The Tuniq By ALMAS : Antara Jenama Baju Tunik Wanita Muslimah Yang Terbaik & Murah | Setiap orang ada citarasa masing-masing untuk beli pakaian kan, begitu juga aku! Cuma yang membezakan aku ni memang agak cerewet sikit dalam soal berpakaian.

Daku ni bukanlah seorang yang sangat cerewet tentang warna dan corak sesuatu pakaian tu.. cuma aku ni seorang yang sangat titikberatkan keistimewaan dan keselesaan yang boleh pakaian tu berikan pada diri ini selaku si pemakainya. Lagi-lagi setelah bergelar seorang ibu yang menyusu badan sepenuhnya ni. Ingat senang ke nak menyusu dengan aman di tempat awam.

Si Kasih Sufi yang kuat menyusu tak kira tempat.... Gigit kang!! 

Setiap Orang Pastinya Ada Pakaian Idaman Sendiri

Ya, tidak dinafikan selaku seorang niqabis aku sangat utamakan baju yang labuh. Terutama baju yang lepas paras punggung. Kerana itu daku cukup suka dengan baju tunik. Apa itu tunik? Tunik ini dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'tunic' dan maksud untuk perkataan tunik ini adalah pakaian longgar yang menutupi dada.

Tapi bukan semua baju tunik untuk wanita itu ada ciri-ciri yang aku pentingkan. Kerana itu untuk membeli mana-mana pakaian ni ternyata bukan satu kerja yang sangat mudah. Untuk 'jumpa' pakaian idaman ni tersangatlah mencabar sebenarnya. Antara ciri-ciri untuk pakaian idamanku adalah :

  • - labuh mesti lebih dari paras punggung
  • - breastfeeding friendly
  • - wudhu friendly
  • - fabrik yang selesa dan tidak jarang
  • - mudah serap peluh dan tidak panas
  • - design yang up to date
  • - warna yang selamat dan tidak terlalu menonjol
  • - sesuai untuk digayakan di masa saja
  • - cantik pada pandangan mata



Haaa kan dah kata yang daku ni agak cerewet dari segi pemilihan pakaian! Bukan main banyak lagi list tu... Cari punya cari... tanpa di sangka-sangka daku berjaya menemui satu jenama untuk pakaian wanita muslimah yang sangat ohsem!!! Bagaikan mimpi apabila semua list yang ku siapkan tadi dapat dipenuhi satu demi satu. Happy tak terkata!! Memang seronokkkkk sangat-sangat! Jenama pakaian muslimah yang ku maksudkan ini adalah the Tuniq by ALMAS. 




the Tuniq by ALMAS - Jenama Pakaian Wanita Muslimah Yang Sangat Special 

Unik kan nama THE TUNIQ ni? Sebenarnya, jenama THE TUNIQ ni dah lama ada kat pasaran Malaysia (sejak tahun 2015 lagi). Jenama The Tuniq diasaskan oleh Almas Niaga Sdn Bhd. Ia adalah sebuah jenama yang diilhamkan oleh Puan Almas untuk menggalak fesyen / pakaian yang sederhana namun masih bergaya.

Dengan misi untuk membawakan pakaian yang bukan saja cantik dan selesa malah memenuhi kehendak pemakaian yang menutup aurat juga, jenama ini ditumpukan kepada "baju labuh" tunik produk Butik Almas. TheTuniq.com pula diwujudkan sebagai sebuah kedai dalam talian yang untuk memudahkan lagi urusan pembelian pakaian tunik untuk wanita tersebut. Sejak itu, syarikat telah berkembang setiap hari.



Sejak penubuhannya, terdapat lebih daripada 50 rekaan yang dihasilkan dan ia diterima baik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei. Visi utama mereka pula adalah untuk menjadikan THE TUNIQ sebagai jenama berjenama nombor 1 di malaysia bersama dengan 1000 rakan kongsi yang dipercayai.


6 Keistimewaan Utama Yang Ada Pada The Tuniq Berbanding Jenama Lain

#1. Mengeluarkan Banyak Design Yang Cantik Dan Ekslusif

#2. Mementingkan Aspek Berpakaian Yang Patuh Syariah

#3. Design Sederhana Namun Tetap Menawan Supaya Mudah Digayakan

#4. Material Fabrik Sangat Berkualiti Dan Selesa

#5. Mutu Jahitan Kemas Dan Terbaik

#6. Pebagai Rekaan Sesuai Untuk Digayakan  Ke Pejabat Dan Bersantai

Ternyata The Tuniq mempunyai banyak pilihan pakaian yang cantik gojes dan semuanga di reka khas oleh team The Tuniq itu sendiri. Kerana itulah design The Tuniq sangat special dan lain daripada yang lain. Ini adalah sebahagian daripada koleksi yang boleh didapati dari butik cantik The Tuniq. Daku sendiri alhamdulillah telah berjaya mencuba salah satu pakaian daripada jenama The Tuniq ini. Pakaian yang ku miliki dari jenama The Tuniq sekarang ini adalah AURELIA

AURELIA - baju pertama di sebelah kiri

Design Aurelia Benar-Benar Membuatku Jatuh Hati !!

Antara semua design pakaian baju tunik wanita dari The Tuniq ini, design dengan nama AURELIA benar-benar telah membuatku jatuh hati. Jujur cakap deisgn untuk Aurelia ini memang sangat special dan tampak berbeza. Dalam erti kata lain, jika pakai tak adalah berlaku terjumpa juga design yang hampir serupa dengan banyaknya di mana-mana.


Design yang cantik dengan ciri-ciri yang sepatutnya benar-benar membuatkan pakaian ini sebagai salah satu busana yang ku gemari. Bahagian yang amat daku suka adalah pada bahagian poket untuk kiri dan kanan. Paling best, poket ini bukannya cetek tau sebaliknya sangat dalam dan selamat untuk kita isi dengan sesuatu seperti handphone dan sebagainya.


Material yang digunakan pula adalah dari jenis yang tidak terlalu tebal dan tidak jarang. Tak panas juga walau dah pakai seharian. Corak jalur lurus pada baju Aurelia ini menampakkan ianya lebih menarik dan exclusive. Benar-benar ada rupa corporate look! Jadi jika nak beli untuk pakai ke tempat kerja memang tersangatlah okay. Tapi kalau nak beli untuk pakai bagi tujuan lain pun tak apa. Baju kita jadi ikut suka sendiri nak gayakan kat mana yang kita suka. =D 


Tambahan butang pada lengan baju memudahkan lagi urusan untuk berwudhu. Butang yang digunakan pada bahagian lengan ini sama dengan butang pada bahagian dada hingga ke bawah. Buka butang dan tarik saja hingga ke siku, terus boleh ambil wudhu dengan senang dan sempurna, InshaAllah. Sangat cepat dan mudah!


Seperkara lagi yang ku suka pada design Aurelia daripada The Tuniq by Almas ini adalah pada bahagian sikunya. Daku selalu pakai pakaian labuh dengan bentuk lengan yang sama saja dari atas hingga ke bawah tapi berbeza dengan Aurelia. Design lengan baju yang agak tirus di bahagian atas dan kembang pada pertengahan bahagian lengan membuatkan ianya sangat lain daripada yang lain. 


Ia juga mudah untuk di iron dan tidaklah terlalu kembang hingga nampak pelik. Its ohsem dengan sedikit kembang ala-ala princess sedikit dan secara tidak langsung sangat memudahkan pergerakan tangan semasa ingin melakukan sesuatu. Daku sendiri rasa sangat selesa dan sangat mudah bergerak walaupun perlu pegang Kasih di atas dukungan. 


Inilah Pakaian Muslimah Yang Sangat Cantik Dengan Harga Terlajak Murah 

Sebagaimana yang ku katakan tadi, AURELIA dari jenama The Tuniq by ALMAS ini sangat cantik jika digayakan ke pejabat dan tempat kerja tetapi jika nak pakai untuk hadiri majlis sederhana formal dan jika mahu bersantai sekalipun, itu semua tidak jadi masalah! Tepuk dada tanya selera kerana bagi pendapat peribadiku sendiri pakaian ini memang sesuai untuk dikenakan untuk apa jua urusan. 

Ohya! Suka untuk diingatkan yang pakaian dari The Tuniq by ALMAS ini kebanyakannya adalah berstatus pre order. Order dulu kemudian akan di jahit mengikut size yang dikehendaki dan setelah itu pakaian yang ditempah akan terus diposkan ke alamat yang di beri. Ada 7 saiz semuanya dan bolehlah di tempah mengikut ukuran badan masing-masing berpandukan carta ukuran yang telah disediakan. 


Ternyata, bajju tunik dari Almas ini adalah baju atau pakaian dengan ukuran longgar sehingga boleh menyediakan saiz yang lebih besar dibandingkan dengan ukuran yang ada untuk pakaian ready made di pasaran. Untuk harganya pula kalian tentu akan terkejut. 

Yelah, murah sangat-sangat tau!! Betul-betul berbaloi! Walaupun dihasilkan dari butik yang sangat ekslusif tetapi harga yang ditawarkan hanyalah RM saja sehelai. Bahkan ada pula promosi untuk harga yang lebih rendah. Best sangat-sangat kan?

Pilihan warna pula ada 3 (tiga) buat masa ini iaitu IRIS, DEEP BLUE dan juga WHITE. Untuk ke pejabat boleh gayakan dengan slack, palazo mahupun skirt labuh dengan warna hijab yang sedondon sebagaimana yang dikenakan oleh model dalam gambar di bawah ni. 



Pakaian Yang Cantik & Selesa Boleh Membuatkan Hari Kita Bertambah Indah

Dah lama berhajat untuk pakai baju tunik yang cantik untuk wanita muslimah? Mahu berpakaian longgar dengan design yang cantik untuk menutup aurat dengan lebih sempurna? Jangan tunggu lama-lama kerana The Tuniq ada bermacam design pakaian tunik yang ohsem! 

Pakaian yang cantik dan selesa boleh membuatkan hari kita bertambah indah. Jom cuba jenama The Tuniq by Almas sekarang, sekali cuba pasti akan jatuh cinta kerana segalanya dijahit ikhlas dengan penuh kasih sayang.

pakaian yang selesa akan membuatkan hari bertambah ceria

Untuk segala urusan pertanyaan dan pembelian, boleh terus hubungi melalui detail di bawah ini.


The Tuniq by Almas | Antara Pengeluar Baju Tunic Terbaik Di Malaysia
Hotline : 017-8952979

Alamat Premis :
ALMAS NIAGA SDN BHD, 
SL NO. 15, SURVEY LOT 3808, 2ND FLOOR, 
WISMA ALMAS, JALAN DATO MOHD MUSA,
 DESA ILMU PHASE 11,
94300 KOTA SAMARAHAN





Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.