i-Saraan KWSP : Caruman & Dividen Untuk Mereka Yang Berkerja Sendiri | Bila sebut perkataan KWSP perkara yang muncul adalah DUIT DI HARI TUA. Iyalah kalau orang yang kerja kerajaan takde hal sebab boleh dapat pencen, tapi untuk kerja swasta KWSP lah yang akan jadi simpanan untuk hari tua. Lagi-lagi untuk yang berkerja sendiri.

Haa ini yang nak story kat korang! Untuk kerja sendiri pun boleh juga ada simpanan hari tua melalui KWSP sebenarnya. Masih dalam konsep yang sama iaitu simpan sedikit dari hasil pendapatan dan tunggu untuk ambil semuanya untuk kegunaan hari tua. Kaedah ini adalah melalui i-Saraan. Caranya pun simple duper senang dan daku sendiri adalah salah seorang ahli yang mencarum untuk i-Saraan.


Apakah Maksud i-Saraan Ini Sebenarnya? 

Saraan ertinya pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan dan maksud i-Saraan ini pula adalah "Voluntary Contribution with Retirement Incentive (i-Saraan) that will Earn annual EPF dividend on your retirement savings." dalam erti kata lain, seseorang boleh membuat simpanan di bawah i-Saraan dan akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun serta layak mendapat sumbangan kerajaan mengikut syarat yang telah ditetapkan. 


Ini bermaksud, seseorang boleh simpan duit walau berkerja tanpa majikan (kerja sendiri) menerusi i-Saraan dan setelah membuat simpanan si pencarum akan dapat menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan sendiri. 

Sebagai contoh; dengan menyumbang kepada skim ini, pemandu Grab, peniaga pasar malam, pengusaha syarikat, si tukang jahit dan sebagainya akan dapat menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen dan sebagainya. 




Berapakah Jumlah Yang Perlu Dikeluarkan Sebagai Simpanan Di i-Saraan Ini?

Seperti yang telah di sebut tadi, i-Saraan menggunakan konsep Voluntary Contribution (self contribution) yang dalam bahasa Melayunya bermaksud SUKARELA HATI. Ya, jumlah yang perlu dikeluarkan untuk di simpan dalam KWSP ini adalah mengikut kemampuan diri sendiri. Tak kisah nak keluarkan berapa sekalipun. Itu terpulang pada setiap individu.


Ya, Simpanan i-Saraan masih layak menerima dividen tahunan KWSP dan jika si pencarum menyimpan dengan target yang ditetapkan maka si pencarum akan turut layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM250 setahun (paling maksimum) daripada pihak kerajaan. 


Kelebihan i-Saraan : Beri Dividen Dan Lain-Lain Pada Si Pencarum (Si Penyimpan)

Benar! i-Saraan atau Caruman Sukarela Dengan Insentif Persaraan ini akan memberi peluang kepada si pencarum untuk menerima dividen (EPF). Dividen tambahan ini adalah sebanyak 15% (maksimum RM250 /setahun) daripada kerajaan ke atas caruman yang telah di buat.

Apa yang lebih menguntungkan, dengan mencarum di i-Saraan, seseorang itu akan layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000 selain daripada sumbangan kerajaan 15% atas amaun caruman tersebut. Malah, bantuan kematian sebanyak RM2,500 juga akan turut di beri.

Jika nak dapat RM250 setahun ni pastikan jumlah simpanan di dalam akaun i-Saraan tersebut adalah dalam lingkungan RM1,667 setahun. Tak kisah nak masukkan sekaligus sebanyak RM1,667 ataupun buat simpanan secara bulanan sebanyak RM140 ke RM150 sebulan. InshaAllah dividen tambahan daripada kerajaan sebanyak RM250 akan mendarat.

Jika difikirkan semula dari awal, dengan i-Saraan sememangnya sangat menguntungkan masa depan. i-Saraan sangat bagus untuk peniaga-peniaga dan si pekerja sendiri ini kerana akan berjaya mempunyai caruman untuk hari tua serta berpeluang untuk mendapat dividen serta mengurangkan jumlah cukai pendapatan sebanyak RM4,000 ke atas perniagaan masing-masing. Sebab itulah daku juga ikut sama daftar dan buat caruman melalui i-Saraan!


Siapakah Yang Layak Untuk Mohon i-Saraan?

i-Saraan boleh dilakukan oleh sesiapa saja yang bekerja sendiri tanpa ada majikan (owner bisnes sendiri). i-Saraan juga boleh dibuat oleh sesiapa saja yang bekerja sendiri ini walaupun tidak mempunyai jumlah pendapatan yang tetap. Terpulang pada si pencarum ingin buat caruman berapa banyak dan mereka yang layak untuk memohon ini juga hendaklah : 

  • berusia 55 tahun dan ke bawah
  • warganegara Malaysia
  • merupakan ahli KWSP
  • telah membuat i-Saraan sebelum ini

Bagaimanakah Cara Untuk Daftar i-Saraan?

Untuk urusan register i-Saraan ini, adalah lebih mudah jika kalian terus saja walk in ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat dengan kediaman masing-masing. Daku sendiri hari tu hajatnya sekadar ingin pergi bertanya untuk lebih faham tentang i-Saraan dan ternyata rupanya sangat mudah untuk urusan daftar i-Saraan ni. Jangan risau, staff yang ada akan membantu! Bawa IC je pun.


Kebetulan daku pun memang dah ada akaun KWSP sebelum ni maka lepas hulur IC dan isi sekeping borang i-Saraan KWSP yang telah disediakan, terus boleh proses. Alang-alang mudah so daku pun terus uruskan daftar pada hari tersebut juga. Nasib baik hari tu tak ramai orang, alhamdulillah kejap je dah siap akaun i-Saraan untuk diri sendiri. Settle!




Bagaimana Pula Untuk Buat Caruman (Simpanan) Ke Dalam Akaun i-Saraan?

Cara untuk buat bayaran caruman sendiri KWSP ke dalam akaun i-Saraan masing-masing ni ada 3 (tiga) kaedah iaitu :

1 - Walk-in dan bayar di kaunter cawangan KWSP

2 - Bayar di kaunter ejen bank seperti Maybank, RHB dan Public Bank

3 - Bayar melalui perbankan internet seperti Maybank dan Public Bank

Daku pakai CIMB dan buat masa ini CIMB belum ada lagi kelebihan untuk i-Saraan, huhu. Tapi tak apalah still boleh pergi bayar melalui Maybank.


Bagaimana Cara Untuk Check Jumlah Caruman (Simpanan) i-Saraan Ini?

Jangan risau, i-Saraan boleh check online juga melalui lamanweb utama milik KWSP.  Detail untuk login ini akan diberi panduan oleh staff KWSP semasa urusan pendaftaran.


Melalui akaun online yang ada ini semua pencarum boleh check detail berkaitan akaun masing-masing seperti jumlah simpanan untuk akaun 1, jumlah simpanan untuk akaun 2, detail peribadi diri, jumlah dividen EPF i-Saraan yang masuk dan sebagainya.

So, apa yang di tunggu lagi tu? Nak ada simpanan untuk hari tua walaupun tak berkerja dengan mana-mana majikaan? Nak ada simpanan untuk hari tua dengan membayar ikut jumlah yang kita mampu tanpa perlu terikat dengan siapa-siapa? Jawapannya tak lain dan tak bukan adalah melalui i-Saraan yang ada di KWSP.

Tak kisahlah kerja apa sekalipun. Tak kisah juga berapa pendapatan sekalipun walaupun tak tetap! Carum sendiri ikut jumlah yang mampu. Takde siapa akan ambil peduli. Yang penting ini adalah simpanan sebagai 'pencen, untuk diri sendiri di hari tua. Saya dah! Alhamdulillah lega dah start! Kalian sendiri macamana?







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.