Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tutorial Lengkap Cara Buang / Padam Broken Links Pada Blog

Tutorial Lengkap Cara Buang / Padam Broken Links Pada Blog | Nak jadi blogger ni bukan setakat taip dan publish saja tetapi perlu juga lihat keadaan semasa blog. Salah satu daripadanya masalah broken link. Broken links ni memang agak penat sikit sebab perlu di buang dari blog.

Bagi yang belum faham apakah broken links ini sebenarnya. Ia adalah 'link' yang telah rosak pada mana-mana bahagian dalam blog terutama pada bahagian entry. Sesuai dengan namanya broken link, ia boleh dianggap sebagai 'link url' yang rosak kerana sudah tidak boleh di akses lagi.



Contoh paling mudah, broken link ini boleh dianggap sebagai 'jalan mati' yang dah tak boleh untuk digunakan lagi. Broken link boleh terdiri dari banyak sumber seperti link facebook, link website, link contest, link profile blogger dan sebagainya. 

Lebih mudah faham.. katakan kalian letakkan link blog ini ke dalam entry kalian sebagai backlink. Suatu hari aku tukar domain dari Sis Hawa Dot Com kepada domain yang lain. Maka backlink yang pertama tadi akan bertukar menjadi broken link kerana ianya sudah tidak wujud.  Jika link tersebut diklik, maka page yang dimaksudkan dah tak wujud. 

Boleh dikatakan hampir semua blog mempunyai broken links, lagi-lagi untuk blog yang dah lama aktif. Cuma atas diri blogger itu sendiri sama ada rajin 'membersihkan' semua broken link diblognya ataupun tidak. 

Cara padam broken link di blog tak adalah susah mana cuma bila dah melibatkan banyak broken link, haaa itu yang dah jadi malas tu!




Cara Untuk Buang / Padam Broken Link Pada Blog (Untuk Link Website)

Di sini aku kongsikan cara menghapus broken link pada blogspot. Cara buang broken link ni aku kongsikan secara step by step dan bolehlah follow mengikut gambar dengan mudah. 

1. Pergi ke website https://www.brokenlinkcheck.com/ , masukkan link blog dan klik pada bahagian 'Find broken links' seperti gambar di bawah ini. 



 2. Masukkan 'Security Code' dengan mengulangi code yang diberikan dan klik pada bahagian 'Find broken links now!'


3. Setelah itu broken link akan terus dicari dan akan dipaparkan satu persatu berserta dengan lokasinya sekali. 

Untuk aku sendiri, aku lebih suka buat sedikit demi sedikit, jadi apabila dah dapat beberapa link aku akan terus tekan STOP. Setelah itu aku fokus untuk buang link itu dahulu sedikit demi sedikit sehingga habis semuanya. 


4. Broken link terdiri daripada banyak perkara dan untuk blog aku sendiri komen rakan-rakan blogger adalah paling banyak sekali diikuti dengan link-link website yang pernah aku berkerjasama sebelum ini.



5. Pertama sekali untuk website. Apa yang perlu dibuat hanyalah klik pada bahagian URL / SRC dan cari apakah punca masalah tersebut. 


  • klik pada URL = akan di bawa ke entry yang berkenaan
  • klik pada SRC = akan di tunjukkan bahagian mana di dalam entry tersebut




6. Setelah tahu entry yang mana satu so teruslah buka entry tu dari akaun blogspot masing-masing. Buka dan baiki semula pada bahagian yang mempunyai broken link tersebut sebagaimana yang diarahkan.



7. Macam aku sendiri ia berlaku error pada bahgaian link facebook yang aku kongsikan di dalam entry. So cara untuk betulkan buang sahaja link tu secara terus ataupun gantikan dengan link yang baru. 






Cara Untuk Buang / Padam Broken Link Pada Blog (Untuk Komen Profile )


1. Begitu juga dengan brokens link yang melibatkan profile blogger. Link yang di beri itu adalah ID profile. Pertama sekali klik pada bahagian URL



2. Kemudian klik pada komen yang ada pada entry yang dimaksudkan dan cari profile yang mana berdasarkan no ID yang telah diberi tadi dengan klik left ke atas nama blogger yang ada tinggalkan komen di situ. 



3.Check semula sama ada nombor ID profile itu sama dengan yang diberikan oleh checker tadi. Sebagai contoh.....


ID profile di cari = 00001757565569530605
ID profile blogger ini = 07540570331136581255
[ BUKAN.... TERUSKAN PENCARIAN ]


Bila dah jumpa, delete komen tersebut dari blog. 



Mengapa Masalah Pada Komen Ini Berlaku? 

Berdasarkan pemerhatian (harap-harap betullah) , ia bukan disebabkan oleh si blogger ini tidak aktif berblog, tapi besar kemungkinan disebabkan oleh profile yang tidak dikemaskini dengan info yang sepatutnya. 

Ada juga di kalangan blogger yang sama sekali tidak buat profile dengan betul mengikut blog masing-masing dan bila di klik Google memberi info 'Profile Not Available' meskipun si blogger tersebut sebenarnya aktif berblog. Mungkin kerana tak perasan sebab dulu kan guna profile Google+.

bezakan antara profile yang dikemaskini dengan tidak dikemaskini 

Contoh di bawa adalah profile untuk salah seorang sahabat blogger yang amat aku kenal, mungkin dia tak perasan tentang profile blogger ni. Nampaknya nak kena gi beritahu dia cepat-cepat lepas ni. Pada kengkawan blogger yang lain pun, please gi check profile masing-masing okay? =D


KENAPA PERLU DI BUANG / PADAM BROKEN LINK PADA BLOG? 

Broken links yang dah rosak ini tak dinafikan boleh ganggu tahap SEO pada blog kerana bila dah banyak kat dalam blog, pembaca klik link itu error, link ii error... maka lama-kelamaan ia boleh dianggap sebagai spam oleh Google Search. 

Paling ramai dapat broken link adalah apabila terlalu suka share video dari youtube ke blog. Yelah video youtube ni kan selalunya melibatkan isu copyright, jadi bila video itu dah tak boleh di akses (ditonton) maka suka ataupun tidak broken links akan tetap berada di dalam blog. 


Tak dinafikan, penat check dan buang broken link ni... hari ni buang esok mungkin boleh muncul broken link yang baru tetapi nak tak nak suka ataupun tidak kita kena usahakan juga. Link di dalam blog yang dah tak berfungsi eloklah di padam ataupun di tukar ke link yang baru saja. 

Seperti yang diterangkan tadi, broken link boleh menurunkan kualiti SEO untuk sesebuah blog dan ia juga boleh mengganggu prestasi blog kita di mata Google Search, jadi ada masa buanglah. Tak perlu obses buang semuanya serentak dalam satu masa, pening kepala hingga stress pula jadinya nanti! Buanglah sedikit demi sedikit bila ada masa yang terluang.

16 comments for "Tutorial Lengkap Cara Buang / Padam Broken Links Pada Blog"

  1. Entry yg menarik. Patut Rabia ada jumpa blog yg ye tulis dkt situ profile not available

    ReplyDelete
  2. kena simpan entri ni n buat pd lain kali bila cuti sek. thanks hawa...

    ReplyDelete
  3. Sis Awa... dekat bahagian komen blog Rose, tak ada tulis delete.. ada reply je.. macam mana ek.. aduhh duh.. huhu

    ReplyDelete
  4. Tq sis. Sangat berguna ilmu ni untuk newbie macam saya.

    ReplyDelete
  5. Kan, slow2 buang jgn stress nak menghadap broken link ni ... tiap2 hari bgasa dlm 20 minit delete broken link, lama2 sure habis juga.

    ReplyDelete
  6. Dah check banyak sangat nak kena buang huhu

    ReplyDelete
  7. tq share ilmu.. berguna sgt ni.. =)

    ReplyDelete
  8. Kinah punya dari 400 lebih dah tinggal 300 lebih. Penat juga buang. Sekarang ni yang tengah blur macam mana nak buang bahagian komen sebab kinah punya takde delete, ada reply je😅

    ReplyDelete
  9. Aduhhh kne banyak buat pembersihan ni. Beberapa hari ni kecoh psl broken links.. Pertama kali tau psl ni. Tq sharing

    ReplyDelete
  10. betul tu..rileks2 sudah..jangan le pulun nak delete semua dalam satu hari..lepas tu nak stress sendiri..hihi

    ReplyDelete
  11. Saya tengah godek nak buang broken link, nampak sis awa punya first google. Memang membantu betul, detail info ni..thanks ye

    ReplyDelete
  12. yeay sangat berguna. terima kasih sharing ^_^

    ReplyDelete
  13. wah berguna ni.. thanks for the sharing!

    ReplyDelete