Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ilham Dekorasi Ruang Dapur Kecil Yang Sempit

Dekorasi Rumah - Ilham Deko Dapur Kecil Di Ruang Sempit | Dapur kat rumah ni takde la semengah mana, ruang pun sempit la jugak. Almaklumlah rumah teres kan. Tapi ruang yang sempit tak bermakna tak boleh nampak cantik dan comel. Tapi itulah, nak deko ruang dapur yang kecil ni bukan satu kerja yang mudah. Kena tahu dulu dekorasi dapur bagaimana yang sesuai supaya semuanya nampak okay.

Cara paling mudah adalah dengan melihat dekorasi rumah orang lain untuk dijadikan sebagai pencetus ilham dekorasi untuk dapur sendiri. Selain dari itu perlu juga ada sedikit peruntukan bajet supaya segalanya dapat direalisasikkan. 



Di sini akan dikongsikan beberapa ilham dekorasi untuk yang melibatkan penggunaan warna dan susun atur dapur yang sempit terutama untuk rumah flat rumah apartment dan juga rumah teres. Siapa kata rumah kecil tak mampu nampak menarik dengan dihias sebegini cantik? Dapat tema yang sesuai untuk deko kediaman sendiri, InshaAllah semuanya akan nampak wow!


1. ILHAM DEKO DAPUR KECIL KONSEP MINIMALIS











2. ILHAM DEKO DAPUR KECIL KONSEP MIX AND MATCH (PLAY WITH COLOURS








3. ILHAM  DEKO DAPUR KECIL TANPA KABINET






4. ILHAM DEKO DAPUR KECIL KONSEP TERBUKA / DIY / BAJET







Tips Untuk Dekorasi Dapur Moden Untuk Ruang Sempit Di Rumah 


Dah lihat beberapa idea deko ruang dapur yang kecil tadi kan? Harapnya dapatlah dijadikan idea untuk dekorasi ruang dapur di rumah masing-masing. Apapun sebelum buat apa-apa keputusan sila ambil kira juga beberapa aspek seperti di bawah ni. 

1- Perabot / Rak 

Dekorasi dapur bermula dengan membeli perabot kos rendah, bekas-bekas kecil dan juga rak untuk diletakkan barangan dapur yang ada. Untuk ruang dapur yang sempit sebegini sila guna perabot asas saja. Tak perlu letak perabot yang berlebihan kerana ia akan hanya membuatkan ruang yang sempit itu sukar untuk digunakan. 


2- Saiz Peralatan

Untuk ilham dekorasi dapur sempit untuk rumah teres mahupun flat begini, bukan hanya saiz perabot dan rak perlu di ambil kira malah saiz peralatan juga. Sebagai contoh saiz dapur, peti sejuk dan sebagainya. Beli dengan mengambil kira saiz bukannya dengan mengambil kira design atau sebagainya. 


3- Warna Cat Dan Wallpaper

Boleh gunakan cat dari warna cerah dan boleh juga pasang wallpaper dengan corak melintang atau menegak untuk menampakkan ruang yang sempit menjadi lebih luas dan tinggi. 


4- Susun Atur

Ilham dekorasi tidak akan berguna jika susun atur dapur yang sempit tidak digunakan dengan sebaiknya. Dekorasi untuk ruang dapur dari jenis melintang dan memanjang adalah tidak sama. Malah susun atur untuk setiap dapur juga boleh menentukan citarasa si pemilik. Yang penting pastikan ianya praktikal untuk digunakan. 


5- Faktor Pencahayaan 

Faktor pencahayaan juga penting. Jika ada ruangan tingkap seeloknya jangan di halang dengan apa-apa perabot kerana ia dapat memberi pengaliran udara dan pencahayaan yang lebih baik. Lampu juga perlu di tambah supaya dapur yang sempit ini nampak lebih terang, luas dan lebih selesa saat digunakan kelak. 


6- Hiasan Tambahan

Ruangan dapur yang sempit bukanlah satu alasan untuk tidak menghias ruang yang kecil ini menjadi satu tempat memasak idaman.Tak kisah untuk deko di rumah kos rendah atau sebaliknya, hiasan dalaman adalah bebas untuk kita lakukan asal tahu apakah yang patut dan tidak patut untuk deko dapur sempit ini. Tata hias dapur sempit rumah boleh ikut idea dari ilham deko deco dari rumah yang lain. Tak kisah untuk hanya suka-suka ataupun serius yang penting ilham deko dapur boleh menjadi makin cantik dengan hiasan tambahan yang sesuai. 



Bebaskan Diri Untuk Berdeko Dengan Kreatif 

Itulah serba sedikit info untuk design dapur kecil untuk ruangan yang sempit. Atas si pemilik inginkan design untuk tampak rumah moden mahupun tradisional. Yang penting setiap dekorasi ruang dapur kecil ini berguna untuk digunakan dan sesuai dengan citarasa si pemilik. Saiz yang kecil sememangnya bukan penghalang untuk si pemilik berdekorasi dan hiaslah dengan penuh kreativiti mengikut kehendak diri sendiri. 









3 comments for "Ilham Dekorasi Ruang Dapur Kecil Yang Sempit"

  1. cantiknya semua, suka tengok yang colorful.. tapi itulh kalau kat rumah sendiri tak tau camne nk deco nya...

    ReplyDelete
  2. Oh kita suka open shelving memandangkan rumah Malaysia ni kebanyakan banyak cicak dan lipas. Sebab sukar sikit diorang tu nak buat tempat tinggal. Kalau gelap2 mulalah dia menternak keturunan.

    Suka sangat kalau orang share bab2 deko rumah kecil dan sempat. Selalu tengok kat HGTV je.

    ReplyDelete