Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Tips Cara Jadi Blogger Untuk Buat Duit Dengan Blog

Buat Duit Dengan BLOG (Buat Duit Dengan Blogger) | Tulis blog dapat duit ke? Jawapannya adalah YA! Memang betul tulis blog boleh dapat duit! Sejujurnya dulu aku tak tahu bagaimana nak buat duit dengan blog ni. Terfikir juga kenapa ramai cakap boleh buat duit dengan blogger sedangkan aku sendiri pening tak tahu nak mula dari mana. Aduh!

"Mudahnya buat duit dengan blog" kata mereka..... tapi, kata aku? Payah oooiii... Fikir punya fikir, okay memang betul boleh buat duit dengan blog sebagai pendapatan sampingan tapi aku kena korek ilmu berkaitan blog dari mereka yang dah expert! Masalahnya siapa nak bantu? 

Ada ke blogger yang dah pandai jana income nak bantu? 

Jawapannya ya ADA, Google je bersepah ilmu yang di kongsi oleh blogger sifu bijak pandai dalam bidang jana income guna blog ini cuma aku sendiri je yang perlu bertindak untuk kejayaan diri aku sendiri!




Kelebihan Buat Duit Dengan Blog

Dulu aku pernah search tentang buat duit dengan blog 2018, masa tu aku baru setahun dengan blog ni. Memang tak banyak ilmu yang ku ada. Dan bila mencari tentang caraa buat duit dengan blog 2018 tu, jawapan paling banyak di beritahu adalah dengan menggunakan ADSENSE. 

Namun sedih sejuta kali sedih (rasa berjuta kali ganda sedih) blogku masa tu tak approve Adsense. Argh tension! Terus rasa jeles tentang blogger lain buat duit dengan blog diaorang tu...

Tapi aku turut sedar yang blog ini sangat bagus kerana ia boleh bantu ramai orang buat duit dengan blog tanpa modal. 

Buat duit dengan blog tanpa modal ni maksudnya tak perlu bayar sesen pun! Sebab itulah aku nekad juga untuk cuba sedaya upaya supaya boleh buat duit dengan blog Adsense seperti orang lain! Biar lambat asal dapat! Haaa nekad habis.


5 Tips Cara Jadi Blogger Untuk Buat Duit Dengan Blog

Bagi kalian yang nak tahu cara buat duit dari blog ni, di sini aku akan kongsikan beberapa tips bagaimana untuk buat duit lebih dengan blog tanpa modal sebagai panduan asas untuk bermula. Ini sekadar pendapat berdasarkan pengalaman peribadi tau jadi jika ada yang rasa kurang setuju, minta maaf awal-awal.... 

1 - Daftar Blog Dengan Gunakan Medium Blogspot Untuk Permulaan

Cara nak buat duit dengan blog ataupun cara nak buat duit dengan jadi blogger ini ada banyak sebenarnya. Cuma kita perlu lepas beberapa tahap yang boleh di buat secara sedikit demi sedikit.

Macam aku sendiri, aku memilih untuk buat duit dengan blogspot sebab aku sendiri belum cukup ilmu di dada berkaitan wordpress. 

Nak guna wordpress tu tahu, cuma fokus buat duit dengan blog wordpress tu aku belum faham sepenuhnya lagi. Jadi nasihat ikhlas untuk semua yang baru nak mula, daftarlah blog dari blogspot dulu kat SINI

2 - Tulis Artikel Bermanfaat Yang Seronok Untuk Di Baca

Ramai blogger buat duit dengan hanya bergantung kepada blog jadi tips utama adalah untuk asah skill menulis. 

Yelah blog ni kan untuk di baca. So jika tulisan tak seronok di baca, info tak padat, tak menarik, hmmm macamana nak tarik ramai pembaca datang. Dan bila ramai pembaca tak ada bagaimana pula nak buat duit dengan blog? 

Pembaca yang datang ke blog ini dikenali sebagai traffic (trafik blog), makin ramai yang datang maka makin mudahlah untuk buat income. Bagi yang ada minat menulis sejak dulu bolehlah start menulis dengan menggunakan platform blog ni. 




3 - Mohon Adsense Untuk Di Pasang Pada Blog

Inilah sebenarnya punca utama kenapa ramai orang boleh jana income dengan blog. Adsense ini merupakan 'wakil syarikat iklan' yang akan menempek iklan-iklan mereka di dada blog. 

Ala macam TV la juga. Ada siaran, ada iklan. Haa iklan Adsense ini akan di bayar berpandukan jumlah pembaca yang datang ke blog tersebut (trafik)

Bagi yang belum ada akaun Google Adsense, boleh la cuba-cuba untuk start jana income dengan Google Adsense ni. Jika permohonan tak berjaya, cuba lagi dan lagi jangan putus asa macamana yang pernah berlaku pada aku dulu. 

Adsense adalah cara termudah untuk buat duit dengan blog dan sekarang ni Google Adsense adalah salah satu punca pendapatan utama. Terasalah sedikit betapa seronoknya bila boleh buat duit dari blog dengan Adsense. 

4 - Beli E-book Cara Buat Duit Dengan Blog 

Ilmu kena di cari. Lagi-lagi untuk ilmu buat duit. Nak buat duit kena belajar dan follow cara orang lain yang dah berjaya kerana mereka ada banyak pengalaman. Mereka pun mula sama macam kita! Bagi yang ada modal bolehlah beli e-book cara buat duit dengan blog. 

Banyak je ada e-book yang macam gini dan bolehlah di beli mengikut bajet masing-masing.

5 - Daftar Kelas Online Untuk Belajar Cara Buat Duit Dengan Blog Dari Blogger Lain

Jika kita ada hajat untuk buat duit dengan blog, siapa perlu kita cari untuk belajar?  Jawapannya tak lain dan tak bukan adalah dari kalangan blogger itu sendiri. 

Habis tu, takkan nak minta belajar dari cikgu kat sekolah kot. Jika cikgu tu kebetulan seorang guru yang merangkap sebagai seorang blogger juga tak apa. Eh jangan tak percaya, ramai je cikgu yang jadi blogger sekarang ni.


'Bite With You' Menyediakan Kelas Online Untuk Ajar Cara Jadi Blogger 

Bagi yang berhajat untuk sertai kelas online untuk belajar bagaimana cara untuk jadi blogger dari awal, kalian boleh mohon untuk sertai program BITE WITH YOU. Program ini disediakan oleh sebuah company yang bernama BITE MEDIA CONSULTANTS.


Ia di asaskan oleh seorang blogger yang pada mulanya hanyalah bergelar seorang surirumah sepenuh masa. Siapakah blogger tersebut? Boleh lihat sendiri biodata beliau > KAT SINI <

Para blogger dan invidivu yang sertai BITE MEDIA akan di gelar sebagai BITERS dan setiap Biters akan berpeluang untuk belajar tentang cara bagaimana untuk menjadi blogger dengan konsep zero to hero. Ini bererti jika kalian belum punya apa-apa blog sekalipun (belum daftar sama sekali), kalian tetap boleh menyertai program Bite With You ini.



Impian Peribadi 

Buat Duit Dengan Blog 2018 telahpun berlalu dengan ilmuku sendiri yang tidak seberapa. Buat Duit Dengan Blog 2019 alhamdulillah telah semakin okay dengan sedikit ilmu di dada. Buat Duit Dengan Blog 2020 akan ku terus berusaha untuk mengali sebanyak yang boleh sedaya yang temampu. 


18 comments for "5 Tips Cara Jadi Blogger Untuk Buat Duit Dengan Blog "

  1. nak kene tuntut ilmu jugak nih... almaklum siapa yang takmo tambah pendapatan kn

    ReplyDelete
  2. Doakan semoga my AdSense naik byk USD tu heheh

    ReplyDelete
  3. Kena sabar di dalam meraih duit dari sumber blog ini. hehe

    ReplyDelete
  4. setakat ni cuma sekali je buleh cash out adsense...

    ReplyDelete
  5. untung mereka yang pandai berblog...teruskan perjuangan sis..

    ReplyDelete
  6. tahniah Awa...maju setapak lagi. Semoga terus maju jaya

    ReplyDelete
  7. yea betul..nak tahu cara buat duit dari blog kena cari guru yang boleh guide..tahniah awa melangkah setapak lagi ke depan...untung bakal2 blogger, ada guidance dari blogger senior cam awa & bite ni..

    ReplyDelete
  8. tahniah sis. betul, kene dengan cara blogging ini mungkin jadi pendapatan utama anda.

    ReplyDelete
  9. dulu pernah apply adsense. kena reject. haha. gigih google kenapa adsense reject dan sejak dapat jawapan berusaha improve dulu. nanti nak try lagi.

    ReplyDelete
  10. Wahh, good info! Jovie pula newbie blogger, so kena tahu banyak hal...jovie masih baru dlm blogging..blm sampai sebulan...

    ReplyDelete
  11. mmg betul boleh buat duit dgn blog... tp prosesnya mengambil masa yg panjang melainkan org tu mmg content dia padat, kreatif dan pandai tarik pembaca utk baca blog dorg.. apapun thanks kak hawa for sharing tips yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  12. Keliatannya sederhana yah, padahal butuh kerja keras dan konsistensi untuk berhasil.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih, Insha Allah banyak ilmu yang perlu saya cari untuk jadi blogger yang lebih baik.

    ReplyDelete
  14. terbaik, yg pasti buat sy ia matlamat peribadi

    ReplyDelete
  15. terima khasih sebab kongsi ilmu .. berguna sangat utk yg baru nak belajar mcm saya.

    ReplyDelete
  16. Pengisian yang bagus. ~ Rajin rajin singgah lah blog saya. hihi . lama da buat, tapi x selalu aktif.

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing.. Banyak sgt benda nak belajar sekarang ni

    ReplyDelete
  18. adsense sy dah ada..tapi nk masukkan link sy xtahu..bpleh terangkann?

    ReplyDelete