Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Doa Mudah Bersalin Normal Dalam Rumi Untuk Ibu Amalkan

Doa Mudah Bersalin Normal Dalam Rumi Untuk Ibu | Doa ketika melahirkan anak memang patut para ibu tahu untuk tenangkan hati dan lebih bersedia dalam menghadapi saat-saat ketika sedang ingin bersalin. Tidak kiralah bersalin secara normal mahupun czer, si ibu memang patut ada doa untuk di baca ketika ingin melahirkan anak.

Jika tak boleh dalam bentuk ayat, boleh saja di baca dalam rumi. Malah daku sendiri selalu amalkan doa mudah bersalin normal dalam rumi ketika sedang mengalami detik bersalin.



Tak dinafikan ada doa yang mudah dan ada doa yang panjang dan agak susah untuk di hafal. Antara doa-doa ini ada yang telah di baca oleh para Nabi dan diturunkan dalam Al-Qur'an. Dengan adanya doa ibu akan merasa lebih tenang ketika proses bersalin dan segalanya juga akan terasa lebih mudah, InshaAllah.

Jika di tanya apakah doa mudah bersalin untuk ibu itu? Di sini akan dikongsikan beberapa himpunan doa mudah bersalin untuk diamalkan. Ohya surah pilihan ketika mengandung juga boleh diamalkan sebagai amalan doa mudah bersalin. Di harap dengan adanya himpunan doa mudah bersalin ini para ibu akan rasa lebih tenang dan bersedia.

Antara Surah Yang Bagus Sebagai Doa Mudah Bersalin Ketika Melahirkan Anak Untuk Para Ibu Amalkan adalah..... 
  • Surah Al-Fatihah - Terang hati & kuat ingatan.
  • Surah Yusuf - Memperolehi anak cantik rupa & berakhlak mulia
  • Surah Luqman - Memperoleh anak pintar akal & cerdik jiwa
  • Surah Maryam - Memudahkan proses kelahiran & memperolehi anak yang sabar serta taat kepada ibu bapa
  • Surah al-Hujurat - Membantu pengeluaran susu ibu & anak bersifat berhati-hati
  • Surah At-Taubah - Membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah Yaasin - Menenangkan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah Surah An-Nahl - Melahirkan anak yang berdisiplin
  • Surah al-Imran 38
  • Surah al-Imran ayat 8-9
  • Surah Ibrahim ayat 40
  • Surah al-Baqarah ayat 128


Al-Quran // Surah Al-Fatihah,Lukman,Al-Hujrat,At-taubah,Maryam,Yusuf,Yasin,An-Nahl


Ibu juga boleh biasakan diri dengan mendengar surah-surah ini sejak dari awal kandungan.




Selain daripada bacaan surah-surah untuk doa mudah bersalin tadi, para ibu juga boleh amalkan bacaan zikir sebagai doa mudah bersalin. Tak kisah nak baca dalam jawi ataupun rumi. 

Ibu boleh amalkan sejak dari awal kandungan hingga saat ingin melahirkan dan manalah tahu asbab dari amalan ini semuanya akan berjalan dengan baik di sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran. Tak kisahlah sama ada bersalin secara normal ataupun ceaser (pembedahan).

Doa & Zikir Cepat Bersalin Dalam Jawi & Rumi Untuk Ibu Amalkan

Antara Doa dan zikir yang bagus diamalkan untuk doa mudah bersalin dalam proses kelahiran adalah seperti :

1. DOA DARI SURAH MARYAM AYAT 26


فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

2. DOA NABI ZAKARIA DARI SURAH ALI IMRAN AYAT 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

3. DOA DARI SURAH FAATIR AYAT 11


وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ 
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

4. Surah Al-Anbiya' : AYAT 87-89

LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"




Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

 

Zikir Ibu Mudah Bersalin (Doa Nabi Yunus) 500 Kali


Doa Mudah Bersalin Paling Senang Ingat & Baca Untuk Si Ibu dan Suami

Dalam banyak-banyak doa di atas, daku amalkan doa di bawah ini semasa sedang mengalami saat untuk melahirkan anak. Pada mulanya boleh baca dalam jawi tetapi dek kerana sakit yang semakin berat maka akhirnya daku hanya baca dalam rumi. 




Para suami juga boleh baca doa mudah bersalin ini untuk isteri agar segalanya berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir demi keselamatan anak isteri tersayang. Doa tersebut adalah :


ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
Allahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir

“Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”

Doa mudah bersalin ini juga boleh diamalkan sebagai doa cepatkan bukaan jalan bersalin. Selalunya doa-doa ini diamalkan sebagai doa mudah bersalin secara normal tetapi jika kebetulan bersalin czer, boleh saja diamalkan juga doa yang serupa. Yang penting tujuan doa ini di baca adalah untuk memohon supaya Allah SWT permudahkan segalanya dan supaya si ibu juga boleh berada dalam keadaan tenang. Ameen. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

3 comments for "Doa Mudah Bersalin Normal Dalam Rumi Untuk Ibu Amalkan"

  1. betul tu Awa, kak ana sendiri masa mengandung kedua2 anak alhamdulillah sempat habiskan al quran dan surah2 pilihan menjadi amalan sepanjang kehamilan. Doa lah senjata kita umat ISlam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian artikel yang baik seperti ini. Waktu hendak bersalin memang sangat baik untuk ibu-ibu mengandung supaya dapat perbanyakkan zikir, doa dan mengingati Allah. Moga perasaan takut dapat di atasi, proses bersalin dapat berjalan dengan lancar dan memperoleh zuriat yang sihat dan selamat. Aminn.

    ReplyDelete