Panduan Cara Tebus Unifi Percuma 2019 Untuk Pelanggan Yang Layak | Sebagai salah seorang pengguna talian Telekom Malaysia (TM - Unifi), sememangnya daku rasa sangat teruja bila mendapat khabar berita yang TM telah menawarkan Langganan Percuma Unifi Sehingga 31 Disember 2019 ini. Wow! percuma untuk beberapa bulan tu!

Pelanggan dapat menikmati langganan internet Unifi percuma dengan tebus sekarang juga demi untuk dapatkan internet percuma hingga hujung tahun. Ini bermakna para pelanggan yang bertuah ini tidak perlu membayar bil Unifi sehingga habis tahun 2019. Kiranya dah tak payah pening kepala untuk bayar bil kerana semuanya FREE (percuma) sampai hujung tahun ini dalam rangka promosi terbaru Unifi tersebut


Kempen yang bermula Oktober hingga Disember 2019 ini TM berikan untuk memberitah atau menyebarkan tentang proses naiktaraf UniFi percuma untuk semua pelanggan. Malah pelanggan juga akan berpeluang merebut langganan PERCUMA unifi Home internet sepanjang tahun 2020! Promosi ini juga akan berlangsung sehingga 31 Disember 2019 nanti.

Bagi pelanggan baru, ianya lebih mudah kerana mereka hanya perlu mendaftar pakej terpilih untuk melayakkan diri menikmati langganan bulanan percuma sehingga 31 Disember 2019 yang diadakan ini. 

Semakan Kelayakan Naik Taraf Percuma Unifi & Streamyx boleh dilakukan di lamanweb utama milik Unifi TM. Pelanggan Streamyx juga dapat naik taraf pelan unifi , daku sendiri dah lakukan hal yang sama.



Cara Untuk Semak Dan Tebus 


1. Pergi ke https://unifi.com.my/


2. Login menggunakan username dan password



3. Pilih jenis servis pakej langganan


4. Klik Continue (mengikut akaun yang telah di simpan) untuk masuk ke laman utama 


5. Klik pada icon kempen PAY NOTHING yang tertera di situ.



6. Untuk pelanggan baru dan pelanggan sedia ada boleh klik pada button yang bersesuaian dengan status masing-masing. Bagi pelanggan sedia ada klik terus pada bahagian Via Self-Care. 


7. Jika layak boleh terus isi detail yang di minta dan jika tak layak jangan bersedih hati okay!



JOM SEMAK DAN MOHON.... KAN MELEPAS PULA !!! 








Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.