RESEPI POPIA CHEESE & Cara Buat Popia Cheese Sendiri Di Rumah | Nak dijadikan cerita baru ni terfikir kudapan apa yang best nak makan sambil tengok TV dengan anak dan suami kat rumah. Google punya google eh ternampak pula resepi kerepek popia cheese yang sangat sedap dan mudah dibuat. Resepi snek kudapan dengan nama popia cheese ni bagi aku sangat simple! Resipi yang mudah giler nak buat ni hanya memerlukan beberapa langkah saja tau! 

Dah mula terbayangkan bila dah sudah buat resepi popia cheese ni nanti. Mesti best makan popia cheese kunyah-kunyah beramai-ramai. Silap haribulan tak sedar boleh habis makan popia cheese ni sampai sebalang. Gerenti punya! So tak nak cakap banyak nak simpan teruslah resepi popia cheese tu kat sini, senang nanti bila nak buat dah tak payah nak tercari-cari lagi. 



Resepi kerepek popia yang cukup mudah ini hanya memerlukan kulit popia dan serbuk cheese yang selalu digunakan untuk membuat kentang wedges ala-ala KFC tu je pun. Bila fikir-fikir takdelah memerlukan kos banyak sangat. Kiranya berbaloi la bila buat resepi popia cheese ni nanti sebabnya boleh makan banyak-banyak dengan semua orang kat rumah. Tak nak cakap banyak jom cara penyediaan. 

BAHAN UNTUK BUAT POPIA CHEESE SENDIRI DI RUMAH

- 1 paket besar kulit popia (40 keping) - boleh dapat lebih kurang 4 balang besar popia cheese 
- cheese powder secukupnya
- sedikit gula kastor 
- sedikit serbuk cili 
- minyak untuk menggoreng 

Kalau korang perasan, gula kastor dan serbuk cili turut digunakan juga. Ini adalah untuk mendapatkan rasa popia cheese pedas rangup dan ia boleh juga dikatakan sebagai resepi popia cheese original. Tak payah susah payah cari cheese carbonara ke apa untuk buat resepi kerepek popia cheese ni, biasa-biasa saja pun. Pada yang ada hajat nak buat bisnes popia cheese eh memang untung okay! Cuma pastikanlah yang resepi untuk serbuk cheese tu sedap. Mungkin boleh belajar dulu cara buat serbuk cheese super ring yang ohsem tu! 

Cara Buat Popia Cheese Sendiri Di Rumah

Bagi aku, jika dah namanya popia maka resepi popia crispy harus menjadi satu keutaman. Yelah, mana best makan popia tak rangup! Lagi-lagi untuk resepi popia cheese ni, eh takde feel tau kalau tak rangup! 

Sebagaimana yang telah diberitahu tadi, cara untuk buat sendiri popia cheese sendiri ni mudah saja. Kalau betul nak buat sendiri kerepek popia cheese pedas yang sedap, haa meh sini follow cara buat popia cheese sedap yang ohsem mengikut langkah-langkah di bawah :


1 - Potong kulit popia supaya jadi  bentuk kecil bersegi empat.

2 - Panaskan minyak dan goreng kulit popia dengan apa yang sederhana sehingga warnanya menjadi kekuningan. Setelah itu angkat dan toskan. Terus goreng hingga habis semua kulit popia yang telah di potong tadi.

3 - Bila dah settle, sejukkan seketika kemudian ambil sebahagian kulit popia tersebut dan masukkan dalam bekas. Yelah kan nanti dah tak rangup pula.

4 - Bila semuanya dah siap di goreng, gaulkan semua kulit popia tadi bersama dengan cheese powder, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas). Goncang atau gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese tersebut.

Siap! Haaa kan dah cakap mudah yang amat sangat. InshaAllah ada masa free nanti daku nak buat juga. Atleast dapatlah jimat wang dari perlu beli kudapan yang pasaraya tu lagi. Alhamdulillah. 







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.