Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Transfer Income Adsense Terus Ke Akaun Bank

Cara Transfer Income Adsense Terus Ke Akaun Bank | Bagaimana cara nak keluarkan income Adsense supaya masuk ke akaun bank secara automatik? Inilah persoalan yang pernah bermain kat fikiran baru-baru ni. Alamaklumlah belum pernah keluarkan duit income dari Adsense lagi. Ini baru pertama kali nak cuba.

Apapun, aku rasa sangat teruja apabila ada bank yang boleh terima pembayaran direct dari Google Adsense ini untuk terus masuk ke dalam akaun sendiri. Banyak jugalah bank yang boleh beri servis untuk ni dan salah satu daripadanya adalah CIMB.



Sebelum tu, suka untuk diingatkan yang had pengeluaran paling minima boleh dilakukan adalah apabila akaun Google Adsense mempunyai jumlah terkumpul sekurang-kurangnya adalah sebanyak USD100. Ia bukan dengan cara cek sebaliknya pihak Google Adsense boleh terus membuat transaksi pembayaran ke bank-bank tempatan. Aku selaku bakal penerima semestinya ikut teruja untuk terima income dari Adsense ni.

Jika dulu aku pernah terfikir juga, eh bagaimana agaknya jika dapat jana income dalam nilai USD ke akaun bank. Adakah sebarang cara untuk menerima income USD sebegini dan disebabkan itulah aku nekad berblog demi untuk mendapatkan peluang untuk punya akaun Google Adsense sendiri.

Mengikut pembacaan daripada pada penerima sebelum ini, cara untuk isi borang keluar duit Adsense untuk dihantar terus ke akaun bank ini tidaklah sesusah mana. 

Cara untuk isi borang bagi boleh mula terima income dari Google Adsense ini juga tidaklah susah sangat. Antara perkara yang perlu di lakukan ke atas borang tersebut adalah seperti contoh di bawah ini.



Cara Isi Borang Keluar Duit Adsense Ke aAkaun Bank CIMB

Cara untuk keluarkan bayaran Adsense secara automatik terus ke akaun bank ini dikenali sebagai kaedah melalui Wire Transfer. Cara untuk update setting bagi kaedah Wire Transfer ini adalah :

1. Login ke akaun Adsense sendiri > Klik pada bahagian Payment @ klik saja terus di bahagian UPDATE pada memo yang ada.



2. Sekarang klik pada bahagian ADD PAYMENT METHOD

3. Setelah itu klik pada bahagian "Add New Wre Transfer Details' dan setelah itu tekan pada butang SAVE.
4. Nah sekarang bolehlah di isi segala detail peribadi yang dikehendaki. Pastikan isi segalanya dengan betul dan buat sekali double check kalau-kalau ada mana-mana bahagian yang tersalah eja atau sebagainya.



Cara untuk isi borang di atas boleh di rujuk pada list ini.
  • Beneficiary ID (optional) : Nak isi tak apa, tak nak isi pun tak apa
  • Name on bank account : Masukkan nama sendiri selaku pemilik untuk akaun bank tersebut dengan ejaan yang betul
  • Bank Name : Nama bank 
  • SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Boleh semak kod bank tersebut di sini >> Semak kod bank antarabangsa <<
  • Account number : Masukkan nombor akaun bank sendiri
  • Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun sendiri



5. Langkah terakhir, setelah selesai mengisi maklumat berkenaan, klik butang “SAVE” dan tunggu emel pengesahan dari pihak Google. 

Itu saja caranya, mudah saja kan? Lepas ni dah boleh tunggu bayaran Adsense yang akan masuk secara terus ke akaun bank secara automatik. Yang pasti jumlah income yang terkumpul hendaklah USD 100 ke atas. 

Tempoh bayaran yang dibuat oleh pihak Adsense pula adalah dalam masa satu ke tiga hari bekerja. Tempoh ini akan bergantung pada bank yang digunakan juga. 

Setiap bank lain syaratnya dan besar kemungkinan akan ada sedikit caj yang akan dikenakan oleh pihak bank sebagai komisen untuk perkhidmatan mereka. Caj ini rasanya mungkin akan berbeza mengikut terma dan syarat untuk setiap bank terbabit. 

Kesimpulan


Buat duit dengan Adsense untuk terima bayaran Adsense dalam nilai USD memang semakin mendapat perhatian. Lagipun cara untuk daftar Adsense dan check income Adsense ini juga tidaklah serumit mana, jika rasa layak boleh cuba memohon. 

Dan ingat, jika nak mudahkan urusan untuk terima terima bayaran Adsense ini sila pastikan dengan memilih kaedah pembayaran Melalui Wire Transfer.

19 comments for "Cara Transfer Income Adsense Terus Ke Akaun Bank "

  1. TQ, lepas ini boleh set macam nie, payment lepas by cheque lama sgt tunggu, tunggu cheque clear lepas bank in pun ambil masa lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa lepas ni leh wat wire transfer.. senang sikit keja..

      Delete
  2. Tq kak Rabia tgh tunggu je income AdSense ni naik

    ReplyDelete
  3. Zumal tak lulus-lulus AdSense ni 😂

    ReplyDelete
  4. berapa bank tu caj kalau terima payment dari adsense?

    ReplyDelete
  5. Kak boleh tanya tak?
    Saya guna wire transfer first time tapi nak isi form wire transfer account number bank ada 12 digit ke 16 digit?
    Sebab saya terisi 16 digit kat form tu.. saya guna maybank boleh tak reply? saya ada masalah sikit thnk you
    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau maybnk 12 digit.. jika salah boleh edit kemudian lepas daftar

      Delete
  6. Salam tumpang tanya,betul ke kalau guna wire transfer perlu buat pengesahan di bank bahawa duit yg masuk itu adalah duit dari google.Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Salam,tumpang tanya betul ke kalau guna wire transfer perlu buat pengesahan di bank bahawa duit yang masuk itu dari google.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama guna cara ni saya tak de buat apa2 pengesahan di bank

      Delete
  8. salam kak ada tak bank call mintak statement?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. takde, bank takde call minta apa2 statement

      Delete
  9. Salam...bole x saya nk tau.....adsense terakhir saya masuk USD 103.83 dan dkt statement ade tulis tolak caj RM 5.00 msalahnye skrg yg msuk hnye USD 98.83.....klau ditolak servis dlm RM x mgkin tggal segitu byknye😂......agak mngarut la klau convert plk USD ke RM😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. caj pengurusan tanpa perlu di buat apa2 tu.. (hanya tunggu cucuk amik di bank) ada 2.... yg pertama Adsense tolak USD5 dan yg ke dua bank digunakan tu tolak RM5

      Delete
  10. Ffe fbo interniary bank tu apa kak...?
    Nak kena call bank ker mintak...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis dulu letak swift code tu je.. swift code ni code ringkasan nama bank

      Delete
  11. Saya mahu bertanya...jika sy guna akaun bank isteri sy boleh ke???untuk adsense tu

    ReplyDelete