Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pokok Halau Nyamuk : Elok Tanam Di Kawasan Rumah

Pokok boleh halau nyamuk? Tak sangka petua halau nyamuk boleh guna pokok ni! Tapi memang bagus juga bila ada pokok halau nyamuk indoor begini, setidaknya dapat kurangkan penggunan racun serangga. Bagaimana rupa pokok halau nyamuk ni? Kalau nak tahu jom baca artikel ni sampai habis.

Pertama sekali suka untuk dikongsikan yang cara menghalau nyamuk secara semulajadi ni dah semakin popular. Bukan saja di Malaysia tetapi juga di negara yang lain. Antara jenis pokok halau nyamuk yang paling banyak digunakan adalah dari jenis tanaman zodia dengan nama saintifiknya Evodia sauveolens. Evodia, amboi sedap pula nama ni. 




Pokok ini menjadi pilihan kerana ia dapat menghalau nyamuk dengan mengeluarkan aroma unik yang tidak digemari oleh nyamuk tersebut. Aroma ini terhasil daripada daunnya. Apa yang lebih best lagi, daun aroma daripada daun pokok halau nyamuk dengan nama  Evodia sauveolens ini mampu bertahan selama enam jam! 

Wah dah macam spray racun serangga dah haa.... Aromanya juga boleh tersebar dalam lingkungan 2 meter. Nampaknya bolehlah kita sama-sama beli atau tanam pokok ni sebagai penghias rumah dan juga penghalau nyamuk dalam satu masa. Bolehlah sama-sama berjimat kan?

Nama lain yang sering di panggila untuk pokok halau nyamuk ini adalah seperti Pokok Jari Lima ataupun Geranium. Cara penggunaannya adalah dengan menggoyangkan pokok dan setelah itu dapatlah menghalau nyamuk yang berkeliaran.  Dari berhabis duit beli pokok plastik nampanya elok sangat jika beli pokok halau nyamuk juga untuk diletakkan di dalam kediaman. 


Selain daripada pokok ini, ada lagi pokok lain yang boleh digunakan untuk tujuan halau nyamuk ini. Antaranya adalah seperti :

> Pokok Bunga Tahi Ayam
> Pokok Bunga Marigold
> Pokok Serai Wangi
> Akar Wangi
> Pokok Lidah Buaya
> Bunga Selasih
> Pokok Semambu / Daun Mampu
> Lemon Balm
> Basil
> Lavender
> Catnip

- pokok selasih -

Nyamuk ini walaupun kecil tetapi sangat berbahaya kepada manusia. Lagi-lagi jika ada anak kecil. So lepas ni bolehlah mula di tanam halaman rumah dengan bunga tahi ayam, bunga marigold, serai dan pokok selasih. Jangan lupa juga untuk tanam pokok yang sesuai untuk menghalau nyamuk ini darir terus berleluasa. 

Nyamuk ini sangat-sangat bahaya kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti malaria dan denggi. Kerana itu jangan hanya berlengah sebaliknya berusaha supaya kesihatan diri sendiri dan keluarga lebih selamat dan terjamin.  


5 comments for "Pokok Halau Nyamuk : Elok Tanam Di Kawasan Rumah "

  1. Baru tahu pasal pokok halau nyamuk nih! bagus jugak ni kalau kat kampung tanam keliling kawasan

    ReplyDelete
  2. wah tanam pokok ni tak payah nak sembur ridsect dah nak halau nyamuk..hehe

    ReplyDelete
  3. Bolehlah tanam di sekeliling rumah untuk menjauhkan nyamuk

    ReplyDelete
  4. Kirain hanya di Indonesia ada nama bunga tahi ayam... sama rupanya.

    ReplyDelete
  5. Jimat duit beli bunga mahal2.. Tanam ni pun bagus ada faedah ... Tahu bunga tahi ayam jak , rupanya serai pun boleh ... Ok, bolehlah jalankan misi tanam serai lepas ni. Hehe.

    ReplyDelete