Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Khasiat Madu Lebah Kelulut Yang Patut Kita Tahu

5 Khasiat Madu Lebah Kelulut Yang Patut Kita Tahu | Jujur cakap, aku sendiri baru rasa nak ambil tahu tentang madu kelulut. Sebabnya dari dulu dah biasa dengan madu lebah biasa tu je. Dan rupa-rupanya, berdasarkan kajian yang telah dilakukan dengan seliaan oleh Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman dari USM, madu kelulut ini dikatakan dapat bantu turunkan paras gula glukos pesakit diabetes (kencing manis). 

Tak hanya itu, ada lagi khasiat lain untuk madu kelulut ni. Antaranya dapat mengurangkan risiko untuk kanser dan gout. 




Apakah Sebenarnya Madu Kelulut Ini?

Madu kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut. Lebah kelulut (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. 

Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi. 

Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.



Hmm siapa sangka, madu Kelulut ni memang ada banyak khasiat khas untuk kesihatan. Lagi-lagi kalau dapat madu kelulut asli yang original! Khasiat madu kelulut asli mesti lebih ump! Khasiat madu kelulut ni bukan saja bagus untuk lelaki tau tetapi juga untuk wanita. 

Patutlah madu kelulut ni boleh jadi viral. Dan tak hairanlah jugalah kenapa madu kelulut ni di buru ramai demi untuk mendapatkan khasiatnya


3 Hasil Utama Manfaat Madu Kelulut

#1 - Madu
Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. 




#2 - Propolis
Propolis mempunyai ciri – ciri anti kulat dan antibakteria yang berguna di dalam bidang perubatan, permakanan, dan kosmetik



#3- Roti Lebah Kelulut
Roti lebah kelulut pula mempunyai pelbagai vitamin dan mineral dan boleh meningkatkan kecerdasan dan tenaga tubuh badan.



Senarai Khasiat Madu Kelulut

Madu Kelulut ini memang sangat banyak khasiatnya. Maka tidak hairanlah mengapa madu kelulut ini menjadi rebutan. 

Madu kelulut sering dicari kerana dipercayai dapat memberikan impak kesan yang positif pada ramai orang. Malah khasiat madu kelulut untuk wanita juga sangat banyak sekali. 

Antara khasiat madu kelulut untuk wanita adalah pada bahagian muka. Madu kelulut ini dipercayai dapat meningkatkan kecantikan dan seri wajah. Dapat dipakai sebagai penganti serum untuk melembapkan kulit.

Tidak hanya itu, khasiat madu kelulut ini juga dikatakan elok untuk kegunaan wanita yang ingin mendapatkan bentuk tubuh yang langsing dan menawan. Dalam erti kata lain, khasiat madu kelulut untuk wanita ini bagus untuk kegunaan pada kecantikan wajah dan tubuh. 


Khasiat Madu Kelulut Untuk Masalah Yang Lain 

:: khasiat madu kelulut untuk batuk

Madu memang sering diamalkan untuk masalah batuk. Sama seperti madu lebah lain, madu kelulut ini juga boleh diminum dalam usaha untuk menghilangkan batuk. 


:: khasiat madu kelulut untuk jantung

khasiat madu kelulut untuk jantung juga dipercayai ada. Antara manfaat yang dikatakan boleh diperolehi dari madu kelulut ini untuk jantung adalah seperti menstabilkan degupan jantung, menguatkan jantung, melancarkan perederan darah di jantung, membantu jantung berfungsi dalam mengepam darah ke seluruh tubuh dan membersihkan kolestrol yang ada pada jantung. 


:: khasiat madu kelulut untuk asma

bagi pesakit asma dan lelah, madu kelulut turut dianggap sebagai salah satu cara atau petua untuk mengurangkan masalah asma/lelah ini. Tak hairanlah kenapa madu lebah ni laris. Begitu juga dengan madu kelulut. Dah namapun madu kan maka khasiatnya juga sudah tentulah sama-sama hebat. 


:: khasiat madu kelulut untuk ibu mengandung

Amalan minum air madu kelulut juga dikatakan dapat bantu elakkan tubuh badan dari berasa penat dan letih, ini termasuklah untuk wanita yang sedang mengandung. Walaubagaimanapun jangan amalkan selalu sangat kerana sifat madu ini agak panas. 


:: khasiat madu kelulut untuk tenaga batin

Madu dapat beri tenaga, dapat lancarkan perjalanan darah, dapat kurangkan masalah badan yang cepat berasa letih, dapat stabilkan gula dalam darah, dapat tingkatkan pengeluaran hormon dan sebagainya. 

Maka tak mustahil jugalah kenapa ramai menganggap dengan amalan minum madu ini dapat tingkatkan juga tenaga batin baik terutama untuk kaum adam. 


Yang makin best, madu kelulut ni boleh dengan perut kosong. Madu kelulut ini boleh di makan begitu saja atau di bancuh sebagai minuman. 


Rasa Madu Berbeza Mengikut Persekitaran

Ohya, menurut sedikit bahan bacaan yang ku telah baca, khasiat madu ni sebenarnya tak sama. Khasiat madu kelulut mahupun madu untuk lebah yang lain bergantung pada persekitaran. Dalam erti kata lain, persekitaran sekeliling sarangnya seperti bunga-bunga yang ada akan menjadi pengaruh untuk madu yang akan terhasil itu nanti. 

Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.


Image via : kelulutjohor.blogspot.my

Allah Ciptakan Madu Sebagai Salah Satu Ubat

Madu sangat istimewa. Madu ini ternyata sangat bagus dan elok untuk diamalkan. Jika sebelum ni dah biasa dengan madu lebih biasa maka bolehlah cuba untuk rasai khasiat madu kelulut kan?  

Best juga bila dapat perolehi khasiat dari makanan yang sedap seperti madu kelulut ni. Kalaulah juga semua ubat rasa sedap macam madu kelulut, oh alangkah seronoknya... Nampaknya nak kena juga dapatkan dan cuba sendiri dengan suami dan anak-anak..

Sumber : Bidadari.my


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

Post a Comment for "Senarai Khasiat Madu Lebah Kelulut Yang Patut Kita Tahu"