AFY HANIFF Patut Dipuji Atas Usaha Mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kelantan | Korang pernah dengar tak nama AFY haniff? Jika YA, memang terror sebabnya daku ni baru pertama kali dengar nama AFY haniff walaupun hakikatnya produk pernah ku guna sebelum ni!

Lagipun daku ni seorang yang pentingkan produk keluaran Muslim semasa membeli jadi selalu tukar-tukar jenama. Lagi-lagi jika main redah je beli kat mana saja yang sempat. Namun ternyata, rupa-rupanya pengeluar produk semburan serangga berasaskan herba dengan nama AFY haniff ni telah membuat penjelmaan semula... Oh patutlah daku kurang perasan.


AFY haniff Memang Sudah Terkenal Dengan Panggilan 'Serai Wangi'

Penjenamaan semula beberapa produk yang menggunakan jenama Serai Wangi telah di tukar kepada Swipel. Swipel diambil daripada singkatan gabungan perkataan bahasa Inggeris iaitu Serai Wangi Insect Repellent (Serai Wang penghalau serangga) yang merupakan produk utama AFY haniff.




Tak kisahlah, janji hari ni daku benar-benar nak share tentang AFY haniff. Siapakah sebenarnya AFY haniff ni, apakah produk keluaran mereka yang sering mendapat sambutan hingga telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand serta apakah pula sumbangan mereka ni pada masyarakat. Haa sebut apa saja nama pasaraya besar kat Malaysia ni boleh dikatakan semuanya ada termasuklah Mydin, Tesco dan sebagainya.



AFY haniff - Syarikat Keluaran Anak Tempatan Sepenuhnya

Untuk dipendekkan cerita, mana lagi nak dapatkan semua info jika bukan dengan bantuan Google. Dan dipendekkan cerita daku rasa sangat happy dan gembira dengan segala info yang telah ku perolehi berkaitan dengan company AFY haniff ni. Kenapa? Ini kerana AFY Haniff Group (M) Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat tempatan hakmilik anak bumiputera yang telah diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006.



Pengasas (pemilik) AFY haniff telah menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff ini sangat terkenal dengan dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Mereka mengeluarkan produk di kilang sendiri yang terletak di Telok Mas, Melaka.  Hmm patutlah famous hingga boleh berada di 2,000 buah pasaraya. Hebat hebat!



Turut Terlibat Dalam Banyak Aktiviti Kemasyarakatan

Selain daripada itu, AFY haniff turut terlibat dengan banyak aktiviti amal yang melibatkan masyarakat, sebagai contoh pihak mereka telah sering mengadakan aktiviti membersihkan masjid dan sebagainya. Dan baru-baru ini pihak AFY haniff telah mengadakan agenda gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.

Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan juga team RMHC Kelantan dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event tersebut. Daku sebagai rakyat Kelantan ini turut merasa berterima kasih di atas keprihatinan mereka. Terima kasih banyak-banyak yang teramat sangat!



Setiap aktiviti yang dijalankan adalah demi untuk memberi suntikan semangat dan juga tanda prihatin di atas kesusahan orang lain. Untuk aktiviti mewangikan Rumah Ronald Mc'Donald itu pula, ia bertujuan untuk mengzahirkan tanda rasa simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan.

Pelbagai Perkara Dilakukan Bersama Untuk Hari Itu

Kehadiran AFY haniff ini diharapkan dapatlah meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian tersebut. Majlis yang berlangsung pada 24 September 2019 itu telah dimulakan dengan perjumpaan pertama berserta dengan sesi perkenalan dengan semua yang terlibat sekitar jam 9 pagi. 


Selepas berkenalan dengan wakil team AFY haniff, ternyata pihak wakil Rumah Ronald McDonald bersana sangat teruja dengan semua produk yang di bawa khusus dari Melaka sehingga ke Kelantan demi penghuni rumah tersebut. Antara produk-produk yang di bawa adalah seperti yang tertera di dalam gambar di bawah ini. Banyak kan? 



Antara produk dari team 'Serai Wangi AFY Haniff' yang ada di bawa pada hari tersebut adalah : 


1. Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff

2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff

3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff

4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff

5. Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff dan lain-lain lagi.


Kewujudan Rumah Ronald McDonald Adalah Satu Rahmat 

Seterusnya, pihak wakil pengurusan Rumah Ronald McDonald telah membawa wakil-wakil dari team AFY haniff tersebut untuk melihat sekitar kawasan. Kali ini pihak AFY haniff pula yang merasa sangat kagum dengan keadaan dan susunatur rumah transit yang bernilai RM4juta itu. Serba lengkap dengan pelbagai kemudahan membuatkan ianya tak ubah seperti hotel walaupun kadar bayaran yang dikenakan hanyalah RM5 saja semalam. 


Antara kemudahan yang ada di Rumah Ronald McDonald ini adalah seperti :

[ bilik tidur sebanyak 18 buah ]


[ bilik permainan ]


[ bilik sensori ] 


[ dapur yang sangat luas dengan pelbagai kelengkapan memasak ]


[ ruang makan yang santai dan selesa ]


[ bilik dobi dengan ampaian ]


Namun jauh di sudut hati pastinya ada rasa sedih campur simpati apabila mengenangkan yang penghuni di Rumah Ronald McDonald tersebut adalah di kalangan para waris yang sedang menjaga insan kesayang sepanjang mendapatkan rawatan. Antaranya ada yang merupakan ibu bapa pada anak yang sedang bergelut dengan kanser, ada juga ibu bapa pada anak yang sedang koma akibat kemalangan jalanraya dan sebagainya. 


Tatkala melihat wajah sedih penuh risau para penghuni di sini membuatkan semua yang ada ikut berasa simpati yang teramat sangat. Buktinya pihak AFY haniff sendiri memberikan sumbangan kilat dalam bentuk wang tunai kepada salah seorang waris kepada seorang pesakit kanak-kanak berusia 5 tahun yang sedang bertarung nyawa akibat di langgar kereta berhampiran dengan kediaman mereka. Semoga keluarga ini akan terus tabah hendaknya. 

Untuk keluarga lain, pihak AFY haniff turut menghadiahkan produk-produk terkenal mereka yang sudahpun mendapat tempat di hati ramai pengguna. Ucapan terima kasih dengan senyuman di bibir membuatkan pihak AFY haniff berserta semua yang terlibat terasa sedikit lega dan berpuashati. 



Barangan Dapur Dan Perkakasan Lain Turut Dibeli Sebagai Hadiah

Kemuncak acara pada hari tersebut, pihak AFY haniff bersama-sama wakil team RMHC Kelantan dan Bite Media Consultants telah sama-sama pergi ke Pasaraya Mydin Kubang Kerian bagi membeli barangan keperluan dalam bentuk bahan makanan basah, bahan makanan kering, dan lain-lain lagi untuk diletakkan di dalam Rumah Ronald McDonald tersebut. Haa penuh bertroli-troli jugaklah! TQ pada big boss AFY haniff atas semua ini. 

[ SEBELUM ]

[ SELEPAS ]

Memang gamat suasana di dalam pasaraya semasa sangat sedang membeli belah bersama. Rata-rata berasa teruja dan tak sabar untuk segera bawa pulang semua barangan tersebut untuk di letakkan di sana. Semua barangan yang telah di beli ini bolehlah di masak oleh para penghuni mengikut masa dan kehendak masing-masing.





Rumah Ronald McDonald Makin Harum Dengan Wangian AFY haniff Yang Semerbak 


Usai membeli belah, semuanya sama-sama memasak untuk santapan tengahari dan setelah itu pihak AFY haniff dan semua yang terlibat turut sama berkerjasama untuk membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald yang sangat cantik ini. Bila dah makin wangi barulah best kan! Lagi-lagi dengan menggunakan produk AFY haniff yang sangat mementingkan unsur natural. 



Habis segenap penjuru Rumah Ronald McDonald telah team AFY haniff kerjakan! Ditambah dengan keramahan semua staff yang ada di Rumah Ronald McDonald membuatkan kami semua berasa bagaikan sebuah keluarga yang besar. Dah macam balik kampung untuk gotong-royong sesama adik beradik untuk sambut raya pula lagaknya. 





Mahu Produk Penjagaan Rumah Yang Wangi Dengan Jenama Keluaran Muslim? Nak Guna Untuk Rumah Dengan Penuh Teruja? Jom Lekas Dapatkan Produk AFY haniff Sekarang !! 

Harum semerbak semuanya! Wangi! Sangat-sangat wangi! Daku sendiri yang secara kebetulan turut berada di sana ikut sama rasa teruja nak cuba semua produk keluaran AFY haniff yang ada. Siap grab bawa balik rumah untuk di cuba dan InshaAllah rasanya lepas ni akan turut jadi pelanggan setia. Nak tahu produk apa yang ku cuba? Nantikan review penuh di dalam artikel seterusnya nanti.

Ohya untuk team AFY haniff tahniah di ucapkan! Semoga kalian terus maju jaya dan untuk team RMHC pula kekalkan nawaitu kalian untuk membantu lebih ramai orang di luar sana. Kalian adalah contoh company yang patut diteladani dalam memberi pulangan balik pada masyarakat dan semoga Allah SWT akan membalasnya dalam bentuk yang lain pula. Ameen.


AFY haniff | Pelopor Produk Isi Rumah Berasaskan Herba





Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.