Guna Bantuan Google Analytics

Disebabkan rasa ingin tahu yang makin membuak-buak, daku terus buka lamanweb Google Analytics. Inilah untungnya jika disambungkan Google Analytics ke blog. Dengan senang segala info dapat diketahui. Bila daku buka saja website Google Analytics untuk blog ini, dushhhhhhh... terus rasa macam kena tumbuk hingga pitam! Ternganga mulut ni saat melihat pembaca mencecah 1,000 orang pembaca dalam satu masa.

Artikel yang berjaya mendapat tempat di hati pembaca pula bukanlah artikel viral tentang artis, kejadian semasa yang pelik atau sebagainya. Sebaliknya trafik sebanyak ini datang dek kerana artikel yang berkaitan dengan info. Bila di jumlahkan semua pembaca untuk artikel-artikel yang pelbagai inilah maka jumlah tersebut dapat dikumpulkan semuanya pada waktu tersebut, 



Ya Allah, manis sangat kenangan tu! Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa happynya saat tu. Rasa macam happy masa baru terima baby pun ada. Speechless!! 

Kedatangan Ramai Pembaca Merupakan Hadiah Terindah Atas Segala Susah Payah

Alhamdulillah, dengan berlakunya kejadian ni daku rasa makin semangat untuk menulis. Terima kasih pada semua para pembaca. Walau usia blog ini baru 2 tahun 8 bulan namun hakikatnya dah banyak suka duka dan susah payah yang perlu di tempuh untuk capai semua ni. 

Antaranya daku pernah hilang idea untuk menulis. Daku juga pernah melalui saat PV (pageviews) blog yang hanya ratus ratus sehari. Daku juga pernah rasa happy bila trafik blog mencapai 1,000 pembaca untuk pertama kali sehingga statik. Malah daku juga pernah rasa frust apabila trafik yang beribu-ribu boleh jatuh mendadak dek kerana tersilap tukar template. Itu semua kenangan dan pengalaman yang daku akan simpan sebagai pengajaran. 

Jangan Segan Untuk Tanam Impian !! 

Kini daku dah makin percaya yang usia blog bukanlah satu penghalang. Biar blog baru berusia setahun, dua tahun mahupun tiga tahun sekalipun.... itu semua bukan pengukur untuk sesebuah kejayaan. Yang penting tanam impian untuk majukan blog masing-masing. Jika sekarang pageviews baru ratus-ratus, tanam impian untuk usaha sehingga PV blog naik ribuan sehari. Selepas tu target sehingga boleh cecah 3,000+ sehari dan 5,000+ sehari. Akhirnya InshaAllah dengan hasil yang konsisten pasti ada peluang untuk cecah 10,000+ trafik dalam sehari. 

Daku juga mula dari zero! Dari tak ada apa! Lagi-lagi surirumah saja, bukannya siapa-siapa yang hebat. Masa mula berblogging ini dulu pun, masa tu terdetik nak buat blog kerana nak penuhi masa dengan hobi menulis. Sambil tu nak abadikan kenangan anak-anak kat sini. Dari tiada langsung trafik mula berani buat impian dengan target minimum 700 hingga 1000 PV sehari dan akhirnya ini yang dapat diperolehi. Alhamdulillah trafik bulanan sekarang telah mencecah hingga ratusan ribu setiap bulan. 



Tips-tips cara nak naikkan trafik blog juga perlu di baca satu persatu. Ikhtiar kata orang! Paling penting tulis yang bermanfaat supaya dapat beeri info di fikiran si pembaca, bukannya sekadar beri bahan bacaan yang hanya membuang masa.

Jom kita sama-sama usaha!!! Tak ada masa boleh buat secara partime, yang penting kita terus menulis untuk kepuasan diri masing-masing.... betul tak?

26 comments for "Terkedu Saat Blog Capai Bilangan 1,100 Pembaca Dalam 1 Masa"

  1. Hebatnya kak awa...Your work hard, paid. Congratulations!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... terima kasih Maii.. lama x nmpk maii.. rinduuu =D

      Delete
  2. Betul tu, kena tanam impian dan usaha... All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. bila ada impian dan usaha barulah kita akan lebih fokus... all the best to u too mrs.pip.. tq selalu singgah sini

      Delete
  3. Woww.. Alhamdulillah.. tahniah sis.. teruskan menulis info2 yg bermanfaat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. terima kasih atas sokongan atie!!

      Delete
  4. Fuhhhh3~ Tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ye kak.....

    ReplyDelete
  5. tahniah, akak selalu jugak apply info yang Awa share kat blog ni. thanks a lot.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Tahniah! I dh follow ur advise and still learning process... Thanks...

    ReplyDelete
  7. allahuakbar! hebat sis awa. Alhamdulillah.. ini baru betul PV mencanak bukan sebab isu viral dan artis. Memang betul hebat.Tahniah

    ReplyDelete
  8. Hebat betul lah akak ni.👍

    ReplyDelete
  9. Mantap... semoga terus berjaya sis.

    ReplyDelete