Antara Petua Dan Doa Untuk Mengandung Anak Kembar Cara Islam | Sebagai sepasang suami isteri yang telah berkahwin, sudah semestinya tiap pasangan inginkan anak. Lagi-lagi jika anak kembar. Mana taknya, comel kot! Daku sendiri suka lihat telatah anak kembar yang dipakaikan dengan pasangan sama dan sedondon. Nak nak jika rupa si kembar itu seiras! Alololo... comeyyynya.

Ohya berdasarkan pembacaan, sebenarnya di dalam Islam turut ada pelbagai petua dan doa yang boleh diamalkan untuk hamil kembar. Patutlah ramai yang berjaya mengandung kembar 'twin' atau 'triplet'. Cara ini bolehlah dipraktik oleh mana-mana pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar. Petua dalam bentuk doa cepat mengandung kembar ni juga sangat elok untuk di baca dari masa ke semasa.



Cara Mendapatkan Baby / Anak Kembar Menurut Islam 

Jika mengikut kajian sains, setiap wanita mempunyai potensi untuk mendapat anak kembar dan antara tips yang boleh dilakukan untuk mengandung anak kembar ini adalah :

1. Berdoa di depan Kaabah kat Mekah

Di Makkah, doa boleh mengandung hingga dapat anak kembar memang ramai telah lakukan. Ada yang berjaya dan ada juga yang masih menanti. Itu semua adalah kuasa Allah SWT maka jangan putus asa dan cubalah berdoa di depan Kaabah supaya Allah SWT dapat bukakan pintu rezeki untuk berjaya dapat anak kembar dengan cepat sepertimana yang di idam-idamkan.

2. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan ramai orang

Ramai yang punya impian untuk dapat anak kembar tapi kalau tak ada genetik kembar, tentu saja peluang untuk mendapat anak kembar tu kurang. Walaubagaimanapun kita jangan lupa bahawa semua ini adalah rezki dan cara terbaik adalah untuk berdoa Pada-Nya Yang Maha Esa. Doa untuk dapat anak kembar ini boleh saja di baca dalam rumi, yang penting hajat di hati itu benar-benar di tahap merendah diri untuk memohon rezeki dari Nya. 

Antara doa untuk dapat anak ini adalah,



3. Persiapkan tubuh badan dari segi mental dan fizikal
Mengandung seorang bayi pun dah boleh jadi bertambah berat badan hingga beberapa kilogram, inikan pula jika mengandungdengan anak kembar, jangkakan berat anda ...

4. Makan makanan untuk dapat baby / anak kembar
Antara makanan yang dikatakan bagus bagi mendapatkan anak kembar ini adalah seperti :

- supplement Vitamins dan Folic Asid
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.


- Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.


- Makan Keladi Dan Ubi
Orang afrika punya kadar kembar tertinggi sebanyak 4 % dan orang2 asli africa ini makanan mereka terdiri dari keladi dan ubi. Maka makanan dari keladi dan ubi ini dikatakan dapat memberi peluang untuk mengandung dan melahirkan anak kembar sebanyak 4 kali ganda dari orang lain.


#5 - Ambil Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. 
Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.


#6 - Buat Rawatan IUI Dan IVF
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Berusaha Dan Berdoalah, Mana Tahu Ada Rezeki

Eh, tetiba rasa teringin pula nak anak kembar tapi rasanya cukuplah dengan jumlah anak seramai 6 orang setakat ni. Walaupun anak kembar ni nampak sangat comel namun proses untuk membesarkan ternyata bukan satu kerja yang mudah. Jika dah ada anak kembar wajib cari petua, tips dan ilmu bagaimana untuk besarkan ke dua-duanya dengan baik.  

Jika benar-benar ada impian untuk menimang anak kembar sendiri maka ada baiknya berdoa selalu minta anak kembar sebagai penyeri rumahtangga. Doa, zikir, sunnah dan amalan terutama dalam membaca surah-surah amalan selepas usai solat adalah satu amalan yang sangat baik dan boleh dipraktikkan juga ketika sudah mengandung kelak. 

Itulah lebih kurang info berkaitan petua dan doa untuk dapat anak kembar. Doa untuk dapat anak kembar dalam rumi juga boleh di baca. Yang pasti rezeki anak kembar ni memang susah nak ramal. Jika ditakdirkan dapat bersyukurlah banyak-banyak ya. Jangan lupa makan makanan untuk dapat anak kembar kalau-kalau itu boleh menjadi asbab. Semoga impian untuk mendapat anak kembar berhasil dan pastikan cara mendapatkan anak kembar menurut Islam saja yang diamalkan. 







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.