Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cermin Mata Cantik Murah Bergaya - EuroDesign Summer Collection Eyewear

Cermin Mata Cantik Murah Bergaya - EuroDesign Summer Collection Eyewear | Bila sebut cermin mta ramai yang fikir hanya untuk mereka yang ada masalah mata. Hey, siapa cakap cermin mata hanya untuk mereka yang ada masalah rabun dekat dan rabun jauh je! No lah! Salah tu. Kalau nak tahu orang yang tak ada masalah mata pun boleh je pakai cermin mata sebagai salah satu pelengkap gaya. Cermin mata ni tergolong sebagai salah satu faktor berfesyen juga tahu.

Sebagai contoh, daku sendiri alhamdulillah tak ada masalah mata. So far so good. Tapi sejak kebelakangan ni rasa macam nak tukar style sikit. Saja, tukar penampilan sikit. Jika sebelum ni dah tukar gaya berpakaian maka sekarang nak lah tambah sedikit aksesori sebagai pelengkap gaya. Fikir punya fikir akhirnya terlintas di fikiran untuk kenakan cermin mata. 



Maka misiku untuk mencari cermin mata yang cantik-cantik dan up-to-date pun bermula. Kalau boleh taknak la yang mahal sangat. Daku mahu cari cermin mata yang cantik dan bergaya tetapi dalam masa yang sama masih di dalam paras harga yang murah dan berbaloi. Bila Google antara cermi mata murah dengan bentuk cermin yang unik berserta harga yang berpatutan adalah MY EURO DESIGN.

Tak nak tunggu lama terus daku singgah ke website utama mereka. Daripada info melalui website pihak My Euro Design menawarkan 2 (dua) jenis pilihan cermin mata. Yang pertama adalah Sunglasses (cermin mata hitam) dan yang ke dua adalah Eyeglasses (cermin mata jernih).



Nak pilih yang mana satu ni? Serius cakap, memang banyak pilihan yang cantik, yang latest trend, yang menawan kalbu. Bagi aku cermin mata yang ditawarkan oleh pihak My Euro Design ni memang berlainan kerana ia bukan saja menawarkan spek murah yang sesuai di pakai untuk lengkapkan gaya mala sesuai juga pada raut wajah. Semua cantik-cantik hinggakan dah pening nak pilih cermin mata atau spek ini dengan bentuk yang mana satu. 

Harga yang di tawarkan juga murah! Haa sudahlah cantik-cantik, murah pulak tu. Banyak pilihan pula. Fikir punya fikir akhirnya daku buat keputusan untuk Summer Eyeglasses berbanding Sunglasses. 



Penghantaran Cepat Dan Selamat 
Selesai membuat tempahan, hanya dalam masa beberapa hari cermin mata idaman sudah berjaya berada di genggaman. Wow! Teruja jadinya. Makin happy bila lihat pada cara pembungkusannya yang menggunaakn kaedah bag angin bagi menjaga keadaan cermin mata tersebut. Bijak bijak. Dengan cara begini barulah cermin mata tak retak dan rosak. 


Eyeglasses Dari My Euro Design Sememangnya Sangat Menawan

Inilah rupa summer eyeglasses yang telah ku pilih dari lamanweb utama My Euro Design. Not bad kan? Design yang daku pilih ni namanya Oversized Light Metal Round Blue Ray Computer Eyeglasses dengan frame warna Blue Black. Selain daripada frame warna blue black ni ada juga pilihan dalam warna silver. Frame ni materialnya adalah aloi. 


Paling daku suka adalahh bentuk cerminnya yang agak unik dalam bentuk Hexagon. Lain daripada yang lain gitu. Cerminnya pula seakan berwarna kekuningan sikit dan material untuk lense daripada jenis AC. Berapa harganya? Tak mahal mana, hanya RM61 je awak! Haa kan dah kata murah. 


Jika kurang berkenan dengan eyeglasses dengan bentuk begini, kalian boleh pilih design dari bentuk yang lain. Ada bermacam jenis, bermacam bentuk frame untuk lelaki dan juga perempuan, sebagai contoh Hexagon Transparent Nerd Eyeglasses ni.


Nak dapatkan cermin mata untuk di pakai sebagai pelindung mata untuk skrin komputer juga boleh. Lagi-lagi untuk blogger seperti daku ni yang asyik menghadap laptop saban hari. Daku sendiri rasanya nak dapatkan satu. Bolehlah pakai semasa sedang menulis tak adalah mata ni dapat masalah nanti.  Pilihlah yang mana suka. Yang pasti harga sangat-sangat berbaloi. 



Boleh Pakai Semasa Memandu Pada Waktu Siang

Untuk eyeglasses Oversized Light Metal Round Blue Ray Computer Eyeglasses dengan frame warna Blue Black yang telah ku dapatkan ini, alhamdulillah memang rasa best semasa pakai. Siap boleh pakai untuk memandu lagi. Kurang jugaklah tahap silau yang kena kat mata ni. Paling best bahagian hujung 'kaki spek' tu sama sekali tak menyakitkan. Bila pakai rasa betul-betul terletak elok walaupun daku pakai bersama dengan hijab. 


Nampak ni? Walaupun size nampak seperti sedikit besar tapi okay je bila pakai. Nampak makin bergaya adalah. Satu lagi yang ku suka bila ada sunglasses ni kat wajah secara automatik rasa segan ketika perlu berdepan dengan orang tu sedikit kurang. Kalau dulu nak pandang satu arah pun tak berani lama-lama tapi bila ada spek kat mata ni macam ada sesuatu tolong coverkan. Terasa lebih inspirasi dengan gaya baru ni.. pandangan mata pun lebih bercahaya gitu... ahaks... Love it! 



Pandangan Malam Juga Nampak Lebih Menarik Dalam Gaya Bersahaja

Ini pula pakai untuk waktu malam. Haa ni untung kalau beli eyeglasses, boleh pakai siang malam. Kalau sunglasses elok pakai siang je.. hehe.. So far masa pakai waktu malam alhamdulillah okay! Bila ambil gambar nampak sweet plak (alamak puji diri sendiri)! Tak kisahlah janji semua dapat tahu yang cermin mata dari My Euro Design ni memang awesome. Serius daku sangat berpuashati dengan harganya. 


Nak Nampak Lebih Bergaya? Teringin Nak Pakai Cermin Mata Sebagai Penampilan Baru? Dapatkan Segera Dari Koleksi My Euro Design Yang Ohsem!

Jika ada rasa teringin kat hati untuk ubah sedikit imej untuk tampak lebih bergaya, jangan tunggu lama-lama dan boleh terus dapatkan mana-mana glasses dari My Euro Design. Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, tak salah nak pakai cermin mata hitam ataupun jernih jika dirasakan ianya sesuai dengan diri sendiri. 

Jika suka lakukan saja, bukanlah ada salah kat mana-mana kan. Jangan segan dan jangan malu sebaliknya pakai saja jika itu adalah keinginan hati dan diri sendiri. Nak berfesyen dengan cermin mata begini tidak keterlaluan pun dan bila dah beli jangan pula rasa segan nak pakai. Untuk urusan pembelian dan soalan tambahan boleh terus hubungi pihak My Euro Design melalui detail di bawah.


MY EURO DESIGN | EuroDesign Summer Collection Eyewear
MALAYSIA STYLISH GLASSES 
Hotline : (+601) 0523 8511



7 comments for "Cermin Mata Cantik Murah Bergaya - EuroDesign Summer Collection Eyewear"

  1. cantik sangat design cermin mata tu. memang gaya zaman sekarang lah. hehehe

    ReplyDelete
  2. halah halah terpikat ni..mcm tau2 sis dh lama tak tukar cermin mata baru...

    ReplyDelete
  3. ooo ni la spek mata dok pkai kat profile pic wasap tu ya :p

    ReplyDelete
  4. menarik, harga pun memang murah betul

    ReplyDelete
  5. Makin cantik la dia ... Harga pun affordable.

    ReplyDelete
  6. Kenapa yang seorang kalo pake kacamata jadi keliatan smart

    ReplyDelete