Kedai repair handphone memang banyak di mana saja tapi tidak untuk laptop. Akibatnya untuk mencari si tukang repair laptop yang bagus dan boleh dipercayai memang agak mencabar. Lagi-lagi untuk kawasan Tanah Merah Kelantan.

Selaku seorang blogger yang hari-hari perlu gunakan laptop dalam urusan semasa online, memang tak dinafikan yang laptop ini sangat penting sekali. Bila rosak tu, alamak! Boleh terus jadi stress bila memikirkan pelbagai dateline kerja yang akan menjadi tertangguh. Itulah juga yang berlaku pada aku baru-baru ini.

Nak dijadikan cerita, laptop aku baru-baru ini di serang virus. Entahlah di mana silapnya hinggakan susah untuk masuk ke window. Maka suka ataupun tidak daku perlu segera bawa ke kedai repair laptop untuk di baiki. Hajat hati nak repair di kedai yang telah pernah daku gunakan khidmatnya sebelum ni namun malang seribu kali malang, kedai tersebut tutup! Aduhaiiii.... nasib baiklah daku bertemu dengan sebuah kedai repair laptop lain yang bernama BAIM COM.


Kedainya sederhana besar dan terletak di pinggir kawasan bandar utama namun kelengkapan yang ada alhamdulillah, nampak semuanya okay. Saat pertama kali melihat nama BAIM terus terdetik, eh ini kedai pengusaha muslimlah.

Daku pun tak nak tunggu lama terus bawa laptop untuk minta di baiki. Dalam hati tak henti berdoa moga laptop dapat pulih seperti sediakala dengan cepat. Dalam hati berdoa juga semoga kerosakan tu biasa saja tanpa perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi. Selepas memberitahu apa yang perlu maka daku pun pulang semula ke rumah. Nombor telefon turut ditinggalkan supaya pihak technician dari BAIM dapat menghubungiku dengan mudah.


Sebagaimana yang diberitahu, memang benar pihak BAIM menghubungiku melalui whatsapp. Aku di update tentang kerja yang dibuat dan daku juga turut diberitahu apa yang bakal dilakukan pada laptop untuk mencari punca masalah. Alhamdulillah laptopku okay semula selepas di format. Malah pihak BAIM turut bantu update setting apa yang patut.


Hantar 2 Biji Laptop Untuk Dibaiki Serentak 

Ohya, selain laptop ACER daku turut ada sebuah lagi laptop jenama LENOVO dan laptop Lenovo ni ada masalah troubleshooting dan tidak dapat detect WiFi. Puas sudah di godek dengan bermacam trick tapi tak berjaya.

Daku turut bawa bersama untuk di check dan memang benar ada masalah pada setting. Pada mulanya pening jugalah pihak technician nak dapatkan punca untuk laptop Lenovo ni. Siap buka tukar bahagian adapter lagi haaa... tapi lepas di tukar eh bukan itu puncanya maka laptop tersebut terus di periksa untuk mencari punca masalah lain.


Puas mengodek akhirnya berhasil juga. Syukur alhamdulillah ke dua-dua laptop berjaya disiapkan secara serentak. Daku pun pergi bersama suami untuk dapatkan ke dua-dua laptop semula dengan wang beberapa ratus dalam tangan.

Saat bertanyakan apa masalah untuk laptop-laptop ini sebenarnya maka technician memberitahu serba sedikit dan turut maklumkan juga cara penyelesaian yang dilakukan sehingga laptop ini pulih semula. Apa yang mengejutkan adalah pada harga!


Ternyata, Harga Terlajak Murah Tanpa Sebarang Caj Tersembunyi

Ya! Benar-benar tidak ada sebarang caj yang tersembunyi. Buktinya laptop ACER ku hanya di caj sebanyak RM40 sahaja sebagai upah format manakala laptop LENOVO ku pula di caj sebanyak RM50 sebagai upah update setting. Manakala hasil kerja keras selama berjam-jam semasa mula mencari punca sama sekali tidak di caj apa-apa! Bayangkanlah.... baiki 2 biji laptop hanya di caj sebanyak RM90 sahaja!!! Tak ke murah tu?


Alhamdulillah, kini daku dah jumpa pihak yang boleh daku gunakan perkhidmatan mereka jika kejadian yang sama berulang lagi. Bagi penduduk kawasan Tanah Merah Kelantan, jika ada masalah berkaitan laptop boleh mencuba servis repair laptop dari pihak Baim Computer ini. Daku sendiri dah cuba dan syukur ke dua-dua laptop kini dah okay kembali.

Selain servis baiki laptop, servis-servis lain juga ada. Nak tahu boleh terus contact pihak BAIM. Barangan lain untuk komputer, laptop dan sebagainya juga ada di jual di sini. Nak dapatkan printer pun boleh dengan harga yang sangat munasabah. Kiranya di BAIM COM ini InshaAllah ada bermacam jenis barang yang berkaitan dengan komputer dan laptop untuk di beli.


Untuk team BAIM Computer terima kasih banyak kerana sudi bantu baiki ke dua laptop ini dan terima kasih juga di atas caj harga yang sangat-sangat berbaloi tu. Moga bisnes kalian makin maju dari masa ke semasa. Ameen.....

BAIM COM | Pusat Servis Dan Baiki Kompter Dan Laptop 
Hotline : +60199392324

Alamat Premis :
Banggol Jalan Jedok
Berdekatan dengan bangunan Wan Azizah lama







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.