Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Sebenar Disebalik Warna Baju Banduan Bagi Penjara Malaysia

Maksud Sebenar Disebalik Warna Baju Banduan Bagi Penjara Malaysia Tak dinafikan penjara adalah antara tempat paling 'teruk' di Malaysia ni. Yelah siapa yang nak duduk kat dalam penjara. Kena kurung, kena lokap hingga tak boleh lihat dunia luar. Menu makanan di penjara Malaysia ni pun entah macamanalah agaknya. Wallahualam. 

Dalam artikel ini aku tak nak bercerita tentang makanan di dalam penjara Malaysia yang aku sendiri tak tahu bagaimana rupanya. 

Apa yang nak di sentuh kat sini hanyalah berkaitan dengan baju penjara mengikut warna yang sering kita lihat, terutama warna baju lokap polis yang dipakai macam selalu kelihatan di dalam berita TV dan drama tu..


sekadar gambar hiasan dr Google


Berkat bantuan daripada encik Google, rupa-rupanya kategori banduan ni ada banyak dan ia dikategorikan mengikut warna baju. Ia adalah 'Warna Baju Rasmi Banduan' dan 'Peringkat Baju Penghuni Penjara'. 

Kedua-duanya bermaksud, peringkat dan warna baju untuk banduan mengikut kategori hukuman masing-masing (betulkan jika aku silap). 

Antara warna baju-baju untuk banduan tersebut adalah : 

#1 - Maksud untuk baju banduan berwarna : UNGU

Baju ungu adalah untuk tahanan reman. Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. 

Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.


#2 - Maksud untuk baju banduan berwarna : PUTIH

Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada penghuni yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. 

Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.


#3 - Maksud untuk baju banduan berwarna : MERAH

Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. 

Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum  ke Fasa yang seterusnya.


sekadar gambar hiasan dr Google


#4 - Maksud untuk baju banduan berwarna : HIJAU

'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. 

Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.


#5 - Maksud untuk baju banduan berwarna : HIJAU TERANG (FLORESCENT )

Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. 

Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara. 

Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.  


#6 - Maksud untuk baju banduan berwarna : PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH

Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.


#7 - Maksud untuk baju banduan berwarna : OREN

Belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya. (OKT)



sekadar gambar hiasan dr Google

Maka jika di lihat pada kategori yang ada, warna baju banduan akhir dan banduan reman adalah tidak sama. Apapun, doa dan harapan semoga mereka di beri hidayah dan semoga mereka dapat kembali menjadi insan yang baik. 

Kita juga janganlah cepat menghukum kerana ini semua adalah antara undang-undang dan si pesalah sedangkan kita sendiri ada banyak dosa yang pastinya jika tidak segera bertaubat akan mengakibatkan hukuman dan penjara di dalam lokap yang bernama neraka. 

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog πŸ‘‰  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby πŸ‘‰  https://t.me/ibuhamilmalaysia

7 comments for "Maksud Sebenar Disebalik Warna Baju Banduan Bagi Penjara Malaysia "

  1. ooooo mekasih kak, baru tahu pasal perbezaan semua warna itu, tapi paling gerun bab banduan akhir tu...

    ReplyDelete
  2. Makasih Kak, aku baru tahu di Malaysia warna-warna bajunya dibedakan sesuai kesalahannya yah..

    salam kenal dari Indonesia
    mampir ke blogku bundanameera.com :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tahu maksud warna baju banduan. Pernah tengok warna oren je. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. baru tau pasal semua warna baju banduan. sebelum ne tau pasal baju putih kolar dan lengan merah jew

    ReplyDelete
  5. kALAU WARNA WARNI CAMNA PLAK YE!

    ReplyDelete
  6. wahhhh!!!!...terima kasih kak....dh lame dh nk tau

    ReplyDelete