Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mencari Kedai Repair Screen Laptop Murah KL? FR Laptop Service Sedia Berkhidmat!

Kedai Repair Screen Laptop Murah KL? FR Laptop Service Sedia Berkhidmat! Mana nak repair skrin laptop murah di Kuala Lumpur? Kedai mana boleh kasi harga repair skrin dengan harga yang murah? Yang boleh tukar skrin laptop dengan cepat? Yelah skrin laptop dah problem, mestilah kena cari kedai tukar skirn laptop murah di KL yang bagus kan?

Masalah laptop rosak ni memang sering berlaku sebenarnya, begitu juga pada laptop sendiri kat rumah ni. Kadangkala motherboard rosak. Ada masa screen (skrin) pula rosak. Eeee geram tau! 



Tapi nak salahkan sapa, dah nak ditakdirkan rosak. Apa boleh buat kalau tak berusaha baiki. Dalam banyak-banyak kedai daku paling suka kalau boleh dapatkan khidmat dari kedai repair laptop melayu yang bukan saja pakar dan berpengalaman tetapi juga murah. Lagi-lagi untuk area KL. 

FR Laptop Service - Antara Kedai Baiki Repair Screen Laptop Murah Di KL 

Masalahnya, kedai repair laptop murah KL ni banyak okay! Mana satu yang patut pergi untuk repair masalah laptop ni? Kedai mana satu boleh baiki skrin retak, pecah atau rosak? Dan bila daku Google ternampaklah FR Laptop Service yang ada menawarkan banyak servis untuk proses baiki laptop ni termasuklah untuk tukar screen. 



Senang kan bila ada Google Search ni. Apa saja maklumat yang diperlukan hanya perlu taip saja di kotak carian. Tak kisahlah nak cari servis laptop repair KL ke, kedai repait laptop Ampang ke, yang penting FR Laptop Service ini adalah salah satu daripadanya. Tidak kisah utk laptop jenis apa kerana kebanyakannya memang boleh FR Laptop Service selesaikan

Apakah Antara Masalah Pada Screen Laptop Ini Sebenarnya?

Pada yang belum tahu, servis murah untuk LCD screen laptop pecah ni adalah bergantung pada jenis kerosakan itu sendiri. Antara jenis kerosakan yang sering berlaku terhadap screen laptop ini adalah seperti : 

#1 - Skrin Retak Atau Pecah


Skrin yang retak dan pecah tidak dinafikan berlaku disebabkan oleh kemalangan seperti terjatuh dari tempat yang agak tinggi, terpijak secara tidak sengaja, terhempas dari genggaman, terjatuh dari bagpack, tertumbuk dan lain-lain lagi. Iyalah, kita semua tahu yang laptop ini sangat sensitif! Nak guna laptop mesti selalu hati-hati barulah tidak mudah rosak. 

Ada juga sesetengah kes mengatakan yang skrin laptop mereka retak kerana masalah overheat (panas melampau). Namun masalah skrin retak disebabkan oleh overheat ini agak jarang sangat berlaku. 


#2 - Ada ‘Dead pixel’ ( tompok-tompok ) Pada Skrin 



Ada juga kes di mana laptop yang terjatuh, terhempas dan terpijak ini tidak membawa kepada masalah skrin retak atau pecah sebaliknya skrin tersebut menunjukkan tanda tompok-tompok. Situasi ini di panggil sebagai ‘dead pixel’.

Dead pixel ini boleh juga berlaku disebabkan perkara lain sebagai contoh, laptop diletakkan dalam beg sandang yang padat dengan buku-buku. Dan bag sandang ini di masukkan pula ke dalam bonet kereta dengan kereta digerakkan pada kelajuan yang agak tinggi hingga main redah je segala bonggol jalan yang ada di depan. Haaa inilah tekanan yang di maksudkan itu.



#3 - Ada Warna Putih Pada Skrin 



Selain daripada masalah tadi, warna putih pada skrin yang dikenali sebagai ‘white screen of death’ adalah satu lagi masalah yang berkaitan dengan LCD skrin laptop. Warna putih pada skrin ini boleh muncul secara penuh pada keseluruhan skrin atau mungkin hanya separuh saja.

Masalah skrin putih ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Ia perlu diperiksa untuk mencari sebab musababnya dan jika tidak segera di baiki maka ia akan menjadi lebih serius! Makin tunggu lama jawabnya makin banyaklah kos untuk nak baikinya tu nanti.

#4 - Terdapat Garisan-Garisan Pada Skrin



Pernah nampak ada muncul garis-garis menegak atau mendatar pada skrin laptop tak? Jika ada, segeralah bawa ke kedi repair laptop murah KL dengan segera untuk dibetulkan. Tolong jangan dibiarkan begitu saja alamatnya nanti yang hanya rosak sikit akan semakin melarat. Tak pasal kena keluarkan banyak wang untuk baiki tu nanti.

Tidak dinafikan ramai yang hanya membiarkan saja masalah ini pada skrin laptop dengan alasan nanti masalah garisan pada skrin laptop ini akan hilang sendiri namun sememangnya itu tidak akan berlaku. Jika nakkan garisan pada skrin ini hilang suka ataupun tidak hanya kedai repair laptop yang boleh di harap untuk bantu betulkan semuanya.


#5 - Tiada Display Pada Skrin Atau Black Screen


Tiada display atau sebarang paparan pada skrin selepas dihidupkan betul-betul boleh bikin gelabah! Sapa tak cuak kalau dah satu apa pun tak muncul di skrin. Arghhh... boleh stress kalau begini.

Antara beberapa sebab masalah yang boleh menyebabkan isu tiada display pada skrin atau black screen ini dan antara masalah tersebut adalah :
  • Skrin rosak (screen problem) 
  • Ribbon skrin putus/luka/tercabut. 
  • BIOS bermasalah 
  • RAM bermasalah 
  • Motherboard


Untuk memastikan samada laptop itu benar-benar telah rosak adalah dengan memeriksa pada lampu LED monitor ketika memulakan PC. Pastikan sama ada ianya hidup atau warna lampunya berubah. Periksa juga samada suis pada plug laptop tersebut telah benar-benar dipasang dan dihidupkan.

Jika masih tidak berfungsi, boleh cuba dengan soket yang lain. Sekiranya masih lagi gagal untuk dihidupkan, boleh pula cuba menukarkan kabel plug monitor tersebut. Tak juga berjaya? Alamatnya perlu hubungi pihak FR Laptop Service untuk dapatkan bantuan, dengan kadar segera.


#6 - Tiada Backlight Pada Skrin 


Semuanya ada dan terpapar seperti biasa tetapi masalahnya tidak ada cahaya sebagai latarbelakang dan ia semestinya akan menyukarkan pengguna seperti anda untuk membacanya. Salah satu punca berlakunya perkara ini mungkin di sebabkan backlight lamp problem atau inverte.

Kerana itu, sebelum mengambil kesimpulan bahawa skrin tersebut rosak sepenuhnya, anda perlu terlebih dahulu memeriksa keadaan bulp samada ianya pecah ataupun tidak. Jika benar ianya disebabkan masalah bulp yang pecah maka selamatlah wang anda dari terpaksa menukar skrin yang baru.

FR Laptop Service Mempunyai Pelbagai Kelebihan Untuk Para Pelanggan

Jika benar sayangkan laptop tu, tolong jangan hantar untuk baiki skrin laptop tersebut di kedai repair laptop yang sembarangan. Laptop ini bukan sembarangan maka dapatkanlah servis yang berkaitan dari kedai repair screen laptop murah KL seperti FR Laptop Service ini.

Antara kelebihan utama untuk pihak FR Laptop Service ini adalah :

  • mempunyai kepakaran dan pengalaman
  • mempunyai staff yang mesra pelanggan
  • boleh bantu buat pemeriksaan ke atas laptop secara percuma 
  • boleh baiki laptop untuk semua jenis model
  • harga kasih sayang untuk servis yang berkualiti
  • antara kedai repair screen laptop murah KL milik anak melayu dengan warranty


Kedai repair laptop murah KL dengan nama  FR Laptop Service ini memang sudah terkenal sebagai pakar baikpulih laptop dengan harga jimat. Tidak kisahlah rosak pada skrin, motherboard, keyboards dan lain-lain lagi, inilah tempat yang perlu di tuju.

Sebahagian Wajah Gembira Pelanggan Yang Telah Berpuashati





Screen Laptop Retak / Pecah? Sedang Mencari Kedai Repair Screen Laptop Murah KL? Segera Hubungi Pihak FR Laptop Service Sekarang Juga!

Mencari pakar khidmat repair skrin di tempat sendiri lagi-lagi di sekitar KL bukanlah satu keraja yang mudah. Repair screen memang ramai yang buat servis begini namun maksud saya untuk mendapatkan kedai repair screen dari pihak yang betul-betul pakar dan berpengalaman seperti FR Laptop Service ini bukanlah satu kerja yang senang. 

Kerana itu jika alang-alang dah tahu tentang FR Laptop Service ini maka bolehlah turut gunakan khidmat FR Laptop Service ini. Ingat! Bila laptop ada masalah tolong rajinkan diri untuk segera bertindak bagi selesaikan segala masalah pada laptop tersebut. Kalau tidak, hmmm.. makin rosaklah laptop tersebut nanti.



FR LAPTOP SERVICE | KEDAI REPAIR MOTHERBOARD LAPTOP MURAH KL 
Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp 

Facebook : @FRLaptopService 



Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan Kuala Lumpur, Malaysia 55100 


Waktu Operasi : 
9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari) 

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3 
Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2


Post a Comment for "Mencari Kedai Repair Screen Laptop Murah KL? FR Laptop Service Sedia Berkhidmat!"