Drama TV3 Insan Terpilih berdasarkan kisah benar ‘Si Husein Gila’ | Menitik airmata ini setelah menonton telefilem Insan Terpilih lakonan Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, dan Zara Zya yang telah ditayangkan pada umum di hari Sabtu, 7 September pukul 9:30 malam menerusi saluran TV3.

Apa yang lebih menyayat hati, ia berdasarkan sebuah kisah benar yang telah berlaku suatu ketika dulu. Kisah ini di gelar sebagaai Husein gila disebabkan oleh keadaan seorang pemuda yang pada zahirnya kita lihat dia tak seperti insan normal biasa yang lain. Siapa Husein ni sebenarnya? Inilah serba sedikit cerita mengenai diri beliau.... seorang insan terpilih yang sebenar!




Kisah Sebenar Si Husein Gila Mengikut Cerita Salah Seorang Jemaah 

PERKONGSIAN ini diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia digelar ‘Husein Gila’ sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH bagi aku. Jadi jemaah tak boleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus giginya.

Bila ditanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah dan imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Ditempiknya jemaah tu. ‘Kan ALLAH kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la!' Subhanallah.

Bayangkanlah apabila seorang yang di gelar 'sebagai gila' menjawab begitu. Bayangkan juga beliau 'yang hanya seorang gila' boleh menjaga keadaan rumah Allah SWT dengan tahap sebegitu. Kita yang tidak gila ini? 

Pernah tak kita cuci bilik air di rumah Allah SWT? Pernah tak kita sapu sampah yang ada di rumah Allah SWT? Rasanya kita lebih suka mengeluh apabila melihat bilik air di masjid atau surau dalam keadaan kotor. Tanya pada diri sendiri dan dengan mudah boleh tahu tahap keadaan hati kita jika hendak dibandingkan dengan Husein. 
Siapa Husein ini sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut sekali Husein bebel-bebel. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni, aku jelah azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘pandai kau azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila tapi hakikatnya dia bijak. Kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan ‘Husein Gila’.



Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya . Semoga menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini . ALLAH SWT pandang nawaitu kita , hati kita , ketulusan dan keikhlasan serta keimanan , ketaqwaan , keislaman , ketaatan dan kesetiaan kita , bukan pada rupa , warna kulit , status , harta , pangkat , darjat , kepuraan zahir batin . Muhasabah diri sendiri dan untuk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yaang nyata kepada ALLAH SWT YANG HAQ . 
[ Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampung Klang Selangor , Via Eddy Offside ]

Baca Juga : Sinopsis Penuh Jalan Cerita Hilang Yang Kembali (TV3)

Terima Kasih TV3 Kerana Bawa Cerita Begini

Bagi yang tidak berkesempatan untuk tonton secara terus di TV3, kalian boleh tonton semula pada bila-bila masa melalui saluran Youtube rasmi milik TV3. Di sini daku turut sediakan sekali videonya. Klik saja terus tonton. Moga-moga dari hari ke hari akan semakin banyak kisah pengajaran dan tauladan begini yang boleh dibawakan sebagai tontonan, lagi-lagi jika ia benar berlaku di dalam masyarakat kita. 
Tahniah juga pada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan drama yang bagus begini. Lakonan mantap  Syazwan Zulkifly dan Jay Iswazir benar-benar tidak mengecewakan. Benar-benar menitik airmata dengan kisah sebegini. Benar-benar juga memberi bekas pada hati!

Drama begini juga sangat elok untuk di jadikan tonton sekeluarga terutama bersama anak-anak. Semoga ianya terus menjadi ikhtibar buat kita semua dalam bermuhasabah diri.Subhanallah..... 


Bacaan Seterusnya : Inilah Gambaran Terperinci Kehidupan Di Syurga Menurut AlQuran dan Hadis







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.