Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kuih Nona Manis Sukatan Cawan Yang Lembut Dan Mudah

Resipi Kuih Nona Manis Lembut Mudah Buat Ikut Sukatan Cawan | 'Resepi Kuih Nona Manis yg lembut, harum dan menarik rupa bentuknya. Bahagian luar yg hijau rasanya manis, dan dilengkapi bahagian dalam berwarna putih lemak', saat terbaca pengenalan dari Che Nom tentang kuih nona manis ni, terus rasa teruja. 

Sebut sahaja resepi nona manis, terus terbayang kuih bersaiz comel yang dikukus dan dimasukkan inti yang manis bersantan.

Kuih nona manis ini salah satu menu kegemaran untuk menu petang. Sebab itu, bila terlihat Che Nom ada kongsikan resepi nona manis ini, timbul rasa teringin untuk cuba buat. 

Mana taknya, kuih yang bersaiz comel dengan inti yang lemak manis bersantan ni memang sedap! 


Aku sendiri terus jatuh suka saat cuba pertama kali. Anak-anak pun ikut cakap sedap hingga makan berbiji-biji. 
Tak dinafikan, Kuih Nona manis adalah salah satu kuih kegemaran kebanyakan masyarakat Malaysia sekarang ni termasuk aku sendiri. 

Menurut Google, Nona Manis merupakan resepi yang berasal daripada Indonesia. Betul atau tak itu aku kurang periksa, yang ku tahu memang sedap. Kiranya berbaloi kalau masak resepi nona manis yang cute ni. Mudah je pun nak buatnya. 

Resepi Nona Manis - Simple, Mudah, Cepat Dan Sedap

Ada yang nak belajar buat kuih ni? Kalau ada, marilah kita belajar buat kuih Nona Manis ni bersama-sama. 

Di sini aku kongsikan resepi bersama tip untuk kuih Nona Manis. InshaAllah kuih Nona Manis yang lembut dan manis secukup rasa ni, boleh dinikmati dengan rasa happy bersama famili. 

Nona manis ingredients tak terlalu banyak. Bahan untuk buat resepi nona manis ni tak juga susah untuk disediakan. Cuma ia perlu di buat secara step by step. 

Sebab itu kuih nona manis boleh dianggap antara resepi mudah, ringkas dan senang nak buat cuma agak makan masa sikit bagi yang tak biasa. 




1. Resepi Nona Manis Che Nom


Ada 3 bahagian dalam penyediaan kuih nona manis. Bahagian A dan B ialah untuk penyediaan lapisan luar atau yang berwarna hijau pandan. Bahagian C pulak ialah penyediaan filling putih di tengahnya. 

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk A (kisar halus):
    • 1 cawan santan
    • 1 biji telur
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan gula
    • semua bahan B (yg dah dimasak)

  • Bahan-bahan untuk B (masak):
    • 1/2 cawan santan
    • 1/2 cawan air pati pandan (dari 5 helai daun pandan)
    • 2 1/2 besar tepung jagung
    • sedikit pewarna hijau
    • 1/2 sudu kecil garam

  • Bahan-bahan untuk C (masak):
    • 1 1/2 cawan santan
    • 1 1/2 sudu besar gula
    • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
    • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk bahagian hijau (A+B):
    1. Masak kesemua bahan B di atas api perlahan. Kacau dengan hand whisk sehingga pekat sekata dan sejukkan.
    2. Kisar halus kesemua bahan A dan bahan B (yang dah disejukkan tadi) di dalam blender.
    3. Tuang adunan hijau ke dalam botol sos, atau boleh juga disudukan sahaja.

Cara-cara untuk bahagian C (putih):
    1. Masukkan santan, tambah gula, tepung gandum, garam. Kacau sampai pekat di atas api perlahan menggunakan hand whisk. Tuang adunan ke dalam botol sos.

Cara-cara untuk adun kuih nona manis di acuan:
  1. Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
  2. Picit atau tuang adunan hijau 3/4 penuh ke dalam acuan.
  3. Kemudian picit adunan putih di tengahnya. Tenggelamkan sikit muncung botol. Picit sehingga menjadi bentuk bulat putih di tengah. Jangan banyak sangat.
  4. Kukus anggaran 10-13 minit jika acuan besar, jika acuan kecil 8-10 minit.
  5. Ikat penutup kukusan dgn kain supaya air tak menitik.
  6. Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan betul-betul kemudian barulah keluarkan dari acuan. Che Nom guna pangkal sudu teh yang nipis untuk keluarkan kuih. Kalau nak guna lidi pun boleh

Tips:

  • Untuk bahagian putih, perlu dimasukkan ke dalam botol sos supaya mudah dipicit di tengahnya menjadi bentuk bulat.
  • Acuan perlu disapu sedikit minyak supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
  • Kalau guna santan kotak, boleh larutkan 2 kotak kecil santan dengan air sehingga menjadi 3 cawan. Kemudian boleh lah bahagikan kepada 3 bahagian santan untuk A,B dan C.

2. Resepi Bahan Dan Cara Untuk Membuat Kuih Nona Manis Pandan Dan Keladi

Bahan A (untuk pandan dan keladi) :

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan santan (awa guna Ayam Brand) ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-caranya :

1 - Pukul telur hingga kembang ATAU nak lebih mudah, masukkan telur dalam blender dan putar.
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata. 


2 - Kemudian masukkan telur yang telah di blender tadi dan kacau sehingga rata dan sebati. Bila dah siap, okay ketepikan dulu sekejap dan terus buat untuk Bahan B. 


Bahan B untuk Pandan : 

  • 1/2 cawan santan pekat ~ awa guna Ayam Brand
  • 5 helai daun pandan sederhana besar
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau apple
  • sedikit emalco perisa pandan

Cara-caranya :

1 - Kisar 5 helai daun pandan yang sederhana besar bersama 1/2 cawan air menggunakan blender kemudian tapis untuk di ambil airnya. Setelah itu satukan air pandan bersama santan.

2 - Kemudan masukkan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.

3 - Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

4 - Setelah siap satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Setelah siap, ketepikan dulu sekejap dan terus sediakan Bahan C.



Bahan B untuk Keladi :
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • Pewarna ungu (purple oil base)
  • Perisa keladi (yam emulco)
  • Secubit garam 

Cara-caranya :

1 - Satukan semua bahan

2 - Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

3 - Setelah siap satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Setelah siap, ketepikan dulu sekejap dan terus sediakan Bahan C.





Bahan C (untuk pandan dan keladi ) :

  • 1 cawan santan pekat (awa guna Ayam Brand) ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya :

1 - Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

2 - Tunggu sehingga suam sedikit kemudian masukkan ke dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik ). Nak lagi mudah? Beli je botol sos tu haa... senang!





3 - Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih. Jangan lupa untuk balut penutup tudung periuk pengukus dengan kain supaya air pada tutup kukusan tu tidak menitis pada kuih. 



4 - Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung / minyak biasa sedikit. 

5 - Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah supaya menjadi bulat hingga adunan naik penuh cawan lompang. 

6 - Kukus selama 7 hingga 15 minit. Pastikan kuih sejuk dahulu, kemudian keluarkan kuih dari acuan untuk dinikmati bersama yang tersayang.


Boleh tak buat resepi nona manis tanpa telur?

Boleh. Malah ada juga resepi nona manis gula merah, resepi nona manis ros (resepi nona manis bandung), resepi nona manis keladi, nona manis jagung dan sebagainya. 

Terpulang nak macamana. Sedap sedap belaka dan buatlah ikut citarasa masing-masing. 

Kuih Nona Manis Turut Menjadi Viral

Yup! Resipi Kuih Nona Manis yang sedap dan cute ni pernah menjadi viral. Bila dah viral ni ada banyak versilah juga. Ada ramai juga yang share resepi nona manis viral ni macam Azlina Ina, Chef Asma dan kalau nak lagi mudah, video cara buat kat youtube juga ada. 

Nah aku share sekali video tu. Boleh lihat video ni untuk step buat resepi Nona Manis dengan lebih jelas. Apapun resepi nona manis guna cawan atau cup yang comel ni memang nampak sangat cute!

- seminit resepi nona manis -


Kalau rasa macam malas dan tak ada masa nak buat, ala beli je senang! Harga kuih nona manis ni tak adalah mahal mana. Kalau untuk pantai timur harganya RM2 untuk 5 biji. Rasa kat negeri lain pun lebih kurang sama je ni. 

Kuih nona manis tahan berapa lama?
Mengikut pengalaman aku yang suka sangat makan kuih nona manis ni, ia boleh bertahan lama di luar suhu bilik selama 24 jam. Jika takut rosak, simpan dalam peti. 

Kenapa nona manis tak jadi bila buat?
Untuk ini aku tak pasti. Jika pertama kali buat mungkin perlukan banyak latihan. Biasalah, resepi apa pun kalau buat kali pertama mungkin ada silap situ sini. 

Periuk Pengukus Noxxa Menjadi Pilihan Ramai 

Kebanyakan resipi kuih orang lama ini menggunakan kaedah kukus untuk di masak. Bagi anda yang sedang tercari-cari periuk pengukus elektrik yang mudah untuk digunakan, boleh dapatkan periuk kukus Noxxa. 


Kelebihan Periuk Kukus Noxxa 3 Tingkat 

1. Tak perlu tunggu 30 minit untuk air mendidih pun, letak makanan, tekan on, tetapkan masa, tekan button start! Wap terus keluar dan aktiviti kukus bermula serta merta! 

2. Umur semakin tua, kadang masak sesuatu atas dapur gas memang boleh terlupa kan! Siapa pernah alami? Sampai kering air dalam periuk kukus! Boleh rentung periuk! 

Tapi dengan steamer noxxa yang bijak ini, XPERLU LAGI RISAU sebab jika air mulai mengurang, alarm akan berbunyi, dan jika air tidak ditambah, steamer automatik ter off sendiri, sangat selamat.

3. Yang paling best, jika lapisan bawah kukus nasi, bahagian tengah kukus ikan siakap stim, atas kuih seri muka, bau ikan tidak akan melekat pada nasi dan kuih seri muka kerana setiap lapisan ada salurannya sendiri. 

4. Saiz yang besar dan lebar. Bukan bentuk bulat. Ini memudahkan untuk susun makanan dan mudah juga untuk masak ikan stim. 

periuk-pengukus-noxxa

Berapa Harga 

Special untuk pembaca blog ini, harga ditawarkan hanya RM 395 dan anda juga boleh membuat pembelian secara ansuran.

Jumlah bayaran tiap-tiap bulan secara ansuran ini boleh dibincangkan. Makin best, buat bayaran ansuran bulan pertama terus boleh terima barang tanpa perlu tunggu lama-lama. 

periuk-pengukus-noxxa



Pertanyaan lanjut berkaitan periuk pengukus
whatsapp :


Kesimpulan 

Kuih muih banyak jenis dengan rasa yang sedap-sedap belaka. Mahu beli atau buat sendiri kuih Nona Manis homemade, itu terpulang. 

Tak tahu nak masak apa untuk minum petang, boleh cuba buat kuih nona manis. Selain nona manis keladi, ada resepi juga nona manis jagung. Kuih nona manis yang lembut, harum dan menarik rupa bentuknya pasti menarik minat orang ramai. 

Jika ada masa dan berhajat nak cabar diri untuk buat sendiri, silakan. Resepi sedan dan mudah untuk kuih Nona Manis tadi boleh dijadikan panduan. Selamat mencuba. 

Jemput join di Telegram  : 

9 comments for "Resepi Kuih Nona Manis Sukatan Cawan Yang Lembut Dan Mudah"

  1. First time tengok warna purple, cantik! Ha'ah selalunya beli je sebab tak rajin nak buat haha

    ReplyDelete
  2. Suka sgt Nona Manis ni..bos sllu belanja utk minum ptg..
    TQ sharing resepi, rajin nti boleh try..:)

    ReplyDelete
  3. Kalo di Indonesia ada yang nyebut putri manis dan kue talam. Paling sering muncul saat Ramadhan untuk jadi takjil

    ReplyDelete
  4. Lama nak mencuba tapi tak juga kesampaian, asyiklah ada je takde masanya huhuhu..One day nak cuba juga...Resepi Awa simple aje, tentu sedap...

    ReplyDelete
  5. selalu nampak warna hijau, kali ni nampak warna purple.. comel je rupa dia, mesti sedap nih

    ReplyDelete
  6. lamanya xmkn kuih ni..
    terbyg kesedapan nya!

    ReplyDelete
  7. ha memang sedap!!suka kuih ni, tpi cara buat dia macam leceh je haha..xpernah buat beli je selalu..

    ReplyDelete
  8. Complicated jugak nak buat kuih ni hurmm beli lah senang

    ReplyDelete