Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam

Ustaz Firdaus Sebak Tika Pimpin Ibu Peluk IslamFirdaus Wong, siapa tidak kenal dengan Ustaz Firdaus ini. Beliau antara pendakwah yang tidak kenal lelah untuk sebarkan Islam. Inilah kehebatan mereka yang benar-benar terima Islam hasil daripada pencarian ke atas redha Allah SWT itu sendiri. Selepas 14 tahun bergelar pendakwah bebas akhirnya tarikh 25 Oktober 2019 telah membawa erti apabila ibu kepada ustaz Firdaus Wong sendiri telah mengucapkan kalimah syahadah. 

hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.' itulah antara ayat ucapan tanda betapa gembiranya hati Ustaz Firdaus Wong dengan rasa penuh sebak apabila ibu peluk Islam dengan penuh kerelaan hati. Makin menyentuh perasaan di mana Ustaz Firdaus sendiri telah memimpin ibunya dalam mengucapkan dua kalimah suci ini. 




"Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya."

Ternyata dengan komen ini sudah dapat kita fahami betapa Ustaz Firdaus Wong terharu dan penuh bersyukur apabila ibunya sendiri kini telah mengucapkan kalimah syahadah yang amat istimewa itu.

Ustaz Firdaus dahulunya adalah penganut agama Buddha namun selepas memeluk agama Islam, Bro Firdaus aktif menyampaikan dakwah kepada pelbagai golongan masyarakat. Daku sendiri masih ingat bagaimana Bro Firdaus (panggilan untuk Ustaz) di saat beliau menyampaikan kempen tentang betapa Islam menyayangi Nabi Isa yang sering dikaitkan dengan agama Kristian. 

Sesungguhnya daku tumpang gembira dengan situasi ini. Hidayah milik Allah SWT dan tahniah kepada Ustaz kerana telah berjaya memberi tauladan yang baik hingga boleh menjadi antara salah satu asbab untuk ibu peluk Islam. 


Airmata Ustaz Firdaus menjadi saksi betapa gembira, terharu dan bersyukurnya beliau apabila ibu masuk Islam dengan mengikut ucapan syahadah yang di bacanya sendiri. Daku dapat bayangkan situasi anda berada di tempat Ustaz Firdaus. 

Alangkah indahnya detik itu apabila orang yang amat disayangi, dihormati dan dikasihi kerana telah bersusah payah bertarung nyawa untuk melahirkan malah membesarkan, kini semakin dekat dengan satu panduan cahaya hidup bergelar agama yang sama. Semoga lebih ramai ibu masuk Islam seperti ini dan dari jauh didoakan semoga keluarga Bro Firdaus akan terus kekal aman, bahagia dan gembira. Ameen. 


3 comments for "Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam "